Hari yang dinantikan sudah tiba. Dia kini sudah terpacak berdiri di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri. Deretan bangunan di hadapannya di pandang sekali imbas. Bewarna warni. Warna kuning nampaknya lebih mendominasi.
Mungkin juga, itu warna rasmi sekolah ini. Dia hanya meneka. Sememangnya dia tidak tahu dan akan ambik tahu juga nanti.
Setelah ditunjukkan arah pejabat sekolah, dia segera beredar. Tidak lupa menyatakan ucapan terima kasih kepada pak cik guard yang murah dengan senyuman itu.
Langkah mereka berdua diatur kemas. Melangkah longkang kecil dan menginjak beberapa anak tangga, maka tibalah mereka di pejabat sekolah yang terletak pada bahagian hujung bawah bangunan dua tingkat itu.
Punggung mereka dilabuhkan pada kerusi batu bermeja bulat di hadapan pejabat sekolah. Keadaan awal pagi itu mulai sibuk. Guru-guru dan staf yang baru tiba sibuk menulis kedatangan pada buku kedatangan pada buku kedatangan yang telah tersedia di kaunter.
Segala tingkah itu diperhatikan sahaja mereka berdua. Ada beberapa orang guru yang perasan akan kehadiran mereka disitu memandang pelik kepada mereka. Mungkin kerana tidak pernah melihat mereka. Ya, memang pun. Baru hari ini kelibat mereka kelihatan ada di situ. Dan semestinya dengan baju kemeja, seluar slack dan bertali leher ini pasti mengundang perhatian mereka yang lalu lalang disitu.
"Assalamualaikum. Cikgu praktikal ke?" Tegur seorang guru wanita yang kelihatan agak berusia.
Mereka berdua mengangguk serentak sambil mengukir senyum. Senyum, satu komunikasi tanpa lisan yang saling menghubungkan jiwa-jiwa yang terbuka dengan keceriaan.
"Jom la terus ke dewan untuk perhimpunan pagi. Pengetua pun ada disana." Ajak cikgu wanita yang tidak diketahui namanya itu ramah.
Mereka berdua meletakkan beg di bangku tersebut lalu bangun untuk ke dewan.
"Ehh, beg tu bawa sekali pun tak apa"
Beg tersebut di galas kembali. Mereka menuruti langkah guru wanita tersebut. Langkahnya cepat sekali. Mungkin kerana mengejar masa. Maklumlah, perhimpunan pagi ni turut disertai pegawai dari PPD. Itu yang diberitahu kepada mereka berdua tadi.Satu perasaan baru menjengah apabila melalui tepi bangunan dewan yang terbuka pintunya itu. Seolah-olah seperti semua mata sedang memandang ke arah mereka. Atau juga, perasaan mereka sahaja yang begitu. Namun debarannya tetap juga terasa.
Mereka mengambil tempat di atas pentas di mana susunan kerusi sudah dikhaskan untuk guru-guru. Di hadapan mereka, di bawah pentas beratur para pelajar yang beruniform sekolah. Pelajar lelaki di bahagian hadapan, manakala pelajar perempuan pula di bahagian belakang.
Sesi beramah pun bermula. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaumlah. Sebagai pendatang baru, mereka perlu bijak membawa diri. Yang paling penting jangan meninggi diri dan memahami terlebih dahulu keadaan sekeliling.
Pahanya dicuit. Huluran salam seorang guru lelaki di sebelahnya disambut.
"Cikgu praktikal ke, dari mana?" Soalan sama berulang lagi. Dan akan terus berulang untuk tempoh satu minggu barangkali.
"Aha, praktikal. Dari USM." Jawabnya ringkas. Tanda nama di sebelah kiri baju sukan itu diintai.
"Baha...baharim". Bacanya di dalam hati.
"Nama ?" Soal guru lelaki bernama Baharim itu lagi.
"Nazir". Pendek sahaja jawapannya.
"Sorang lagi tu?"
"Steward"
"Main sukan apa?"
"Hoki"
"Hoki kita tak hantar tahun nih. Saya la coach hoki sekolah ni." Tersentak Nazir mendengar jawapan tersebut. Bagai panahan lembing tajam menusuk ke tangkai jantung. Salah satu sebab sekolah ini menjadi pilihannya adalah kerana hoki. Kriteria sekolah pilihannya adalah mesti ada pasukan hoki dan pasukan kadet PKBM.
Nampaknya satu daripada kriteria tersebut sudah tercicir.
"Sukan lain?" Suaranya diperlahankan. Seakan-akan berbisik kerana pegawai PPD sedang berdiri di hadapanya memberi ucapan menghadap para pelajar.
"Bola baling."
"Bola baling pun tak hantar juga. Olahraga boleh?
"Boleh la juga" Jawab Nazir. Dia mulai binggung. Itu tak hantar, ini tak hantar, habis tu takkan hantar olahraga sahaja? Dia mulai berungut di dalam hati. Kejutan hari pertama lapor diri.
"Orait. Esok pukul tiga petang turun kat padang. Tolong saya latih budak olahraga".
Nazir sekadar mengangguk. Tugasan pertama! Perhimpunan pagi itu berakhir dengan sesi bergambar kenangan bersama pegawai PPD. Dan mereka berdua juga turut serta.
YOU ARE READING
PAT KAY TU
Fiksi RemajaPat Kay Tu - Mengisahkan Aiman dan rakan-rakannya. Seorang pelajar yang nakal dan juga baik hati. Namun, segalanya berubah dengan kedatangan orang baru di sekolah mereka. Siapakah orang tersebut? Apakah kesudahan pergaduhan antara Aiman dan Faizal?