BAB 14 - Perang

217 17 0
                                    

"Man ! Ambil karbait lagi."

"Nah."

Booom!

Tidak lama selepas itu kedengaran pula bunyi letupan dari arah kampung sebelah, iaitu Kampung Langsat.

"Hahaha....tak kuat, tak kuat. Tunggu aku balas." Aiman mengambil beberapa ketul karbait dari dalam paket berwarna kelabu. Ketul karbait itu di letakkan dalam tempurung yang diletakkan di dalam lubang yang digali paras buku lali.

Sedikit air dituang, karbait yang bertindak balas dengan air pantas pantas menghasilkan bau gas yang kuat menusuk hidung. Satu tin biskut besar digunakan untuk menekup tempurung tadi. Beberapa lubang ditebuk pada permukaan tin. Lubang itu dipijak oleh Aiman bagi menghalang gas asetilena yang terhasil daripada tindak balas ketul karbait dengan air terbebas ke udara.

"Ready?" Soal Zakkir kepada Aiman.

"Jap,sikit lagi." Aiman mahu memastikan gas yang terhasil cukup banyak bagi menghasilkan satu bunyi letupan yang kuat.

"Okey, on!." Ujar Aiman bersemangat. Dia berlari beberapa langkah menjarakkan diri dari tin tersebut.

Zakkir mengambil sebatang buluh kecil sepanjang dua depa. Pada bahagian hujung buluh itu  di ikat dengan kertas. Zakkir menyalakan kertas tersebut dengan lighter.

Aiman yang  sudah menjauhi diri daripada tin tadi menekup telinga. Hujung kayu yang berapi itu  di halakan ke arah lubang yang terdapat pada tin tadi. Dan.......

"Keboomm"

Satu letupan bergema kuat. Tin tersebut melambung beberapa meter ke udara sebelum jatuh berhampiran tempat Aiman dan Zakkir.  Aiman dan Zakkir tersenyum puas sambil ketawa.

"Hahaha. Padan muka kampung sebelah. Baru depa tau kita punya penangan." Aiman berjalan ke arah tin tadi. Menguis-nguis dengan kakinya memeriksa keadaan tin tersebut. Cuma kemek sedikit dan tidak pecah.

Mereka menunggu serang balas dari kampung Langsat. Senyap.  Tiada sebarang bunyi daripada kampung sebelah.

Waktu 'aman' itu dimanfaatkan oleh Aiman dan Zakkir dengan berehat di atas sebatang pokok yang tumbang.

Tiap kali bulan Ramadhan, kawasan lapang berhampiran sungai ini akan menjadi 'medan peperangan' antara kampung mereka dan kampung Langsat.

Aiman dan Zakkir memang 'pakar' dalam bab-bab begini. Sebab itu hanya mereka berdua sahaja yang bermain meriam disitu. Kalau dikejar oleh Tok Ketua kampung, mudah untuk mereka lari menyelamatkan diri berbanding ramai-ramai.

Sedang Aiman dan Zakkir leka menulis moment di wechat, mereka dikejutkan dengan satu bunyi letupan yang kuat dari kampung Langsat. Hampir saja Aiman terlepas pegangan telefon bimbitnya akibat terkejut.

"Membalas.....ingat kan dah mengaku kalah." Kata Aiman geram. Nampaknya 'perang' belum tamat lagi.

"Zakkir!" Aiman mengisyaratkan sesuatu. Zakkir mengangguk tanda faham.

Zakkir berjalan tenang ke arah semak berhampiran. Rumput serta daun-daun kering di kuis ke tepi. Dia mengangkat sebatang buluh sepanjang satu meter yang agak besar. Kelihatan getah hitam melilit batang buluh tersebut.

"Sedia untuk beraksi." Kata Zakkir sambil mengukir senyum.

Buluh tersebut diletakkan berhampiran lubang tadi. Bahagian hujung buluh diletakkan di tengah -tengah antara kayu yang dipacakkan secara bersilang. Condong dengan muncungnya dihalakan ke arah kampung Langsat.

Tanpa berlengah Aiman memasukkan beberapa ketul karbait ke dalam lubang kecil pada buluh yang telah di tebuk pada bahagian yang diletakkan di atas tanah. Seperti tadi juga, air dimasukkan dan lubang ditutup beberapa saat. Kali ini Zakkir pula yang menutup lubang tersebut.

Aiman sedang memegang kayu kecil yang dihujung terdapat kertas yang sedang terbakar. Dihalakan kertas tersebut pada lubang kecil yang terdapat pada buluh. Sebelah tangannya lagi menutup telinga. Begitu juga Zakkir yang sudah menjauhi buluh tersebut sambil menekup sahaja telinganya dengan sebelah tangan. Tangannya sebelah lagi sedang sibuk memegang henfon sambil merakam sight untuk dikongsikan pada follower di wechat.
Boleh dapat banyak 'like' nanti ni. Kata Zakkir di dalam hati.

Kebooommm!

Kali ini letupan yang terhasil lebih kuat dari tadi. Bergema sepelusuk kampung. Pasti jemaah di surau yang sedang bertarawikh hilang kekhusyukan. Aiman dan Zakkir bersorak gembira. Puas.

'Peperangan' yang tercetus menghasilkan bunyi dentuman letupan saling berbalas antara kedua-dua buah  kampung.  Keadaan itu berlarutan sehingga karbait tiga paket yang di beli mereka habis.

Maka, gencatan di istiharkan secara tidak langsung dan akan bersambung pada malam esok pula. Pasti bersambung! Itu pun jika mereka tidak terbaring di hospital atau di dalam keranda.

Kalau tidak, Metro muka depan la jawabnya!

PAT KAY TUWhere stories live. Discover now