BAB 35 - Kejutan

147 11 2
                                    

"Eh, kamu berdua ni nak kemana?" Tanya cikgu Nazir pada Elly dan Atikah. Mereka berselisih apabila cikgu Nazir hendak ke kelas 4k1 di Blok E manakala Elly dan Atikah pula datang dari arah Blok E.

"Er..er...nak ke kedai luar kejap cikgu. Nak beli makanan." Jawab Elly. Atikah pantas mengangguk mengiyakan.

"Jangan lama sangat. Cikgu tunggu dalam kelas."

"Baik cikgu." Mereka berdua terus meminta diri.

Cikgu Nazir terus berjalan ke kelas 4K1. Seperti dijanjikan dna dipersetujui, petang ini selepas waktu balik mereka akan mengadakan kelas tambahan sejarah. Bukan saja-saja diadakan, tetapi terpaksa.

Peperiksaan penilaian 2 akan tiba tidak lama lagi dan kelas ini belum lagi didedahkan dengan teknik menjawab serta format sebenar kertas peperiksaan sejarah mengikut standard SPM. Kemahiran tentang format peperiksaan penting supaya pelajar dapat menjawab dengan baik.

Atas rasa tanggungjawab itulah cikgu Nazir terpaksa juga mengadakan kelas tambahan ini. Cukuplah sekadar dua jam. Pukul 1 hingga pukul 3 petang. Jika dibuat lama pun, hasil tak ada sia-sia juga. Lebih baik tumpukan pada kualiti daripada kuantiti.

Ketika sampai di kelas 4K1, hanya terdapat beberapa orang pelajar sahaja di dalam kelas. Semuanya lelaki. Iyelah, dua orang pelajar perempuan sudah keluar hendak ke kedai luar. Yang lain, ada ke tandas, beli minuman dan jugak pergi makan. Cikgu Nazir sendiri memberi kelonggoran untuk mereka bersolat terlebih dahulu dan menguruskan apa yang patut. Dan kelas akan bermula kira-kira setengah jam selepas itu.

Apabila cukup semuanya, cikgu Nazir memulakan kelas tambahan pada petang itu. Kertas edaran diberikan dan perbincangan dilakukan dalam keadaan santai. Setelah setengah jam kelas tambahan bermula, cikgu Nazir memberikan mereka masa untuk berehat. Maklumlah, waktu-waktu begini rasa lapar dan mengantuk begitu menggoda.

Elly dan Atikah minta izin pergi ke tandas. Tinggal beberapa orang pelajar lelaki sahaja di dalam kelas tersebut.

Agak lama juga sebenarnya masa rehat yang diberi. Sempat juga mereka bergambar swafoto di dalam kelas.

Zikri datang menghampiri cikgu Nazir yang sedang duduk membelek telefon pintarnya.

"Cikgu, lepas habis kelas ni cikgu ada pergi mana-mana tak?" Tanya Zikri tiba-tiba.

"Hurmm..tak ada rasanya. Terus balik. Tapi tengok la nanti, kalau rajin nak ke Taiping kejap." Jawab cikgu Nazir.

"Ohh.."

"Kenapa?"

"Tak da apa. Saja je tanya."

"Laa.. ingatkan kan  ada apa tadi. Macam-macam la budak ni." Jawab cikgu Nazir kembali merenung skrin telefon.

"Esok cikgu pakai baju ni lagi ker?" Tanya Aqhar pula.

"Eh, tak. Esok baju lain." Jawabku jujur. Iyelah, takkan nak pakai baju yang sama pula kan.

"Seluar pun cikgu pakai seluar lain kan?"

Makin pelik pulak soalan budak ni. Memang la akan pakai seluar lain dan baju lain. Esok kan hari rabu. Kena pakai baju uniform.

"Aha la, pakai seluar lain."

"Kasut, pakai kasut ni juga?"

"Aha, kasut tetap yang sama. Ini je kasut yang cikgu ada." Balas cikgu Nazir melayan satu persatu soalan anak muridnya itu. Ingatkan soalan berkaitan pembelajaran tadi yang hendak ditanya. Layankan aje lah, lagipun dia dah tak lama di situ.

Macam-macam pulak di tanyanya budak ni. Ye la, masa rehat kan. Take five la katakan. Tapi nampak macam dah terlajak ni.

Nak sambung semula, masih ada yang belum masuk kelas. Maka, terpaksa la menunggu lagi sambil main telefon pintarnya.

Swafoto lagi. Aduhai, memang itu aje la kerjanya dari tadi. Zakkir masuk dalam kelas. Entah dari mana muncul pun tak tahu la.

