BAB 34 : Kelas tambahan

114 11 2
                                    

Cikgu Nazir melangkah masuk ke dalam kelas 4k1. Dia baru sahaja habis mengajar di dalam kelas 4 Sains 1. Jadual waktu yang rapat menyebabkan tiada masa untuk dia berehat. Selepas habis mengajar di ekals 4 Sains 1 dia perlu bergegas pula ke kelas 4 K1.

Sungguh, hari ini dia berasa sungguh penat. Selesai menjawab salam dan membaca doa, cikgu Nazir berdiri di bawah kipas angin yang terletak di hadapan. sambil itu dia melonggarkan ikatan tali lehernya yang dirasakan sungguh ketat hingga menjerut leher. Atau mungkin, lemaknya yang semakin menebal.

Ada benarnya juga perkara itu, sejak mengajar di sini, dia kurang melakukan aktiviti fizikal. Tidak seperti tiga tahun dahulu. Siang malam kulitnya tidak pernah kering dari peluh. Namun segalanya kini tinggal kenangan beserta ilmu untuk bekalan masa hadapan.

Pelik. Penghuni kelas dia sahaja memerhati dirinya yang maish lagi berdiri di bawah kipas siling. Tidak seperti selalu, mereka akan menyoal macam-macam. Bercerita itu ini kalau boleh sehingga masanya habis begitu sahaja.

‘’Hai, kenapa pakat diam je semua ni. Pelik nih’’ ujar cikgu Nazir. Mendengarkan suara cikgu Nazir, mereka mula memberikan reaksi.

‘’Cikgu la yang pelik. Masuk kelas muka serius semacam je. Selalu tak macam ni pun.’’

‘’Eh, ye ker? Haha.. tak perasan pulak cikgu. Mungkin sebab cikgu penat sangat kot hari ni.’’

‘’Ye la, mana tak penat semalam kan pergi jalan-jalan kat Taiping.’’ Akhirnya Aiman bersuara.

Benar, semalam dia keluar ke Bandar Taiping untuk ke kedai buku. Secara tidak sengaja dia bertemu Aiman di sana. Hairan juga dia Aiman masuk ke kedai buku. Berseorangan pula tu.

‘’Itu lain.’’ Balas cikgu Nazir.

‘’Ye la tuuuu..’’ balas Aiman pula. Sengaja dia memanjangkan sebutan perkataan terakhir itu.

‘’Baiklah kelas, cikgu nak tanya pendapat kamu, boleh tak kalau kita buat kelas tambahan?’’ tanya cikgu Nazir  akhirnya. Memandangkan waktu dia dua masa, jadi dia mahu menggunakan sedikit masa untuk membuat sedikit tinjauan.

‘’Bila cikgu?’’ Tanya Elly.

‘’Sebab itulah cikgu nak minta pendapat kamu semua dulu. Kalau kamu dah setuju, baru kita boleh bincangkan pula masanya nanti.

‘’Saya setuju je cikgu’’ balas Hafiz.

‘’Yang lain macam mana?’’ tanya cikgu Nazir lagi apabila melihat mereka yang lain seolah-olah khayal dalam dunia mereka yang tersendiri.

‘’ Saya tak boleh kot cikgu. Sebab nanti kalau lewat saya nak balik tak ada pengangkutan.’’ Jawab Aiman Qaedi beserta alasannya.

‘’Ouh, kalau yang tak boleh tu tak apa la, nanti kawan-kawan yang lain boleh bantu. Kelas tambahan ni penting untuk bincangkan format dan teknik menjawab soalan nanti. Lagipun kita dah kesuntukkan masa. Peperiksaan pun dah dekat’’

‘’Kalau macam tu kami setuju je cikgu’’ jawab Zakkir pula.

‘’Cikgu cadangkan kita buat pada hari selasa, pukul satu sampai tiga petang. Okey tak?’’

‘’Selasa bila cikgu?’’ tanya Zikri.

‘’Selasa minggu depan. Boleh tak?’’

‘’Boleh, cikgu.’’ Jawab Zikri.

‘’Baguslah kalau macam tu. Okey, untuk hari ni kita sambung topik semalam lagi. keluarkan buku teks sejarah’’

Seperti biasa, jika tidak disuruh mereka tidak akan mengeluarkan buku teks sejarah walaupun tahu itu adalah kelas sejarah dan mereka akan belajar sejarah. Hairan betul cikgu Nazir.

Memo penulis : Akhirnya kembali semula kepada Pat Kay Tu. Lama dah tinggal ni sebab fokus pada beberapa cerita lain.

Sekarang dah kembali cari nood balik untuk Pat Kay Tu memandangkan cerita ni pun dah nak habis.

Maaf la yer bab ni pendek. Merapu je lebih. Haha.

PAT KAY TUWhere stories live. Discover now