KALI kedua Elementalist menaiki kapal di Dorwall. Hanya tujuan mereka yang berbeza. Sebelum ini, tujuan mereka ialah Stonecrystal, pada hari ini pula, Shadowgrass. Dua-dua tempat ini sangat bahaya, namun Elementalist masih tidak takut.
Mereka bersama dengan tiga Altarian dewasa. Mereka membawa pedang bersama mereka. Pedang mereka sama kerana mereka dari satu tempat yang sama, iaitu istana Dorwall.
Dua daripada mereka berjaga disisi kapal, takut ada serangan hendap atau sebagainya. Sebagai pengawal diraja, mereka bertugas untuk melindungi Ariel dan sahabatnya.
"Ariel! Aku dah nampak." Laura yang berada dihadapan dek kapal menudingkan jarinya. Dia sedang menunjukkan sesuatu.
Ariel dan yang lain mengikuti arah yang ditunjuk oleh Laura sebentar tadi. Sebuah pulau yang besar. Pulau itu gelap dan diatasnya terdapat awan mendung. Semakin mereka mendekati tempat itu, semakin mereka merasakan aura gelap yang menakutkan. Bunyi guruh yang kuat membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya bergidik ketakutan.
"Betul ke ini tempatnya?" Ariel menanya salah satu pengawal yang berada disisi kanan kapal.
"Ya, tuanku. Menurut peta, itulah Shadowgrass." Pengawal itu membuka peta yang dibawanya.
"Kamu semua kenal putera pertama Wyston?"
"Ya tuanku. Kami pernah berjumpa dengannya sekali. Tapi kami masih ingat wajahnya."
"Baiklah. Kami akan pergi kesana. Kamu semua tunggu disini."
"Apa? Kami tidak boleh meninggalkan tuanku." Pengawal itu terkejut mendengar arahan yang diberikan oleh Ariel.
"Saya menitahkan kamu untuk tetap berada diatas kapal. Sekiranya Putera Leuter datang, bawa dia pergi dari sini secepat mungkin. Tidak perlu menunggu kami." Ariel melangkahkan kakinya kehadapan kapal. Yang lain mengikutinya.
"Tapi tuanku...."
"Tidak ada tapi-tapi. Ini ialah arahan daripada beta."
Ketiga-tiga pengawal itu tidak dapat berkata apa-apa. Risau. Tapi itu ialah arahan. Mereka faham, Ariel tidak mahu membahayakan mereka.
Kayna menukarkan air dibawahnya menjadi ais. Tidak semua, hanya sebahagian.
Elementalist melompat dan mendaray diatas ais yang baru sahaja ditukarkan oleh Kayna.
Kayna menggerakkan ais itu mendekati pantai. Ariel sempat lagi memusingkan badannya melihat kapal yang baru sahaja mereka naiki. Tiga pengawal yang sedari tadi bersama mereka juga memandangnya.
"Aku akan rindukan segalanya." Tiba-tiba Kayna berbisik seorang. Walaupun suara yang dihasilkannya kecil, lima sahabatnya dapat mendengarnya dengan jelas. Mereka tidak berkata apa-apa, tetapi perasaan mereka sama seperti apa yang dirasakan oleh Kayna.
Bunyi guruh yang berdentum membuatkan mereka menutup telinga mereka. Namun bunyi itu tidak dapat mengalahkan degupan jantung mereka.
Mereka tiba dipantai. Hutan yang berada dihadapan mereka juga sangat tebal. Atau lebih tebal dari hutan Stonecrystal. Degupan jantung mereka semakin laju.
"Sentiasa berwaspada. Kita tak tahu apa yang ada dalam hutan ni." Ariel mengingatkan mereka.
"Ye, kitorang tahu tu. Tapi, tak kan lah tempat ni hutan je kan?" Xoel melihat hutan dihadapannya. Peluh sudah mengalir diwajahnya. Bukan dia sahaja, bahkan yang lain juga.
"Reyra, kau boleh cari apa-apa tak?" Ariel memandang Reyra.
"Aku cuba." Reyra mendekatkan dirinya ke sebatang pokok besar. Dia meletakkan tapak tangannya dibatang pokok itu dan membuat perkara yang sama seperti yang dia buat sebelum ni.
YOU ARE READING
The Second Warriors [C]
Fantasía-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyangka hanya hari yang biasa. Namun apa yang disangkanya meleset apabila sesuatu luar biasa berlaku pada...