Episode 6

8.3K 513 0
                                    

Ariel memberhentikan kudanya dihadapan sebuah bangunan putih yang agak besar.

"Turun, kita dah sampai."

"Oh, okay!" Kayna pun turun dari kuda yang ditunggangnya tadi.

"Tunggu sini dulu."

Kayna mengangguk perlahan dan Ariel membawa kudanya masuk ke kandang. Sementara itu Kayna memerhatikan bangunan besar dihadapannya sekarang.

Setelah Ariel datang balik dia mengajak Kayna untuk masuk ke dalam.

"Jom." Ariel mula berjalan masuk kedalam bangunan itu.

"Okay." Kayna mengikuti Ariel dari belakang. Setelah masuk, benda pertama yang dilihat Kayna ialah sebuah ruang tamu yang besar.

Kemudian seorang lelaki berambut merah dan seorang perempuan yang berambut ungu cair turun tangga dari tingkat kedua bangunan itu. Mereka menghala kearah Kayna dan Ariel diruang tamu.

"Ariel, dia ke?" Kayna melihat perempuan tadi berasa gembira melihatnya. Manakala lelaki tadi hanya berdiri dibelakang perempuan itu sambil tersenyum.

"Mana lagi dua orang tu?" Ariel menanya kedua orang tadi. Kayna memandang Ariel kebingungan.

"Oh.. Diorang pergi beli barang." Lelaki tadi pula yang bersuara.

"Nama aku.." Perempuan tadi ingin mengenalkan dirinya sebelum disampuk oleh Ariel.

"Simpan perkenalan untuk nanti. Kita tunggu yang lain. Bawak dia masuk bilik dia." Ariel mengarahkan perempuan tadi dan hanya dibalas anggukkan saja dari perempuan itu. Kayna nampak perempuan itu mengembangkan pipinya tanda tidak suka. Apa pun nampak comel.

'Dia ni memang suka mengarah ke?' Kayna menanya soalan di dalam hatinya melihat sifat Ariel.

"Jom, bawak barang kau. Bilik kau ada kat tingkat atas."

"Okay." Kayna mengikuti perempuan itu untuk menuju kebiliknya. Sambil berjalan mereka berbual-bual sedikit.

"Rumah ni agak besar, jadi mungkin kau akan tersesat. Tapi kalau dah beberapa hari kau akan  hafal." Masih terlekat senyuman diwajahnya. Dan Kayna pula menjawab pernyataan itu dengan senyuman juga. Tiada apa yang dia boleh jawab.

'Agak besar? Ni namanya besar gila.' Kayna yang melihat keluasan ruang tamu sudah boleh mengagak betapa besarnya rumah itu.

"Oh ye, bahagian barat rumah ni ialah padang untuk latihan. Dan utara pulak taman. Tamannya cantik jadi kau boleh datang bila-bila masa kecuali waktu latihan. Kalau tak, kau akan merasakan betapa seramnya Ariel tau. Haha." Dia berkata sambil ketawa. Kayna yang mendengar pula juga ketawa. Kayna rasa dia adalah jenis periang dan senang untuk berkawan.

"Ok. Ni bilik kau. Kau simpan barang, mandi dan tukar baju lepastu turun keruang tamu untuk jumpa ahli yang lain. Ok."

"Okay. Terima kasih." Setelah habis dia berjalan untuk turun ke ruang tamu manakala Kayna mula melakukan arahan yang diberikan tadi.

Kayna turun dari biliknya dan menuju ke ruang tamu seperti yang disuruh perempuan tadi.

Sampai sahaja di ruang tamu dia melihat tiga orang lelaki dan dua perempuan. Mereka ialah Ariel, dua orang yang dijumpainya tadi dan dua orang lagi yang baru dijumpainya.

Kayna menghampiri mereka yang sedang berbual.

"Ariel." Kayna memanggil Ariel. Ariel berdiri dan mendekati Kayna.

"Semua perkenalkan, ni Kayna Silveria." Ariel mula perkenalkan dirinya kepada ahli yang lain.

Mereka semua mula mendekati Kayna untuk mengenalkan diri mereka.

"Nama aku Laura Avina. Kuasa aku angin. Dan aku yang paling muda kat sini." Perempuan berambut ungu periang tadi mengenalkan dirinya dahulu sambil tersenyum lebar. Dia melihat Laura lebih pendek darinya beberapa sentimeter.

"Nama aku Reyra Grana. Kuasa aku tumbuhan. Gembira jumpa kau." Kemuadian perempuan berambut coklat bermata hijau pula yang bercakap. Senyuman yang diberikan membuat wajahnya menjadi cantik. Sekurang-kurangnya itu yang difikirkan Kayna.

"Dan gelaran dia mak." Lelaki berambut merah tadi tiba-tiba bersuara. Disebabkan ejekannya itu dia mendapat ketukan di kepalanya oleh Reyra.

"Cepat kenalkan diri kau." Reyra memarahi lelaki tadi. Kayna pula ketawa melihat mereka.

"Aku Leo Melle. Kuasa aku petir." Senyuman lebar diberikan sebagai salam perkenalan sehingga mata hijaunya tertutup.

"Aku pulak Xoel Canlas. Kuasa aku tanah. Dan.... paling tua. Haha." Dan yang terakhir ialah seorang lelaki berambut kuning bermata merah jambu. Kayna melihat dia adalah yang paling tinggi dan paling matang.

"Kau dah kenal aku. Jadi kenalkan diri kau." Ariel mengarahkan Kayna LAGI. Kayna pula merungut didalam hati kerana selalu di suruh-suruh tambahan lagi wajah Ariel tiada  perasaan.

'Muka tembok betul la.' Inilah apa yang ada difikiran Kayna sekarang.

"Aku Kayna Silveria. Ariel cakap kuasa aku air tapi aku tak tau. Dan gembira jumpa korang." Senyuman manis diberikan oleh Kayna.

"Selamat datang ke Altar dan menjadi ahli Elementalist." Laura berkata sambil menguatkan suaranya. Reyra pula mengetuk kepalanya kerana bising.

"Elementalist?"

"Tu nama kumpulan." Xoel menjawab pertanyaan Kayna. Kayna pula hanya mengangguk perlahan.

"Oh ye lupa. Lusa kau akan masuk ke sekolah sama dengan kitorang. Uniform nanti kitorang sediakan." Reyra memberitahu Kayna.

"Kena masuk sekolah jugak ke?" Kayna yang mendengar ayat sekolah menjadi lesu.

"Mestilah. Kau kena belajar kuasa asas. Okay aku yakin kau lapar. Dan kitorang pun. Jom masuk dapur. Aku dah masak."

"Reyra paling pandai masak kat sini. Masakan dia memang sedap." Xoel memuji Reyra sambil tersenyum dan Reyra pula merona dipuji olehnya.

Mereka pun menuju ke dapur untuk mengisi perut yang kosong.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now