BAB 12 -Cikgu Latifah

219 15 2
                                    

Cikgu Latifah sedang menyemak buku latihan matematik pelajarnya. Manakala para pelajar kelas 4 k1 yang sedang tekun menjawab soalan latihan matematik pada kertas edaran yang telah dia diberikan.  Berulang kali cikgu Latifah melihat nama pada muka hadapan salah sebuah buku tersebut sambil mengerutkan kening.

Sepertinya ada sesuatu yang merunsingkan kepalanya.

Nama Aiman tercatat pada muka  hadapan buku itu.  Cikgu Latifah menjeling ke arah Aiman yang sedang tekun menjawab soalan yang diberikan. Seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Bagaikan sedang bermimpi pula rasanya.

Cikgu Latifah mulai berasa pelik dan hairan.

Aiman telah menghantar buku latihan dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan olehnya. Nampaknya pelajarnya yang nakal seorang itu sudah berubah. Atau mungkin dia cuma meniru sahaja kerja rakan-rakannya yang lain? Tambah menghairankan, Zakkir juga turut menyiapkan kerja rumah yang diberi.

Cikgu latifah mengukir senyum. Telahan jahat yang cuba meracuni fikirannya tadi segera dihindari. Dibuang jauh-jauh. Sebagai seorang guru, dia perlu sentiasa berfikiran positif terhadap anak muridnya sendiri. Baginya ini adalah satu perkembangan yang sangat positif walaupun ada jawapan yang  dijawab itu salah. Itu tidak mengapa, kesalahan boleh diperbaiki kemudian. Namun usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan  itu wajar diberikan pujian. Dalam hatinya, terbit rasa bangga dengan perubahan ini.

"Lima minit lagi". Cikgu Latifah mengingatkan para pelajar akan  tempoh menjawab yang telah diberikan. Dia bangun berjalan jalan apabila mula terasa lenguh. Berjalan-jalan memantau pelajarnya menjawab latihan yang diberikan.

Dia sengaja  berhenti di sebelah meja Aiman. Kelihatannya Aiman sedang tekun membuat kira-kira mencari jawapan. Menyedari dirinya sedang diperhatikan, Aiman sengaja melambat-lambatkan menulis jalan kira. Menyedari hal itu, Cikgu Latifah beredar pula ke meja Zakkir. Seperti juga Aiman, Zakkir sedang tekun menjawab.

Perubahan ini menyenangkan hatinya. Tidak seperti selalu, apabila dia suruh membuat latihan, mereka berdua pasti tidak menyiapkannya. Malah menggganggu pula rakan-rakan yang sedang tekun membuat kerja.

Akibatnya mereka berdua selalu sahaja di denda. Bukan lah satu keseronokan kepadanya untuk mendenda mereka berdua, tetapi dia terpaksa. Mereka perlu diberikan kesedaran.

"Baik, masa sudah tamat. Kumpul dan hantar ke meja guru di hadapan sekarang. Susun elok-elok"
Kertas edaran itu segera dikumpul dan kemudiannya di letakkan diatas meja guru dihadapan kelas.

Cikgu Latifah tersenyum di dalam hati. Nampaknya ketegasan dia telah membuatkan murid-muridnya patuh mengikut arahan. Membuat sesuatu dengan pantas tanpa berlengah-lengah.

"Zikri" Cikgu Latifah menyebut nama seorang demi seorang. Nama yang dipanggil telah bangun ke hadapan untuk mengambil buku latihan.

"Atikah!"

"Elly!"

"Aqhar!"

"Aiman!"

"Tahniah dan teruskan usaha" Ujar cikgu Latifah sambil menyerahkan buku latihan kepada Aiman.

"Zakkir!"

"Tahniah dan teruskan usaha" Ucapan sama turut diberikan kepada Zakkir. Seperti Aiman Zakkir juga kelihatan sedikit terperanjat.

"Terima kasih, cikgu" Ucap Zakkir yang berjalan kembali ke tempat duduknya.

Cikgu Latifah sudah berjalan keluar daripada kelas apabila masanya sudah habis. Sekarang adalah masa untuk mata pelajaran Sejarah. Namun cikgu Danial  masih belum masuk ke kelas lagi. Kesempatan itu digunakan oleh mereka di dalam kelas untuk berborak dan berbual kosong.

Aiman menghampiri tempat duduk Zakkir.

"Woit Zakkir, cikgu Latifah cakap apa-apa tak dekat hang?"

"Ada. Dia kata 'tahniah dan usaha lagi' kat aku"

" Uish, sama la dengan aku. Mesti dia terkejut kan bila tengok kita dua buat kerja sekolah yang dia bagi."

"Giler hang tak terkejut. Aku perasan tadi dia asyik belek tengok   nama ja. Mesti dia tak percaya punya kita buat kerja yang  dia bagi" Bersemangat sungguh Zakkir bercerita.

"Aha kan. Aku rasa macam best pulak bila buat kerja sekolah. Tak kena marah. Cikgu pun seronok. Siap ucap tahniah lagi tuh." Ada nada keinsafan pada suara Aiman.

"Hek eleh hang ,Man. Baru kena puji sikit dah acah-acah insaf pulak. PAI dah siap ke belum?"

"Belum."Jawab Aiman sepatah. Aiman tertawa, begitu juga dengan Zakkir. Entah apa lah yang  menggelikan hati mereka berdua. Namun ketawa mereka tidak lama apabila diganggu dengan bunyi ketukan pada pintu.

"4k1?"

"Aha." Aiman mengangguk. Dia berasa hairan.

Guru lelaki yang bertanya tadi segera berjalan masuk ke dalam kelas. Salam diberikan dan doa  dibaca. Mereka duduk setelah diarahkan berbuat demikian.

"Kamu mesti tak kenal saya kan. Okay tak apa. Saya perkenalkan diri saya dahulu. Nama saya Nazir bin Amran. Saya daripada Universiti Sains   Malaysia dan merupakan guru praktikum disini selama 15 minggu. Pengkhususan saya adalah sejarah dan geografi. Ada soalan?" Berjela pengenalan di berikan oleh Nazir. Pelajar kelas 4k1 kelihatan tercengang di tempat duduk masing-masing.

"Cikgu akan ganti cikgu Danial ajar sejarah ke nanti?" Soal Zakkir inginkan kepastian.

"Itu saya belum tahu. Jadual saya belum dapat lagi.  Dan hari ni cikgu cuma masuk sebagai  relief sahaja. Ada lagi soalan?"

"Kalau tak ada soalan, keluarkan buku teks sejarah kamu. Kita sambung belajar." Arah Nazir tegas. Dia merenung keluar tingkap, cuba meredakan debaran yang sedang rancak di dada.

Perlahan sahaja pergerakan pelajar 4k1 daripada mengeluarkan buku teks hinggalah kepada menyelak muka suratnya. Sepertinya buku teks sejarah itu telah menyedut segala tenaga milik mereka hingga menyebabkan mereka  terasa lemah,lesu dan tidak bermaya.

Memo penulis :
Kelas ni semua laki ker? Ohh tidak..next bab akan masuk watak perempuan pulak.huhu

PAT KAY TUWhere stories live. Discover now