BAB 13 - Surat

255 19 0
                                    

"Aiman..tunggu sekejap." Seorang pelajar perempuan berlari-lari anak mengejar Aiman. Aiman berkalih ke belakang.

"Awatnya Elly oii..?" Soal Aiman kepada Elly, rakan sekelasnya.

Elly berhenti di hadapan Aiman. Dia menarik nafas, hembus. Tarik dan hembus lagi sambil mengurut dadanya. Penat mengejar Aiman yang berjalan laju.

"Jap..." Pinta Elly untuk menenangkan dirinya dahulu.

Elly menyeluk poket baju sekolahnya lalu mengeluarkan sehelai kertas berwarna biru. Kertas itu dilipat kemas. Dan  di lekatkan juga dengan selotep supaya tidak terbuka. Agar penerimanya sahaja yang dapat membaca. Dia menghulurkan kertas tersebut kepada Aiman.

"Apa benda ni?" Tanya Aiman hairan. Kertas biru itu bertukar tangan.

"Surat cinta la...hang ingat zaman sekarang orang tak guna surat dah ker? Relevan lagi tau." Balas Elly selamba.  Aiman pula kelihatan terkejut.

"Eh, hang ni biaq betoi Elly. Hang suka kat aku ka? Hang jangan....  Mengucap Elly, mengucap."

"Apa hang merepek ni Aiman oiii.....takda nya aku  suka dekat hang . Puasa pun tak penuh."

"Hek elehh, macam hang puasa penuh pulak."

"Aku ni lain, ada ABC (Allah bagi cuti). Hang tu laki. Sapa bagi cuti?"

"Hek eleh...ni, sapa bagi?" Soal Aiman kembali sambil mengangkat surat berwarna biru itu.

"Haish.. dari kekasih hati hang tu  la, sapa lagi kalau bukan Hani". Beritahu Elly membetulkan salah faham Aiman sebentar tadi.

"Ooo...lain kali habaq la awai-awai. Tak la aku nak  terkejut macam ni. Boleh kena heart attack aku macam ni tau." Aiman menarik nafas lega.

"Kalau yer pun aku nak bercinta masa sekolah ni, hang ofkos la ada dalam senarai aku. Nombor satu lagi tu.  Senarai rejected!" Elly terus  melangkah pergi mendapat Atikah yang sedang menunggu untuk ke koperasi sekolah.

"Elehh...perasan la hang. Aku pun sama la. Elly.....terima kasih" laungnya pada Elly yang sudah bersama Atikah. Elly sekadar mengangkat tangan membalas ucapan terima kasih itu. Elly dan Atikah berjalan menuju ke koperasi sekolah.

Manakala Aiman bersama surat di tangan berjalan masuk semula ke dalam kelas. Hasratnya untuk ke pusat sumber terpaksa  di tangguhkan. Sebenarnya hari ini dia hendak ke pusat sumber untuk membuat kad pinjaman buku. Hampir empat tahun di sekolah ini dia belum pernah membuat kad tersebut, apatah lagi meminjam buku dari pusat sumber. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi di mejanya di dalam kelas 4k1.

Surat? Iskh...sejak bila  Hani main surat menyurat pulak ni? Aiman binggung memikirkan sepucuk surat berwarna biru yang masih berada di tangannya.

Dia berseorangan di dalam kelas. Mereka yang lain sudah lama  keluar mengikut tujuan masing-masing. Waktu rehat masih berbaki lagi.

Dibeleknya surat itu pada bahagian luarannya. Terdapat satu tulisan pendek di bucu surat tersebut. Dia segera membaca.

P/s : Buka dan baca di rumah.

'Ini memang betul  tulisan Hani. Aku kenal sangat tulisan dia.' Aiman berkata sendiri.

'Hurmm.. apa agaknya kandungan surat ni. Siap tak bagi buka di sekolah lagi. Kena buka di rumah menurut pesanan yang tercatat di surat tersebut. Macam penting.' Kata Aiman lagi. 

Perasaan ingin tahu makin menebal dalam dirinya. Aiman berusaha untuk menahan keterujaan itu. Walaupun perasaan ingin tahunya begitu mendesak, dia harus memegang amanah. Surat tersebut di masukkan ke celah buku teks sejarah dan hendak disimpan ke dalam beg sekolahnya.

"Baca buku ker bang" Zakkir tiba-tiba muncul dari arah belakang Aiman bersama Aqhar dan Hafiz.

"Abang kita sorang ni, sejak dua menjak ni berubah betul. Kerja sekolah siap,waktu rehat tak keluar. Buat kerja sekolah dalam kelas. Bagus betul la." Sampuk Aqhar pula.

Aiman menarik nafas  lega kerana sempat menyimpan surat itu di dalam buku teks. Lekas-lekas dia memasukkan buku teks tersebut ke dalam beg sekolahnya.  Jika tidak, habis lah dia.

"Hang okey ke Aiman?" Zakkir yang berada di sebelah Aiman mula berubah nada suaranya. Dia perasan perubahan pada riak wajah Aiman. Tidak seperti selalu. Ceria dan gila-gila.

"Eh, aku okey je. Awat hang tanya macam tu? Macam awek-awek je hang ni. Aku puasa la hari ni." Balas Aiman cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya.

"Ouhh..patut laaa.... bagus-bagus." Bahu Aiman ditepuk lembut beberapa kali. Aiman membiarkan saja keadaan itu.

"Ke hang ada masalah awek? Don't worry brother, ini Aqhar la, habaq mai ja apa masalah." Aqhar bijak meneka sambil memperlihatkan ciri seorang sahabat sejati.

"Huh, mana ada. Mengarut la. Baik hampa contohi Hafiz tu. Masuk je kelas terus buat homework." Pantas sahaja Aiman menafikan sambil cuba mengalihkan topik.

Hafiz menoleh apabila namanya disebut oleh Aiman. Pernafasannya terasa lancar. Hidungnya kembang barangkali.

"Dah dah, tak payah nak perasan sangat. " Balas Aqhar kepada Hafiz. Dia lalu berjalan ke arah tempat duduknya, di sebelah Aiman sahaja mejanya. Aiman lega. Bimbang pula lambat laun kawan-kawannya mungkin dapat meneka perasaannya ketika ini. Padahal dia sendiri tidak tahu apa yang tidak kena dengan dirinya. Kandungan surat juga dia tidak tahu. Tetapi perasaan terasa berdebar semacam.

Aiman bangkit hendak  ke tandas. Sewaktu di pintu kelas dia telah berselisih dengan Elly dan Atikah.
Pandangan mereka bertaut namun cuma untuk seketika sahaja.

PAT KAY TUWhere stories live. Discover now