BAB 18- Peperiksaan

157 19 1
                                    


Peperiksaan Pertengahan Tahun sudah bermula untuk pelajar-pelajar menengah atas di SMK Datuk Menteri. Bagi pelajar menengah rendah, peperiksaan akan bermula seminggu selepas itu.

Selepas tamat peperiksaan ini mereka akan bercuti selama seminggu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Peperiksaan pada pagi itu dimulakan dengan kertas Bahasa Melayu.

Cikgu Nazir baru sahaja melangkah keluar daripada kelas 1KAA dan terus menuju ke kelas 4k1. Dia melalui blok yang menempatkan lima kelas tingkatan empat. Sunyi sahaja kelas-kelas tersebut kerana para pelajar sedang  tekun menjawab peperiksaan.
Tidak seperti waktu biasa, riuh rendah. Mengalahkan pasar minggu di hadapan sekolah tersebut. Cikgu Nazir melangkah tenang. Persis seorang guru yang telah mengajar selama 10 tahun di situ. Padahal baru sebulan sahaja dia di situ.

Suasana yang sunyi dan tenang amat diperlukan semasa menjawab peperiksaan supaya otak lebih mudah bekerja. Dan pengalaman pahit sewaktu peperiksaan STPM dahulu masih segar lagi di ingatannya. Ketika itu dia bersama calon lain sedang menduduki kertas Sejarah 1 apabila mereka dikejutkan dengan bunyi mesin gerudi yang kuat.

Trrrrr....trrrrrr.....trrrrrrr

Rupanya ada kerja baik pulih sedang  di lakukan pada tandas di sebelah bangunan peperiksaan tersebut. Bunyi tersebut begitu mengganggu tumpuan hinggakan dia terus mengadu kepada pengawas peperiksaan yang bertugas.

Malangnya pengawas peperiksaan tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana  projek tersebut di bawah seliaan pihak sekolah.

Akibat terganggu dengan bunyi bising tersebut, dia tidak dapat menumpukan perhatian untuk menjawab peperiksaan. Kesal dan bengang dengan pihak sekolah yang tidak prihatin dengan kebajikan pelajar. Hinggakan dia terduduk lama di kerusinya  selepas peperiksaan tamat. Pujukan daripada seorang  pengawas peperiksaan berjaya membuatkan dia bangkit. Dia melangkah dengan perasaan yang teramat kecewa.

Sedangkan pengawas peperiksaan sendiri pun akan bercakap dalam keadaan berbisik-bisik antara mereka supaya calon tidak terganggu. Tetapi apa yang berlaku amat menduka citakan calon -calon peperiksaan tersebut termasuklah Nazir.

Nazir menggelengkan kepala mengingatkan kisah tersebut. Dia sampai di pintu belakang  kelas 4k1. Seorang guru wanita yang sedang duduk di bahagian belakang bingkas bangun apabila menyedari kehadiran Nazir. Beg tangannya berwarna coklat di capai l alu berjalan tenang ke arah pintu dimana Nazir sedang berdiri.

Mereka saling mengukir senyuman tanda sapaan.  Nazir melangkah masuk mengambil tempat di mana guru wanita tadi duduk.  Para pelajar 4k1 pula kelihatan  sedang tekun menjawab peperiksaan.

Guru wanita tadi adalah cikgu Haslinda. Menurut kata pelajar lelaki yang rapat dengan Nazir, cikgu Haslinda masih lagi bujang. Semangat mereka rekomen cikgu Nazir mencuba nasib. Mana tahu mereka boleh makan free nanti.

"Huish, ada-ada saja budak-budak nih. Pelangkung kang baru tahu." Nazir pura-pura marah apabila diusik begitu.

Nazir bangkit apabila berasa bosan dan mula berjalan-jalan di dalam kelas. Lagaknya seperti pengawas peperiksaan semasa dia menjadi pelajar dahulu. Tangan di letakkan ke belakang sambil berjalan-jalan memerhati pelajar menjawab peperiksaan. Kadang-kadang dia menukar kepada gaya berpeluk tubuh, kedua belah tangan di dalam poket seluar dan pelbagai lagi gaya.

Sungguh tenang rasanya. Minggu peperiksaan adalah minggu paling tenang buat seorang guru. Tetapi tidak untuk pelajar. Sebaliknya apabila peperiksaan sudah tamat, maka bermulalah kembali hari-hari yang menyesakkan bagi seorang guru pula. Sedangkan para pelajar ketika itu  sedang bersuka ria meraikan 'kebebasan' setelah tamat peperiksaan.

Hendak menyemak kertas jawapan peperiksaan lah, masukkan data dalam komputer dan berbagai-bagai lagi. Sungguh menyesakkan jiwa  apabila pendidikan berteraskan kepada peperiksaan yang lebih mementingkan gred data berbanding pencapaian sebenar pelajar.

PAT KAY TUWhere stories live. Discover now