BAB 32 : Blog

138 12 0
                                    

Hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi Taiping sejak petang membawa ke malam. Agak lama juga hujan tidak lebat sebegini setelah dilanda cuaca panas yang panjang.

Ada yang mengatakan hujan ibarat cinta. Kerana sukar untuk diduga, bila akan datang dan juga bila akan pergi.

Waktu begini, apa lagi yang lebih enak dilakukan jika bukan membalut tubuh dengan selimut tebal dan tidur.

Namun, itu mustahil untuk dilakukan oleh pelajar 4k1. Lebih tepat lagi kepada mereka yang belum siap tugasan mencari maklumat seperti yang diarahkan oleh cikgu Rosmah.

Elly adalah salah seorang dari mereka yang tidak bernasib baik untuk lena lebih awal malam ini.

Komputer riba berwarna kuning jenama Acer diletakkan di atas meja lalu di hidupkan. Elly melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi plastik lalu di tarik rapat ke meja tadi.

Dia sudah bersedia.

Mana mungkin dia boleh tidur lena sedangkan tugasan yang diberikan belum lagi dibuat. Mujurlah juga di rumahnya ada capaian internet dan laptop. Jika tidak, pasti sukar untuk dia hendak mencari maklumat.

Cikgu Rosmah ni pun satu. Suruh cari maklumat macam-macam. Nak itu la, nak ini la. Rungut Elly, namun jarinya tetap juga bergerak. Malas - malas sahaja Elly menaip maklumat yang hendak di cari pada papan kekunci.

Setelah beberapa minit melayari internet, Elly bagaikan teringat sesuatu.

Agaknya, Atikah dah cari ke belum maklumat ni?

Telefon bimbitnya di capai lalu terus menghubungi Atikah. Kalau mesej lambat, mungkin Atikah tak sedar. Apatah lagi hujan tengah lebat. Lebih baik call terus.

"Hello, Assalamualaikum Atikah, hang dah cari ke belum maklumat yang cikgu Rosmah suruh cari tu?"

"Waalaikumussalam. Belum la Elly. Internet kat rumah aku tak elok pula malam ni. Nak pergi cyber cafe petang tadi, hujan pulak lebat. Hang dah cari ker?"

"Oh,.. aku baru nak cari la ni. Tu sebab aku tanya hang. Hang nak aku tolong carikan tak?"

"Boleh ker?" Tanya Atikah ingin kepastian.

"Apa pulak tak bolehnya, mesti la boleh. Lagipun nak kena hantar esok kan."

"Terima kasih Elly. Nasib baik ada hang. Aku dah tak tahu nak buat apa tadi. Tawakal je la aku kalau kena marah esok."

"Sapa lagi nak tolong kawan kalau bukan kawan sendiri juga. Haribtu aku sedih, hang tolong pujuk. Hang punya bahagian tajuk apa? Biar aku tolong cari."

"Aku hantar mesej kejap lagi, terima kasih banyak-banyak tau Elly."

"Sama-sama. Dah la, jangan risau sangat. Okey lah, jumpa esok kat sekolah. Bye, Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."

Talian di sebelah sana dimatikan. Elly melihat sekilas telefon bimbitnya sebelum diletakkan semula ke dalam laci meja.

Nasib baik dia sempat bertanya kepada Atikah, kalau tidak pasti teruk Atikah dimarahi esok.

Elly meneruskan carian di internet untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Tidak sesukar mana untuk mendapatkan apa-apa maklumat jika punyai capaian internet. Segala maklumat  akan berada di hujung jari sahaja.

Tapi, otak dan akal jangan dilupa pula. Maklumlah, dunia siber sekarang ramai yang menulis macam-macam di internet tertutamanya media sosial seolah-olah tidak berotak dan berakal.

Sedang dia meneliti hasil carian tadi, tiba-tiba matanya tertancap pada satu link. Segera tetikus digerakkan meletakkan cursor pada link tersebut dan, Klik!.

Link tadi segera terbuka memaparkan satu paparan blog peribadi milik seorang penulis blog. Ditelitinya lagi kandungan blog tersebut, dan dia yakin, dia kenal penulis blog tersebut.

Cikgu Nazir? Ohh, blogger rupanya cikgu ni. Rajin pulak dia buat blog.

Elly makin ligat meneroka segala isi blog tersebut. Segalanya entri yang ditulis dia baca. Termasuklah satu entri yang begitu menarik perhatiannya.

Sedang leka dia membaca, otaknya kembali mengingatkan tujuan sebenarnya tadi.

Eh, kerja aku tak siap lagi ni. Boleh pulak aku asyik baca blog. Elly tampar dahinya beberapa kali. Kesal kerana terleka tadi. Itulah bahaya internet, dalam beberapa saat saja boleh memesongkan tujuan sebenar seseorang yang melayarinya.

Segera paparan blog tersebut di padam. Elly kembali semula kepada tujuan asalnya tadi iaitu mencari maklumat seperti di arahkan oleh cikgu Rosmah.

Puas mencari akhirnya terjumpa juga. Lantas Elly mencetak keluar artikel tersebut. Termasuklah tajuk untuk tugasan Atikah.

Tugas mereka mudah sahaja sebenarnya, iaitu cari maklumat di internet berkaitan bahan-bahan berkaitan  dan cetak lalu di bawa ke sekolah. Bahan-bahan tersebut akan di kumpulkan dan digabung bersama.

Riang hatinya dapat membantu satu-satunya kawan perempuannya di dalam kelas 4K1. Iye lah, hanya mereka berdua sahaja pelajar perempuan.

Pada siapa lagi untuk mereka bergantung harap kalau bukan antara satu sama lain.

Pelajar lelaki yang sembilan orang itu pasti ada yang tidak mencari maklumat tersebut. Tapi, apa mereka peduli. Mereka biasa di denda, mungkin juga sudah lali.

Namun, pengecualian harus diberikan kepada Aiman dan Zakkir. Sejak kebelakangan ini, sikap mereka berdua seperti sudah berubah. Elly perasan akan perkara itu.

Mana tidaknya, kerja sekolah cikgu Latifah mereka siapkan. Padahal, tak pernah-pernah mereka buat. Dan ketika peperiksaan baru-baru ini, mereka kelihatan sungguh tekun menjawab.

Tapi, tetap juga gagal sejarah walaupun dia ada dengar cerita yang Aiman, Zakkir dan Hafiz ada buat study group untuk subjek sejarah.

Apa yang berlaku sebenarnya? Nak mati ke apa budak berdua ni? Lain sungguh sikapnya dari biasa.

"Elly!" Laung satu suara wanita dari luar bilik.

"Ye, mak." Jawab Elly.

"Sudah-sudah la tu mengadap laptopnya. Esok nak sekolah lagi. Pergi tidur cepat."

"Baik mak." Balas Elly akur. Belum sempat dia daftar keluar akaun media sosial  facebook miliknya, capaian internet sudah hilang.

Tahulah dia bahawa emaknya sudah mematikan modem internet yang terletak di ruang tamu. Sememangnya itu adalah satu cara yang berkesan untuk menghalang dia daripada tidur lewat.

Dan cara itu nyata sungguh berkesan.

PAT KAY TUWhere stories live. Discover now