RANTING kayu yang dipijak, dilanggar dan dipatahkan membuat bunyi berdesir yang agak nyaring. Apalagi jika bunyi-bunyi itu tidak berhenti walaupun sesaat.
Elementalist berlatih berlawan menggunakan kuasa mereka di hutan yang berada dibelakang istana Dorwall. Tujuan mereka berlatih dihutan ialah untuk menguji kelincahan mereka.
Kayna berusaha sebaik mungkin untuk tidak membunuh pokok-pokok yang menghalang laluannya. Pedangnya disarungkan dengan kemas agar tidak terlepas dari tangannya. Dia melompat-lompat diatas dahan pokok yang besar untuk mencari sahabat-sahabatnya.
Bunyi-bunyi desiran kayu membuatkan dia tahu bahawa seorang atau beberapa sahabatnya ada berdekatan.
"Hei, susahnya nak lawan kat sini. Reyra bolehlah." Kayna mengeluh perlahan. Dia tidak mahu yang lain tahu kedudukannya.
Tanpa dia sedar, kakinya dililit oleh akar-akar pokok yang besar. Hanya dengan sesaat, kakinya ditarik dan diangkat oleh akar itu sehingga badannya terbalik diatas pokok. Kayna yang terkejut memegang bajunya agar tidak terjatuh.
"Haha. Maaf Kayna." Reyra muncul dihadapannya. Kayna melihat badan Reyra yang terbalik dari matanya.
"Jahat la kau, Reyra." Kayna mengembungkan pipinya. Reyra mencubit pipi Kayna.
"Sejak bila kau terikut Laura ni?" Reyra tertawa.
"Baru sekarang." Kayna menggunakan air yang dibawanya dan memotong akar yang melilit kakinya. Dengan gerakan cepat, Kayna berpaut pada dahan pokok dan menterbalikkan badannya. Dia dapat mendarat dengan sempurna.
Kayna mencari-cari Reyra. Namun kelibat sahabatnya itu tidak kelihatan.
"Cepat betul dia menghilang." Kayna mula melangkahkan kakinya dengan laju dan mulakan pencarian lagi.
Mereka berlatih didalam hutan itu lebih dari dua jam. Muka mereka penuh dengan luka goresan. Tapi bukan goresan pedang. Ianya luka yang mereka dapat ketika pipi mereka berlanggar dengan ranting-ranting kayu yang tajam.
Dinding istana yang tinggi dan menjadi penghalang antara kawasan istana dengan hutan menjadi tempat duduk mereka sekarang. Penat berlatih untuk dua jam.
Xoel membantu membuang daun-daun kering yang berada di rambut coklat Reyra. Leo dan Laura pula masih sama dengan kegiatan mereka iaitu bergaduh dan mengejek antara satu sama lain. Ariel dan Kayna pula hanya mendiamkan diri. Sehinggalah Kayna bertanya.
"Prof dah balas surat yang kau hantar ke, Ariel? Dah tiga hari dah."
"Belum. Tapi rasanya hari ni mungkin surat tu sampai." Jawab Ariel. Dia memandang bunga-bunga yang menghiasi halaman istana.
"Rasa rindu pula dengan Prof. Korang rasa, apa yang Prof buat sekarang?" Kayna memandang lima sahabatnya yang berada disisi kirinya itu.
"Rasanya dia sibuk dengan anak isteri dia lah tu." Leo menjawab soalan Kayna. Seperti biasa mukanya bagaikna tidak peduli.
"Eh? Prof ada isteri dan anak?" Kayna membuat wajah yang sedang bingung. Bukan buat-buat namun betul-betul bingung.
"Oh. Kitorang tak bagitahu kau eh?" Laura menggaru kepalanya dan tertawa.
"Tak."
"Haha. Sorry."
"Prof dah kawin empat tahun lepas. Anak dia pula baru umur tiga tahun." Ariel menjawab soalan Kayna yang dari tadi tidak terjawab.
"Tak pernah pula dia cerita pasal anak isteri dia?"
"Sebab dia sibuk sangat jaga kita. Kitorang pernah jumpa anak isteri Prof. Itupun sekali." Terang Reyra.
YOU ARE READING
The Second Warriors [C]
Fantasy-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyangka hanya hari yang biasa. Namun apa yang disangkanya meleset apabila sesuatu luar biasa berlaku pada...