( Haemin POV )
Aku kini beredar di rumah dan sedang berehat di dalam bilik . Kata-kata Jimin masih terngiang-ngiang di kepala otak aku .
Aku sedang mengemas katil manakala Jimin sedang melipat baju hospital .
" Jung Haemin .. Jaga diri ya .. " kata doktor kegemaran aku .
Dia jaga aku setiap masa . Selalu melawat aku . Beri nasihat itu lah ini lah . Dialah doktor Kim Seok Jin .
" Baiklah doktor .. Saya janji saya akan jaga diri .. " kata aku sambil mengangkat tangan macam nak ikrar .
"Owh .. Haemin-ah .. Saya nak nombor telefon awak boleh tak ? " tanya Doktor Seok Jin .
Belum aku membalas , Jimin sudah menyampuk .
" Doktor nak telefon dia buat apa ? " tanya Jimin dengan angkuhnya .
" Err .. Saya nak simpan . " balas Doktor Seok Jin .
" Tak payah .. Doktor simpan nombor saya je . " kata Jimin kemudian dia mengeluarkan sekeping kad .
Well , siapa tak kenal Jimin . Dia memang sudah sediakan kad telefon dia .
" Er .. Okey .. Terima kasih .. " kata doktor Seok Jin lepas tu dia beredar macam gitu je .
Jimin mengenggam tangan aku . Aku memandangnya pelik .
" Jimin .. " panggil aku .
" Wae ? " balasnya .
" Kenapa tak bagi aku beri nombor telefon aku dekat doktor tu ? " tanya aku .
Jimin diam . Sampai sahaja di kereta dia terus membukakan pintu dan menyuruh aku masuk . Aku ikut apa yang dia suruh .
YOU ARE READING
© Handsome Girl | PJM
FanfictionWalaupun dia kacak , dia masih cantik . Ideas : @yifanbae Start / 26.9.16 End / 31/3/17