"Cikgu, nak tutup mata boleh tak?" Tanya Zakkir tiba-tiba.

"Boleh. Pergi  la tidur dulu. Lagipun kawan-kawan  kamu ada yang belum masuk lagi." Balas cikgu Nazir.

Zakkir pergi ke cermin tingkap dan datang semula kepada cikgu Nazir bersama kain buruk yang digunakan untuk lap cermin.

"Eh, nak buat apa dengan kain ni?" Cikgu Nazir terperanjat apabila Zakkir datang bersama kain buruk lap tingkap.

"Nak tutup mata la." Jawab Zakkir selamba.

"Mata sapa?"

"Mata cikgu la. Kan saya dah tanya tadi. Cikgu kata boleh."

"Laa..cikgu ingatkan tutup mata tu maksudnya kamu nak tidur."

"Bukanlah. Maksud saya, nak tutup mata cikgu dengan kain. Pejam mata cikgu."

"Uish, takkan dengan kain tu." Cikgu Nazir menolak. Apa ke gila nak tutup mata dengan kain lap cermin.

"Tak da kain lain ker?"

"Ni je yang ada, cikgu."

Cikgu Nazir menanggalkan tali leher berwarna hitam yang dipakainya.

"Nah, guna tali leher cikgu  ni." Cikgu Nazir menanggalkan tali leher hitam yang dipakainya.

"Sempoi la cikgu." Senyum Zakkir.

Zakkir mula mengikat mata cikgu Nazir dengan tali leher milik cikgu Nazir sendiri.

"Nak buat apa ni?" Tanya cikgu Nazir hairan. Entah apa la yang difikirkan oleh budak-budak ni.

"Ada la cikgu. Suprise."

"Okey, okey"

Segala yang ada di poket baju cikgu Nazir dikeluarkan. Pen, kertas, handphone dan juga wallet.

Cikgu Nazir menanti penuh debaran. Suprise apa la agaknya yang mereka hendak buat ni?

Apa-apa pun cikgu Nazir mahu mengikut sahaja rancangan mereka. Sengaja tidak mahu men-spoil-kan suprise yang di rancang mereka.

Namun hatinya tetap berdebar juga ingin tahu. Dalam keadaan matanya tertutup,  cikgu Nazir dipimpin oleh Hafiz. Dia tahu itu Hafiz kerana cam dengan suara Hafiz. Beberapa keping gambar ditangkap, dan cikgu Nazir ber-posing dalam keadaan mata tertutup. Takpa, masih boleh senyum. Haha.

Hafiz memimpin cikgu Nazir. Mereka yang lain turut ikut bersama berdasarkan suara gelak ketawa mereka. Lagak mereka seperti babak dalam filem Ali Baba Bujang Lapok apabila apek tu tukang jahit dipimpin oleh orang gaji kassim baba.

~apek depan sana ada longkang, lompat! Lompat! Lompat apek lompat~

Cikgu Nazir sekadar mengikut. Seketika dirasanya dia berjalan di atas koridor di kaki lima bangunan tersebut.

Kemudian, dirasakan dia berjalan dibatas rumput. Fahamlah dia bahawa sekarang di di bawa ke padang. Kepalanya terasa panas disimbah cahaya matahari apabila berada di tengah padang. Berpusing dua tiga pusingan di tempat sama.

Cisss.. sengaja Hafiz nak kenakan aku. Desis cikgu Nazir di dalam hati. Ikut aje la. Kemudian mereka berhenti.

"Dah sampai." Beritahu Hafiz.

"Dah boleh bukak ker?"

"Boleh-boleh"

Perlahan-lahan Hafiz membuka  membuka  tali leher yang melilit menutupi mata cikgu Nazir.

"Suprise!" Ucap salah seorang dari mereka.

Cikgu Nazir masih tercengang. Dihadapannya adalah para pelajar 4k1. Tersenyum-senyum mereka memandang cikgu Nazir.

Hafiz disebelahnya juga tersengih-sengih. Cikgu Nazir turut tersenyum. Binggung dia.

Tahulah dia sekarang di berada di bawah pokok rendang di tepi padang. Satu persatu wajah muridnya yang sedang tersengih itu diperhati.  Lain macam pula wajah mereka ni seperti menahan ketawa pun ada. Menanti masa saja untuk meletus tawa mereka.  Macam ada sesuatu yang mereka sembunyikan,

Eh, sekejap. Mana Zakkir??

*****
Memo penulis: "swafoto" adalah istilah yang digunakan untuk menggantikan perkataan "selfie"

PAT KAY TUWhere stories live. Discover now