" Chim .. Chim .. "
Aku memandang ke arah Yoongi yang berusaha nak pujuk Jimin . Jimin mengabaikan Yoongi dan fokus pada telefonnya .
" Jimin .. I'm so sorry .. Aku tak de niat pun nak buat begitu .. " kata Yoongi lagi .
Jimin diam dan beralih tempatnya . Dia duduk di sebelah Suga . Suga memandang Jimin pelik . Yoongi mengeluh .
" Kenapa kau buat dia begitu ? " tanya Suga kepada Jimin .
Jimin mengeluh .
" Tak baik tau .. Aku jeles tengok persahabatan korang .. Hargailah dia selagi dia ada di hadapan mata korang .. " kata Suga kemudian dia menyumbat penyumbat telinga ke telinganya .
Jimin memandang Yoongi dengan pandangan kesal .
Aku duduk di sebelah Yoongi . Aku mengusap tangannya .
" Aku faham .. " aku menepuk-nepuk tangannya .
Yoongi tersenyum hambar . Aku memandang Jimin yang langsung tidak kesal dengan tindakannya .
--
" Esok hari terakhir kita di sini . Dan esok juga photoshoot okey ? Terima kasih pada hari ini .. " kataku kepada mereka semua .
" Min ... " panggil Jun .
" Nae ? "
Mereka berlima memeluk aku . Ada yang nak nangis .
" Cutilah sini lama sedikit .. " kata si Sara .
" Betul tu .. Tak puas tahu tak nak cuti dengan kau .. " tambah si Ain .
" Tak boleh ke lama sikit ? " tanya si Sarah pula .
Aku gelengkan kepala . Memang jadual mereka 3 hari sahaja di Malaysia .
" Aniya .. Nanti pd-nim marah .. Aku tak naklah burukkan muka aku di hadapan BTS " kataku .
" Min !! " rengek mereka semua . Aku tergelak kecil .
Aku mengusap kepala Atiqah yang ditutup oleh tudung . Atiqah memeluk aku .
" Alah janganlah macam ni .. Aku janji nanti aku khawin aku jemput korang .. "
Muka mereka dari sedih terus kepada terkejut . Pandangan mereka seperti kau-dah-jumpa-jodoh-kau-ke? .
" Nae .. Tapi lama lagilah .. Dah , aku nak balik ke bilik .. Badan aku dah melekit ni .. " kataku kepada mereka .
Mereka anggukkan kepala dan melambaikan tangan mereka ke arah aku . Aku tersenyum dan anggukkan kepala .
--
Ting !
Bunyi mesej dari telefonku . Dengan pantas aku mencapai telefon dan melihat gerangan siapakah yang mesej aku .
Ouh .. Itu bukan mesej tapi noti daripada Instagram yang Yoongi post gambar . Aku on noti dia .
YoonLy posted a picture
YOU ARE READING
© Handsome Girl | PJM
FanfictionWalaupun dia kacak , dia masih cantik . Ideas : @yifanbae Start / 26.9.16 End / 31/3/17