TUJUH orang remaja sedang berlawan menggunakan kuasa yang berlainan disebuah padang rumput yang luas.
Sehabis sahaja mereka berlatih dan kepenatan, mereka duduk ditengah-tengah padang itu.
"Nak tanya la.. Apa nama yang sesuai untuk kumpulan kita eh?" Tanya Kayna sigadis berambut biru.
"Nama?" Lelaki yang paling tua diantara mereka melihat Kayna. Rambut putihnya yang basah ditolak kebelakang.
"Yela.. Kita tak ada nama pun. Tak kan nak panggil nama kita dengan 'kumpulan yang ada kuasa' je?" Tanyanya lagi.
"Ye tak ya juga." Ariel mengangguk bersetuju dengan Kayna.
"Apa kata kalau kita semua fikir nama yang sesuai lepastu kita bincang." Cadang Reyra.
"Ok." Angguk keempat remaja yang lain.
Bermulalah pemerasan otak mereka dalam memikirkan nama yang sesuai. Hampir sejam mereka memikirkan.
"Apa kata kalau 'Elementalist'?" Kai memberi cadangan kepada adik-adiknya itu.
"Hm. Sedap jugak bunyinya." Xoel mengagguk-anggukkan kepalanya. Diikuti yang lain.
"Kalau macam tu kita guna nama tu." Kata Leo.
"Ala..Leo. Kau ni.. Aku baru je nak utuskan penggunaan nama tu." Rengek Laura.
"Kau lambat." Leo menjelirkan lidahnya.
Pergaduhan antara mereka berdua menjadi hiburan kepada 'Elementalist'.
*****
"Kayna."
Dia menoleh kepalanya apabila namanya dipanggil. Dia melihat lelaki yang baru berada dibelakangnya.
"Oh. Ada apa, Abang Kai?" Bakul yang berisi buah dipegang olehnya dengan erat agar tidak terjatuh.
"Um.. Abang nak cakap sesuatu." Wajah Kai sedikit merona. Dia menoleh ke kiri supaya Kayna tidak melihat wajahnya yang memerah.
"Cakap apa?" Kayna tersenyum kecil menunjukkan wajah polosnya.
"Abang.. Abang sayangkan kau, Kayna."
Kayna terkedu untuk sesaat.
"Saya pun sayangkan abang juga." Jawab Kayna dengan polos. Masih dengan senyuman kecilnya.
Kai melihat wajah Kayna yang masih dengan senyuman 'innocent'nya.
"Sebagai seorang abang?" Tanya Kai.
"Ya."
"Bukan itu maksud Abang, Kayna. Abang cintakan kau."
Kali ini Kayna faham apa yang ingin disampaikan oleh Kai. Untuk kali kedua dia terkedu dan tidak dapat berkata apa-apa.
"M-maaf, Abang. Saya tak nampak Abang lebih dari seorang abang." Kayna menjawab dengan perlahan. Kekok. Itu yang dirasakan olehnya.
"Abang tak ada peluang?" Tanya Kai lagi.
Kayna tidak menjawab. Matanya menghadap lantai.
"Hei, Kayna!" Panggil Ariel yang baru datang dari latihannya.
"Ariel?"
"Cepatlah. Laura dengan Leo dah merungut tu."
"O-oh. Kejap. Aku datang." Kayna berlari kesisi Ariel dan meninggalkan Kai yang terpaku.
Kai melihat Kayna dan Ariel yang menuju kearah taman latihan mereka. Senyuman manis Kayna yang ditujukan kepada Ariel membuatkannya cemburu.
"Cih." Kai mendecih perlahan.
Kemarahan yang dirasakan olehnya secara perlahan membuatkan hatinya menghitam.
Kakinya mula melangkah. Jauh daripada tempat Elementalist lain berlatih.
Rambut dan matanya mulai berubah warna sejurus dengan langkahnya. Hitam dan gelap. Tiada cahaya yang selama ini melindunginya daripada kejahatan.
*****
Pedang tajam ditangannya tergeletak jatuh dari tangannya. Darah merah yang menghiasi pedang itu menutupi pantulan cahaya matahari.
Dia melangkah mendekati badan gadis yang baru sahaja dibunuhnya. Dia duduk mencangkung dihadapan gadis itu.
Pipi yang putih dan sejuk dibelai lembut olehnya. Luka-luka diwajah gadis itu tidak mengurangkan kecantikannya.
"Abang cintakan kau, Kayna."
Sejurus ayatnya yang terakhir, dia bangun dan mencapai pedangnya. Langkahnya diambil. Enam remaja yang baru sahaja dibunuhnya ditinggalkan begitu sahaja.
Keenam badan yang tergeletak tanpa nyawa itu bercahaya untuk seketika. Secara perlahan-lahan badan mereka berubah menjadi debu yang bercahaya dan menghilang diudara.
******
YOU ARE READING
The Second Warriors [C]
Fantasy-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyangka hanya hari yang biasa. Namun apa yang disangkanya meleset apabila sesuatu luar biasa berlaku pada...