HG6 ;

777 90 9
                                        

( Haerin POV )

Serius aku cakap , apa yang songsaenim ajar kat depan langsung aku tidak dapat fokus . Apa yang ada dalam kepala otak aku adalah kejadian pagi tadi .

" Jung Raon ? " panggil Park Saem .

Aku tersentak . Dengan cepat aku memandang ke hadapan . Mampus aku ..

" Kamu berangan ? " tanya Park Saem . Kini seluruh murid di dalam kelas aku memandang aku .

Aku mengelengkan kepala . Park Saem mengelengkan kepala . Eh Saem , tiru saya ke apa ni ?

" Lain kali fokus .. Kamu tu pelajar cemerlang .. " kata Park Saem . Aku anggukkan kepala dan Park Saem terus sambung dimana dia berhenti .

Aku mengeluh . Aku memandang ke tepi . Min Yoongi memandang aku . Aku cuba membaca gerak bibirnya dan aku dapat baca .

" Rehat dengan kau ? " kata aku sendiri . Aku angkat bahu dan cuba fokus apa yang Park Saem ajar .

---

" Haemin ! " panggil seseorang .

Aku memusing ke belakang . Siapa berani sebut nama betul aku tu ? Seluruh sekolah tidak tahu nama sebenar aku . Aku nampak Yoongi tengah lari ke arah aku . Ooo .. Dia rupanya yang panggil nama aku . Siap kau Min Yoongi !

" Haemin-ah .. Tunggulah aku ! " kata Yoongi .

Aku memandang Yoongi yang tercungap-cungap kerana mengejar aku . Aku tak suruh dia kerja pun . Padan muka .

" Kau ! Kenapa panggil nama sebenar aku ?! " jerkah aku . Yoongi terkejut tapi dia kawal reaksi mukanya .

" Saje . Lagipun nama tu comel . " kata Yoongi dengan selambernya . Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar .

Aku mencubit lengan Yoongi . Yoongi mengerang kesakitan . Baru puas hati aku ! Aku sambung perjalanan aku ke kantin . Yoongi jalan di sebelah aku . Dan apabila sampai di kantin , secara tertiba langkahku berhenti . Begitu juga dengan Yoongi .

" Wae ? " tanya Yoongi . Aku cuba menahan sebak dan sakit di hati . Sejujurnya aku jeles .

" Jimin and Sana ? " tanya Yoongi lagi . Aku mengelengkan kepala .

" Then ? " Yoongi bertanya lagi .

Aku cuba untuk senyum . Tapi itu adalah senyuman palsu yang aku jarang beri . Dan beri apabila aku ada masalah .

Tiba-tiba Yoongi menarik tangan aku dan pergi dari situ . Aku hanya ikut sahaja ke mana yang Yoongi pergi .

" Kau duduk sini . Aku belikan makanan . " Yoongi melepaskan pegangannya dan beredar dari situ .

Aku memandang ke hadapan . Bukit di belakang sekolah . Kenapa selamani aku tak pernah tahu bukit ni ada ? Angin sepoi-sepoi bahasa amat aman dan tenang . Di sini ke tempat selalu Yoongi pergi ?

Dalam lebih kurang 15 minit gitu , Yoongi datang balik . Roti dan sebuah air kotak Yoongi berikan kepadaku .

" Aku tahu kau tengok Jimin dan Sana tadi .. " Yoongi memulakan bicara .

Aku cuma diamkan diri . Mulut berat nak bercakap . Biarlah hati berbicara . Yoongi memegang bahu aku . Mata Yoongi memandang mata aku .

" Aku tahu kau kuat . Even perangai kau brutal , kau tetap perempuan . Dan perangai brutal kau ni bukan salah kau , itu semula jadi . " Yoongi berkata dengan penuh semangat .

" Tak .. Aku tak boleh .. Jimin suka ke dengan perangai aku ni ? Bukankah ideal type ni dia nak perempuan yang ayu ? " aku cuba mengawal suara aku . Tanpa aku sedari , air mata aku mengalir membasahi pipi .

© Handsome Girl | PJMStories to obsess over. Discover now