Pagi itu sewaktu hendak ke kelas daripada tandas, Aiman dan Zakkir terserempak dengan cikgu Khairi. Hendak mengelak sudah terlambat, maka terpaksa la mereka berhadapan dengan cikgu Khairi.
‘’Assalamualaikum cikgu.’’ Aiman dan Zakkir memberikan salam kesejahteraan seraya tunduk sedikit tanda hormat.
Walaupun didenda teruk semalam oleh cikgu Khairi, namun hal tersebut sedikitpun tidak mengikis rasa hormat mereka kepada seorang insan bergelar guru.
Cikgu Khairi merenung tajam ke arah mereka berdua. Wajahnya tetap membengis seperti mereka telah melakukan kesalahan disiplin pula.
‘’Kamu berdua ni dari mana? Merayau-rayau ni mesti ponteng kelas.’’ Tuduh Cikgu Khairi tanpa menjawab salam yang diucapkan mereka berdua tadi.
‘’Eh..tak la. Kami dari tandas.’’ Terang Aiman apabila Zakkir sekadar membisu sahaja.
Geram juga dia melihat cikgu Khairi yang berkemeja hitam berserta tali leher warna perak di hadapannya. Sudah lah salam tidak di jawab, malah dituduhnya pula mereka berdua ponteng kelas.
Tahulah mereka pernah ponteng kelas, namun bukan selalu. Tetapi itulah, sekali buat salah selamanya orang akan ingat.
Sekali ke mereka berdua ni?
‘’Sudah, pergi masuk kelas.’’
Aiman dan Zakkir mengangguk seraya berjalan menuju ke kelas mereka di Blok E. Baru beberapa langkah, mereka berhenti apabila terdengar suara cikgu Khairi memanggil nama mereka berdua. Sererntak mereka berdua berpaling.
‘’Hari ni kelas kamu habis pukul berapa?’’
‘’1.05 minit. Kenapa cikgu?”
‘’Saya nak jumpa kamu berdua di bilik guru waktu balik nanti. Boleh?’’
Aiman melihat wajah Zakkir.
Mengharapkan Zakkir mengatakan sesuatu atau menolak permintaan cikgu Khairi dengan apa-apa alasan sekalipun. Zakkir pula sekadar membalas renungan mata Aiman.‘’Saya anggap jawapannya boleh. Jumpa kamu berdua nanti. kalau tak datang, siap kamu berdua.’’ Ugut cikgu Khairi menayangkan rotan di tangannya kepada mereka berdua.
Kecut perut Zakkir dan Aiman melihat rotan tersebut. Panjang dan agak besar. Sejak bila pula cikgu Khairi bawa rotan? Baru beli la kot.
Cikgu Khairi sudah jauh meninggalkan mereka berdua.‘’Kenapa hang tak jawab tak boleh tadi?’’ tanya Aiman tidak puas hati.
‘’Aik, aku pulak. Hang tu kenapa tak jawab?’’ Zakkir menyoal kembali.
‘’Aku nak jawab apa, mana la aku tahu. Gila hang nak tipu cikgu Khairi. Naya oo kalau dia dapat tahu.’’
‘’Itulah, aku pun fikir macam tu juga tadi.’’
‘’Tapi kan, sebab apa cikgu Khairi nak jumpa kita?’’
‘’Entah, aku pun tahu. Pasal denda semalam kot.’’
‘’Tak mungkin la aku rasa. Kalau pasal semalam, mesti Aqhar dengan Hafiz pun kena.’’
‘’Betul jugak kan. Ah, lantak la pasal apa pun. Nanti kita pergi je la jumpa dia. Nak takut apa, kita bukan buat salah pun.’’
‘’Bijak pun hang. Tak ada faedah pun kita pikir. Jom la masuk kelas, aku nak belajar ni.’’
‘’Kahkahkah.’’ Mereka berdua ketawa serentak. Ironi sungguh perkataan 'nak belajar' tu.
Aiman dan Zakkir masuk ke dalam kelas selepas mengetuk pintu dan diberi kebenaran oleh cikgu Rosmah.
Cikgu Rosmah sedang menulis sesuatu di papan putih di hadapan kelas.
YOU ARE READING
PAT KAY TU
Teen FictionPat Kay Tu - Mengisahkan Aiman dan rakan-rakannya. Seorang pelajar yang nakal dan juga baik hati. Namun, segalanya berubah dengan kedatangan orang baru di sekolah mereka. Siapakah orang tersebut? Apakah kesudahan pergaduhan antara Aiman dan Faizal?