HG28

450 51 0
                                    

( Jimin POV )

Selepas je aku tidurkan si Haemin , aku mula menuju ke rooftop semula . Apabila sampai di rooftop , aku memandang sekeliling .

" Maafkan aku , Yoongi .. " aku mula menangis di situ .

Aku terduduk dan menumbuk dada aku . Sakitnya tidak dapat menandingi sakit yang Yoongi rasakan .

Aku tahu Haemin nak aku gembira , jadi aku berpura-pura gembira di hadapan dia . Aku berpura-pura senyum hakikatnya aku sakit di dalam .

Hanya tangisan aku sahaja didengari . Aku nak lepaskan semuanya . Rasa bersalah terhadap Yoongi masih tidak hilang dalam diri aku .

" Maafkan aku .. Aku tuduh kau bukan-bukan .. Aku fitnah kau .. Aku cakap kau perampas .. Aku tidak percayakan kau sebagai kawan . Aku tak sangka .. Persahabatan kita tergantung di tengah jalan hanya sebab ego aku , cemburu aku .. Maafkan aku , Yoongi !! " aku menjerit di situ .

Aku tak kisah jika ada orang dengar . Tiba-tiba aku nampak seekor rama-rama terbang ke arah aku .

Kemudian , rama-rama itu bertukar menjadi Min Yoongi . Aku terkejut lalu berdiri di hadapannya .

" Y-yoongi .. " aku mengigit bibir supaya tidak menangis di hadapannya tapi aku tidak dapat menahan lalu aku menangis di hadapannya . Aku menundukkan wajah aku .

Yoongi menyentuh permukaan kulit di muka aku . Tangannya sejuk bagaikan ais . Aku mengangkat mukaku dan memandangnya .

Yoongi tersenyum . Senyuman dia amat manis sekali .

" Don't blame yourself , Jimin .. Salah aku sebab tidak beritahu kau dulu .. " kata Yoongi dengan senyuman yang tidak lengkang di bibirnya .

Aku gelengkan kepala . Tangannya di pipi aku digenggam . Biarlah orang nampak aku bercakap seorang diri ataupun ' gay ' .

" Aku yang salah , Yoongi .. Aku yang salah .. Aku sanggup marah kau tengking kau herdik kau hanya sebab seorang perempuan .. " kataku pula .

Yoongi senyum . Yoongi menarik aku dan memelukku . Aku memeluknya dengan erat .

" Maafkan aku .. Jaga Haemin bebaik .. Aku nak kau jaga dia sebagaimana aku jaga dia . Nae ? Aku kena pergi .. " kata Yoongi kemudian aku memandang sekeliling .

Eh ? Dah pagi ? Aku bangun dari baring . Aku masih di rooftop . Aku memandang langit dan senyum .

Terima kasih Yoongi sebab muncul walaupun hanya sekali 💕 .

---

" Chim pergi mana semalam ? " tanya Min sebaik sahaja aku baring di atas katil .

Aku hanya diam . Kejadian aku dengan Yoongi dimainkan semula di kotak fikiranku .

" Chim ! Min tanya ni ! " Min duduk di kerusi bersebelahan katil .

" Uhm ? " aku baru sedar yang aku tidak tumpukan perhatian pada soalannya .

" Min tanya .. Semalam Chim pergi mana ? Min bangun je tengok Chim tiada di katil . Nak call , telefon Chim tinggalkan . " kata Min dengan poutnya .

Aku tersenyum .

" Chim pergi jumpa Yoongi heee~ " balasku dengan sengihan .

© Handsome Girl | PJMWhere stories live. Discover now