"Raya ni jemput datang rumah ye semua." Pelawa Aiman kepada pelajar kelas 4k1 setelah mereka selesai menduduki kertas terakhir Peperiksaan Pertengahan Tahun iaitu kertas Sejarah.
Mereka yang sedang berbual antara dengar atau tidak sahaja suara Aiman. Bising. Masing-masing sibuk merencanakan perancangan untuk cuti nanti. Dan yang pasti adalah rencana untuk meraikan Hari Raya nanti.
Hendak ke rumah siapa? Naik apa? Tema baju raya warna apa? Dan macam-macam lagi perkara yang direncanakan oleh mereka.
"Man, jom balik." Ajak Zakkir yang sudah menunggu di luar kelas.
"Kejap." Aiman memasukkan alat tulis ke dalam beg sekolahnya. Kertas soalan sejarah di ambil dan dipegang lama. Berkira-kira hendak di bawa balik atau tidak. Akhirnya Aiman memasukkan juga kertas itu ke dalam beg sekolahnya lalu di zip.
Satu tindakan yang diluar jangkaan. Biasanya semua kertas-kertas soalan peperiksaan akan di buang ke dalam tong sampah. Baik sikit pun dia akan tinggal di dalam laci meja. Tapi kali ini dia membawanya balik. Adakah Aiman sudah benar-benar berubah? Dan bukannya hangat-hangat tahi ayam sahaja?
"Cepat la Man. Temenung apa lagi." Zakkir di luat kelihatan sudah tidak sabar.
"Ye la, ye la. Aku datang ni." Terkoncoh-koncoh Aiman berlari mendapatkan Zakkir.
Mereka berdua terus berjalan ke arah parkir motosikal. Kelihatan para pelajar sedang bersalaman sesama sendiri dalam perjalan hendak balik. Ada juga yang bersalaman dengan guru-guru yang mereka temui. Mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf atas salah silap mereka. Ha, tahu pun nak minta maaf!
Faizal? Cikgu Nazir?...hurmmm..
Nanti je la aku minta maaf. Putus Aiman di dalam hati apabila teringatkan dua nama tersebut. Faizal, sudah tentulah disebabkan aniaya yang telah dia lakukan. Cikgu Nazir pula? Tadi dia tidak sempat untuk berjumpa. Di carinya di bilik guru juga tiada.Motosikal Yamaha 125 miliknya dihidupkan. Bingit dan bising.
Motosikal Aiman dan Zakkir memecut meninggalkan perkarangan sekolah yang akan mereka tinggalkan selama seminggu. Dan mereka akan kembali 1 minggu kemudian apabila sekolah sudah dibuka semula.
Setibanya dirumah Aiman terus berbaring di atas sofa di ruang tamu. Alat kawalan jauh televisyen di capai. Ditekan-tekan. Bosan. Tidak ada satu pun siaran atau rancangan yang menarik perhatiannya.
"Iskh la budak ni. Penat sangat ke puasanya. Dah balik, simpan la dulu beg sekolah tu. Baju dengan seluar tu salin juga." Bebel emak Aiman yang muncul daripada dapur.
Aiman tersengih memandang emaknya.
"Baik mak." Jawab Aiman tanpa membantah. Dia mengangkat beg sekolahnya lalu berjalan masuk ke dalam bilik.
Beg sekolah di letakkan di meja belajar. Baju dan seluar sekolah di campak ke dalam bakul baju kotor untuk di basuh nanti.
Dia hanya bertuala. Bersiap untuk mandi dan ke masjid bagi menunaikan solat jumaat. Jumaat terakhir di bulan Ramdhan sebelum umat Islam seluruh dunia akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri yang di jangka pada jatuh pada hari Khamis minggu hadapan.
Aiman melangkah hendak ke bilik air apabila cuping telinganya tertangkap deringan telefon bimbit miliknya. Selalunya balik sahaja dari sekolah, dia akan terus mencapai telefon bimbit tersebut. Tetapi hari ini entah kenapa, telefon bimbit tersebut tidak dipedulikan langsung sehinggalah ianya berdering.
Telefon bimbit di dalam laci di ambil. Nama Hafiz tertera sebagai pemanggil pada skrin tersebut. Ada apa pulak Hafiz ni?
Butang hijau di tekan. Aiman merapatkan telefon bimbit itu ke teliga kirinya.
"Hello, Man. Hang pergi mana. Kenapa tak balas whatsapp?" Kedengaran suara Hafiz di hujung talian sana. Cemas sahaja nada suaranya. Hingga tak sempat memberi salam.
"Sorry-sorry..Aku baru tengok henfon. Yang hang gelabah semacam aje ni kenapa?" Soal Aiman yang mula berasa hairan.
Hafiz di sebelah sana terus menceritakan tujuan sebenar panggilan di buat. Riak wajah Aiman tiba-tiba saja berubah.
"Hah!, habis tu macam mana sekarang?" Tanya Aiman yang nyata terkejut dengan perkhabaran tersebut.
"Aku dengan Aqhar dah ada sini. Hang ajak Zakkir sekali. Aku call dia tak dapat."
"Okay okay. Aku pergi sekarang". Panggilan di matikan. Aiman kembali menyarung seluar dan baju. Tidak jadi hendak mandi. Dia berlari keluar dari bilik.
Kunci motosikal di atas kabinet televisyen di capai.
"Mak, Man pergi hospital sekejap. Ada kecemasan." Laung Aiman kepada emaknya yang berada di dapur.
Usai menyarung kasut, Aiman terus menyarungkan helmet lantas menghidupkan motosikal Yamaha 125 menuju ke rumah Zakkir sebelum terus ke Hospital Taiping.
Hatinya di amuk resah.
YOU ARE READING
PAT KAY TU
Teen FictionPat Kay Tu - Mengisahkan Aiman dan rakan-rakannya. Seorang pelajar yang nakal dan juga baik hati. Namun, segalanya berubah dengan kedatangan orang baru di sekolah mereka. Siapakah orang tersebut? Apakah kesudahan pergaduhan antara Aiman dan Faizal?