Satu pesanan masuk menerusi aplikasi sosial whatsapp. Zakkir segera membuka dan membaca pesanan yang dihantar oleh Aiman.
Aiman : lthan math kna bt mka srat brpa?
Zakkir : X pyah bt. Hahaha.
Aiman : Elok2 la. Ak xmau kna dnda esk. Ms brapa?
Zakkir : Jap.
Zakkir segera menghantar chat kepada Zikri.
Zakkir : "Zikri, math kna bt xcercise mka srat brapa?"
Tidak berapa lama chat itu berbalas. Mereka saling berbalas chat seketika. Zakkir kembali menghantar maklumat tersebut kepada Aiman.
Zakir : 29, praktis 3.2."
Aiman : Tq bro.
Balas Aiman. Perbualan mereka segera berakhir.
Zakkir kembali menyambung bermain game di telefon bimbitnya sambil berbaring di atas sofa. Hanya menanti masa untuk lelap. Pertanyaan Aiman tadi nyata mengejutkan dia.
'Aiman nak buat homework? Dah kena sampuk ke apa budak nih. Iskh, tak boleh jadi kalau macam ni. Dia pun kena buat juga. Kalau tak, pasti dia seorang yang kena denda esok. Mana boleh.' Zakkir bermonolog dengan perasaanya sendiri. Siling di ruang tamu itu direnung. Seperti melihat masa depan, yang masih kabur dan gelap.
Dia bingkas bangun menuju ke bilik tidurnya. Telefon bimbitnya di letakkan dalam mode silent. Buku teks dan latihan matematik segera di capai dan dibawa ke ruang tamu. Dia mula membuat kerja sekolah. Nekadnya tiba-tiba membulat di dalam hati. Seperti bertemu cahaya di sebuah lorong gelap yang tidak berpenghujung.
Mak cik Sarinah hendak ke dapur sebelum langkahnya terbejat. Dilihatnya anak terunanya itu sedang tekun membuat kerja sekolah. Satu permandangan yang menakjubkan belum pernah dia saksikan.
Jika tidak tempat buku-buku sekolahnya itu akan diganti dengan telefon bimbit. Terbit rasa bangga di hatinya. Tak perlu dia mengingatkan lagi seperti hari-hari sebelumnya. Dia meneruskan langkahnya ke dapur.
Setelah meneguk segelas air, dia kembali ke ruang tamu. Cerita klasik lakonan Ibrahim Pendek itu sungguh menggeletek hatinya. Namun tawanya terpaksa di tahan-tahan agar tidak terlalu kuat kerana tidak mahu mengganggu tumpuan anaknya yang sedang tekun menyiapkan kerja sekolah.
"Rosnah, buatkan kopi untuk tetamu kita ini.
"Kopi habis bapaknya"
"Kalau begitu, buatkan teh. Yang hitam itu kopi, yang kuning itu teh"
"Baiklah bapaknya".Tetamu itu menikmati kopi yang disediakan. Mereka segera menikmatinya. Riak wajah mereka berubah serta merta apabila minuman tersebut dinikmati. Si bapaknya segera ke dapur.
"Eh, Rosnah. Air apa yang kau bancuh tadi?"
"Air kunyit. Abang bilang yang kuning itu teh" jawabnya selamba.Tawa mak cik Sarinah seperti belum mahu surut. Cerita klasik sememangnya punyai tarikan tersendiri sama ada jalan cerita, lontaran dialog dan juga aspek nilai.
Zakkir tersenyum mendengar dialog tersebut. Dia juga turut berasa lucu walaupum tidak menggemari filem-filem klasik. Hitam dan putih. Tidak menarik langsung baginya.
Hampir sejam lamanya Zakkir berdating dengan kerja sekolah matematik. Sungguh tekun hingga tidak sedar masa yang berlalu. Atau berputar? Mana -mana aje la. Yang pasti masa akan terus bergerak. Tidak pernah berhenti walau jam kehabisan bateri atau hancur digelek lori trelar tayar 32.
"Yahuuuu...! Siap juga akhirnya". Zakkir melonjak riang. Emaknya berpaling menoleh ke arahnya. Satu senyuman terukir seraya menggeleng kepala dengan ulah anaknya itu.
Buku matematik segera di masukkan ke dalam beg sekolah. Terpandang pula dia pada buku latihan Sejarah. Rasa-rasanya seperti ada kerja sekolah. Dia cuba mengingat. Ditenungnya dinding bilik itu lama-lama seperti mengharapkan timbul perkara yang dilupainya disitu seperti pancaran LCD.
Dia mengukir senyum. Wajahnya kelihatan gembira. Dia baru teringat. Sejarah perlu siapkan nota ringkas. Tidak banyak, cuma satu muka surat. Dia lantas membawa buku itu keruang tamu untuk disiapkan walaupun esok tiada waktu Sejarah.
Semangatnya sedang berkobar-kobar. Seperti api yang tengah marak, sukar sekali untuk dipadamkan.
YOU ARE READING
PAT KAY TU
Teen FictionPat Kay Tu - Mengisahkan Aiman dan rakan-rakannya. Seorang pelajar yang nakal dan juga baik hati. Namun, segalanya berubah dengan kedatangan orang baru di sekolah mereka. Siapakah orang tersebut? Apakah kesudahan pergaduhan antara Aiman dan Faizal?