"Eh?"
Satu tumbukan hinggap diperut Kayna. Tumbukan itu sangat kuat sehingga menyebabkan Kayna pengsan. Badan Kayna yang hilang kesedaran dirangkul agar tidak jatuh oleh Putera Leuter.
Elementalist yang terlihat Kayna terkejut. Mereka terus berlari kearah mereka.
Sebelum mereka sampai, tiba-tiba muncul dinding lutsinar yang menghalang mereka entah dari mana. Dinding itu memerangkap mereka.
"Ini.. benda ni macam...." Reyra melihat benda yang memerangkap mereka. Tiba-tiba seorang perempuan yang dikenali mereka muncul dihadapan mereka.
"Hai Reyra. Rindu aku tak?" Perempuan itu menyeringai. Rambut hitamnya yang pendek diikat. Dia juga memakai gaun.
"Fiona." Reyra mengetap giginya.
Altarian yang lain terkejut. Bahkan Raja dan pengawal diraja yang berada disana juga.
"Aku nak semua yang tak berkenaan sila pergi dari sini." Putera Leuter menarik pedangnya. Dia meletakkan mata pedang itu dileher Kayna.
Altarian yang terkejut terus melarikan diri dari istana tersebut dengan cemas. Suasana menjadi kelam-kabut. Setelah mereka semua keluar, keadaan menjadi sunyi.
"Putera Leuter. Apa yang anakanda lakukan ini?" Suara jeritan oleh Raja Wyston terdengar. Dia dilindungi oleh beberapa pengawal diraja.
"Putera? Oh lupa pulak." Putera itu tertawa.
Secara perlahan bentuk wajahnya berubah. Daripada wajah Putera Leuter kepada wajah entah siapa.
"Malangnya aku bukan Putera Leuter. Nampak?" Sekali lagi dia tertawa. Bahkan kali ini lebih kuat.
"Apa yang kau buat pada putera? Dan siapa kau?" Ariel yang terkurung bersama Elementalist lain bertanya dengan nada suara marah.
"Putera tu selamat.. mungkin lah. Dan aku.. nama aku Kuro. Aku ialah puak Shadow." Lelaki yang bernama Kuro itu menyeringai sambil menjawab pertanyaan Ariel.
"Apa yang kau buat kat sini?" Ariel bertanya lagi. Wajahnya menjadi lebih marah. Apalagi setelah mendengar dia ialah puak Shadow.
"Aku? Aku nak bawa korang, Elementalist." Kuro menunjuk Elementalist dengan pedangnya.
"Dan apa yang kau nak dengan kitorang?" Xoel pula bertanya. Dia memegang bahu Ariel untuk menenangkannya.
"Tentulah kuasa korang.. apa lagi."
Beberapa orang pengawal hendak menyerang mereka, namun Fiona menggunakan kuasanya untuk mencipta pedang yang sangat banyak. Semua pedang itu menyerang pengawal yang berlari kearah Kuro dan membunuh mereka semua.
"Kalau korang semua masih nak hidup, lebih baik diam kat tempat korang." Fiona melangkah mendekati Kuro.
Pokok-pokok renek yang tertanam dipasu bunga diistana itu dikawal oleh Reyra untuk menyerang Kuro dan Fiona. Namun suara Kuro membuatkan Reyra menghentikan serangannya.
"Kalau kau nak kawan kau selamat, lebih baik simpan kuasa kau." Mata pedang yang tajam ditekan sedikit dileher Kayna.
"Korang.." Fiona melihat Raja dan pengawal tadi.
"Lebih baik korang pergi. Sebelum.." Fiona mencipta pedang lagi. Dia mengugut mereka.
"Beta tidak akan mengangkat kaki beta selagi kamu tidak memberitahu beta dimana putera beta berada." Raja melihat Fiona dengan muka yang marah.
"Tuanku.. Biar patik dan sahabat patik uruskan, Tuanku." Ariel memandang Raja.
"Tuanku, ada benarnya apa yang anak muda itu katakan. Mereka bukan anak muda yang biasa." Suara Profesor Fiz yang berada dibelakang Raja menegur.
YOU ARE READING
The Second Warriors [C]
Fantasy-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyangka hanya hari yang biasa. Namun apa yang disangkanya meleset apabila sesuatu luar biasa berlaku pada...