Episode 38

5.4K 364 9
                                    

"NA~"

"Kayna?"

Sebuah lambaian tangan dihadapan wajahnya membuatkan dia kembali daripada lamunannya sebentar tadi. Dia melihat siapa yang berada dihadapannya.

"Oh Reyra, Laura. Ada apa?"

"Kitorang nak tanya benda sama. Kenapa kau dari tadi mengelamun je? Ada apa?" Reyra menanya sambil duduk disebelah Kayna.

"Hm. Dari tadi kau macam bukan diri kau sendiri. Sejak kita balik dari Stonecrystal, kau macam murung je seharian." Sambung Laura.

"Ye ke. Haha. Maaf." Kayna menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

"Memangnya ada apa?" Reyra menanya soalannya yang belum terjawab tadi.

"Umm. Tak ada apalah. Korang tak perlu risau." Kayna tersenyum kearah mereka. Meyakinkan mereka berdua bahawa dia tidak apa-apa.

"Kau yakin?"

Kayna mengangguk menjawab pertanyaan Reyra yang kesekian kalinya.

"Aku rasa kau tak dengar apa yang Ariel cakap tadi pagi kan?" Laura pula yang bertanya.

"Eh? Ariel ada cakap apa-apa ke?"

"Ada. Tadi pagi waktu sarapan Ariel ada cakap sesuatu. Tapi sebab kau mengelamun je, aku rasa kau tak dengar." Reyra menjawab.

"Maaf." Untuk kesekian kalinya Kayna meminta maaf kepada Reyra.

"Kau ingat kan, waktu kat Stonecrystal, The Guardian ada tunjukkan kita tempat Putera Leuter berada?"

"Hm. Ye aku ingat." Kayna menjawab sambil menganggukkan kepalanya.

"Kita akan pergi selamatkan dia. Kalau kita terjumpa Kai, kita kena bunuh dia." Reyra bangun dari duduknya dan berdiri menghadap Kayna dan Laura.

"Korang... boleh ke bunuh dia?"

"Kenapa? Kitorang ni lemah ke?" Tanya Laura.

"Tu bukan maksud aku. Dia kan... Altarian juga. Sanggup ke korang bunuh dia? Dan korang akan kehilangan kuasa korang nanti." Wajah Kayna menjadi sendu.

"Kitorang akan lakukan apa je untuk selamatkan Altar." Sebuah suara dari belakang mereka membuatkan Kayna dan dua perempuan itu menoleh kearah suara.

Ariel dan yang lain berjalan menuju dimana tiga sahabat perempuan mereka berada. Sampai sahaja didepan mereka, langkah mereka dihentikan.

"Korang."

"Kayna. Kau takut ke?" Ariel memandang wajah Kayna yang sendu.

"Sikit. Aku tak pernah bunuh sesiapapun dalam hidup aku." Lengan kanannya dipegang dan diusap. Menghilangkan rasa getaran.

"Kitorang pun. Tapi sebagai Elementalist, itulah tanggungjawab kita. Dan aku sebagai putera kedua Dorwall, harus lindungi rakyatnya."

Kayna memandang wajah Ariel dihadapannya. Kata-katanya betul. Tanggungjawab. Dia harus melaksanakan tanggungjawabnya.

"Kau betul. Aku akan lakukan sebaik mungkin." Kayna menjadi lebih bersemangat.

Sahabat-sahabatnya yang melihat dirinya tersenyum lega. Semangat yang ditunjukkan Kayna telah membuatkan semangat didalam diri mereka membuak-buak.

Tetapi Ariel masih tidak tersenyum. Wajah datar masih kekal. Namun sama seperti yang lain, dia juga menjadi bersemangat. Bersama sahabat-sahabatnya, dia boleh lakukan apa sahaja.

"Oh ye, bila kita nak pergi ke Shadowgrass?" Kayna teringat.

"Itu belum tahu lagi. Posyen kita yang banyak-banyak sebelum ni dah hilang. Susah kalau kita tercedera nantinya."

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now