Episode 3: Her birthday

8.9K 566 14
                                    

Waktu bekerja di kafe sudahpun tamat dan Kayna menyalin pakaian kerjanya kepada pakaian biasa.

Sehabis menyalin bajunya, dia keluar dari bilik dan menuju ke tengah kafe dimana Zea berada. Dia juga menunggu pak cik Zea memberikan upah bekerjanya.

"Zea, mana pak cik kau?" Tanya Kayna kerana tidak melihat pak cik Zea.

"Ada kat dapur. Hari ni kita balik lambat sikit." Zea tersenyum kecil menjawap pertanyaan Kayna.

"Eh? Asal?" Kayna menjadi bingung. Dia tidak mendapat apa-apa berita tentang kerja lebih nasa dari sesiapa.

Zea memusing badan Kayna sehingga badannya menghadap pintu dapur. "Okay, keluar!" Jerit Zea. Kayna pula berdiri kebingungan.

Sejurus itu, dua pekerja lelaki di kafe tersebut keluar sambil membawa sebiji kek strawberi berbentuk bulat. Pekerja lain dan Zea pula menyanyikan lagu hari jadi.

"Zea. Kau ingat!" Kayna menutupi mulutnya kerana terkejut. Pada masa yang sama hatinya rasa berbunga.

"Mestilah aku ingat. Kawan macam apa yang tak ingat hari kebahagiaan kawan sendiri." Zea tersenyum melihat riak bahagia di wajah Kayna.

Air mata kebahagiaan mengalir dari matanya. Sudah lama tidak merasakan kebahagiaan seperti sekarang.

"Dah jangan nangis. Buruk tau. Kau sepatutnya tersenyum, birthday girl." Kayna tersenyum mendengar kata-kata gurauan Zea.

Setelah meniup lilin mereka mulakan parti hari jadi Kayna. Gelak tawa dan senyuman menghiasi wajah mereka semua.

"Ok, ni hadiah daripada aku." Zea menyerahkan sebuah kotak kecil yang berbalut kepada Kayna.

"Apa ni, Zea?" Kayna mengambil kotak yang diberikan Zea. Balutannya sangat cantuk dan kemas.

"Tengokla sendiri. Kalau aku bagitau bukan kejutan namanya."

Kayna membuka balutannya dengan cermat. Setelah siap dibuka dia melihat hiasan rambut berbentuk bunga berwarna coklat.

"Wah, cantiknya Zea!"

"Mestilah. Aku kan pandai pilih hadiah. Cubalah pakai."

Kayna meletakkan hiasan itu di rambutnya. Ia kelihatan sangat cantik diletakkan di rambutnya tambahan lagu ia menyerlahkan warna matanya.

"Memang sesuai la untuk kau Kayna. Nampak cantik sangat untuk kau. Tak salah aku pilih." Zea sangat bangga dengan pilihannya. Pekerja yang lain juga memuji kecantikan Kayna.

"Terima kasih Zea. Terima kasih untuk semua yang kau buat untuk aku." Kayna memeluk Zea sebagai tanda terima kasihnya.

"Sama-sama. Kau pun pernah buat macam ni waktu hari jadi aku dulu. Ni aku balas balik." Senyuman diberikan kepada Kayna.

Kayna melihat hiasan bunga yang diberikan Zea tadi. Setiap kali dia mengingat parti yang diadakan Zea, dia mesti tersenyum

Sudah lama dia tidak merasakan kebahagiaan seperti hari ini sejak ibu bapa angkatnya meninggal dua tahun lalu. Tiada yang ingat hari jadinya selain mereka. Namun hari ini kebahagiaan itu datang semula.

Kayna meletakkan hiasan itu di dalam kotaknya semula dan berniat untuk masuk tidur.

Tapi sebelum melelapkan mata dia merasakan jantungnya tiba-tiba berdegup dengan laju dan kepalanya rasa berat semacam. Nafasnya menjadi lebih berat dan dia berasa hampir kehilangan kesedaran.

'Bum'

Kayna mendengar bunyi yang kuat seperti bunyi sebuah letupan. Dia membuka tingkap biliknya untuk melihat keluar.

Apa yang dilihatnya amat pelik. Tiada siapa yang keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku bahkan orang yang berada di sekeliling melakukan urusan mereka sendiri. Bahkan mereka semua seperti tidak merasa terganggu.

"Tak kan la diorang semua tak dengar. Kuat kot bunyi tu. Jangan-jangan aku sorang yang dengar." Perasaan risau dan takut telah melanda hatinya.

"Apa yang terjadi sebenarnya ni? Bunyi apa tadi tu? Nak tengok tak apa yang berlaku?" Kayna menanyakan dirinya sendiri.

"Tapi aku takut la pulak. Macam mana kalau ada benda bahaya." Semakin difikirkan, semakin kuat rasa risau yang dirasai Kayna.

"Tak pe lah. Bukan urusan aku. Baik aku pergi tidur." Tanpa berfikir panjang, dia rebahkan badannya diatas katil dan setelah beberapa minit dia telah memasuki dunia mimpi.

Tanpa dia perasan, simbol di tangannya muncul dan bercahaya semula. Dan bezanya, ia bercahaya lebih terang dari pagi tadi.

Di padang rumput dimana berlakunya letupan tadi, berdirinya seorang lelaki ditengah-tengah padang. Dia melihat sekelilingnya. Kemudian, dia mua bergerak sambil mencari-cari.

"Tak jauh dari sini."

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now