Latihan bermula seperti biasa untuk ahli Elementalist. Kecuali hari ini Laura sudah hilang entah kemana. Oleh itu, Kayna berlawan pedang dengan Reyra.
Reyra ialah lawan yang sangat hebat. Maklum, dia dibesarkan di rumah Elementalist.
'Agak bagus untuk pemula.' Reyra yang berlawan dengan Kayna memuji permainan pedangnya. Mereka berlawan sehinggalah tenaga mereka berkurangan.
"Rehat." Ariel berikan mereka rehat untuk memulihkan tenaga mereka yang telah banyak digunakan. Mereka yang dapat rehat pula terus duduk di tangga berdekatan dengan tiang.
"Kayna. Cara kau main pedang memang bagus padahal kau baru belajar. Aku bangga kat kau." Reyra memulakan perbicaraan dengan Kayna setelah mereka duduk.
"Tak ada lah. Biasa je." Kayna yang dipuji merona sedikit. Gembira dapat pujian oleh Reyra.
"Korang nampak tak dia tadi." Reyra mengajukan soalan kepada ketiga-tiga ahli lelaki.
"Kitaorang tak nampak. Sibuk lawan antara satu sama lain tadi. Hehe. Sorry." Xoel menggaru kepalanya.
"Tak apa lah. Aku seorang yang nampak dah cukup." Reyra berikan senyumannya kepada Kayna. Setelah itu dia memandang Xoel.
"Xoel. Nanti teman aku beli barang dapur tau." Masih dengan senyuman diwajahnya.
"Oh. Okay."
"Cakap je lah korang nak bertemu janji." Leo yang melihat mereka berdua terus mengejek mereka.
"M-MANA ADA LAH." Xoel dan Reyra menjawab dengan serentak. Wajah mereka memerah. Bezanya, Reyra satu wajahnya merah manakala Xoel hanya sedikit. Mereka melihat antara satu sama lain kemudian memusingkan kepala mereka.
"Hahaha." Kayna geli hati melihat mereka. Apa yang dikatakan Leo terus mengena. Ariel pula hanya melihat mereka tak peduli. Sedangkan Leo, masih mengejek mereka berdua sehingga menyebabkan wajah Reyra memerah habis.
"KORANG." Terdengan jeritan dari dalam rumah. Dari jeritannya sudah mereka tahu bahawa itu ialah Laura.
Laura berlari kearah mereka."Kau lambat lah." Leo memandang Laura dengan wajah yang marah.
"Eh biarlah. Aku ada berita baik tahu." Laura memandang semula wajah Leo dengan marah juga.
"Berita apa?" Ariel mula bersuara setelah berdiam terlalu lama.
"Pertandingan tu lagi." Laura dengan wajah cerianya menunjukkan sebuah poster yang hampir setinggi dengannya. Poster itu bertulis "PERRANDINGAN UNTUK PARA ALTARIAN." Dan dibawah tulisan itu bergambar pedang.
"Kau.. curi ke benda tu." Leo memandang Laura dengan wajah yang bingung.
"Hahahaha." Laura pula hanta tertawa dan membuat wajah tak bersalah.
"Hebat lah. Korang nak masuk ke." Xoel bertanya kepada semua sahabatnya.
"Hm" Ariel menjawab pendek. Namun jawapannya menandakan dia setuju.
"Mesti lah." Reyra dan Laura menjawab serentak dengan wajah ceria.
"Aku masuk." Leo mengangkat tangannya.
"Aku pun masuk." Xoel menganggukkan kepalanya.
"Pertandingan apa tu?" Kayna yang masih tidak tahu tentang apa yang mereka cakapkan menanya mereka semua.
"Pertandingan berlawan. Setiap tahun akan ada. Tapi bila tu tak tahu lah." Reyra menjawab soalan Kayna.
"Oooh." Kayna membulatkan mulutnya dan menganggukkan kepalanya.
YOU ARE READING
The Second Warriors [C]
Fantasy-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyangka hanya hari yang biasa. Namun apa yang disangkanya meleset apabila sesuatu luar biasa berlaku pada...