Episode 27

6K 413 3
                                    

MATAHARI baru sahaja terbit, namun Elementalist sudah bersedia dengan barang-barang mereka. Kuda yang akan mereka tunggangi juga sudah diuruskan.

"Stonecrytal tu jauh, jadi kita kena beli beberapa barang seperti makanan. Dan kita akan berhenti dibeberapa negara juga. Faham?" Ariel memulakan perbincangan mereka. Dia sebagai ketua harus merancang terlebih dahulu.

"Ya." Yang lain mengangguk.

"Nanti kita akan simpan kuda kita kat Dorwall. Sebab kita kena menyeberang sungai untuk ke Stonecrystal."

"Jadi, Stonecrystal tu jauh la ye?" Kayna menanya.

"Entahlah. Aku tak pernah pergi sana. Tapi, Ariel kata jauh." Laura hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Oh ye Kayna..." Xoel teringat sesuatu.

"Apa?"

"Kau belum cerita tentang Veria tu."

"Oh ye lah... Ok aku cerita."

Keenam mereka berjalan kepekan untuk membeli barangan. Sambil berjalan, Kayna menceritakan apa yang dikatakan oleh Veria kecuali bahagian terakhir.

Sehabis sahaja membeli barang seperti yang dirancang, mereka berbincang sekali lagi.

"Pertama kita kena pergi ke Witchmink." Ariel melihat peta yang sedang dipegangnya.

"Witchmink?" Kayna pelik dengan nama negara itu.

"Witchmink tempat puak ahli sihir. Mereka semua ada kuasa yang sama. Jadi nama tu dibagilah macam tu." Reyra menerangkan dan Kayna hanya membulatkan mulutnya.

"Ariel, kita kena beli apa-apa ke mat sana?" Leo cuba untuk melihat peta yang dipegang Ariel.

"Ya. Kita kena beli beberapa posyen. Antara kita tak ada healer, jadi kita perlukan posyen penyembuh."

"Ok. Aku faham." Leo menganggukkan kepalanya.

Mereka semua mula menaiki kuda mereka masing-masing dan menuju ke destinasi.

Perjalanan dari Wyston ke Witchmink agak jauh. Ia akan mengambil masa tiga jam.

Sekarang, mereka berada disebuah hutan yang agak tebal. Dengan kuasa Reyra mereka boleh menempuhi hutan itu tanpa tersesat.

"Reyra, cari sungai dulu boleh? Kita kena rehatkan kuda kita." Ariel mengarahkan Reyra.

"Ok." Reyra menyentuhkan tapak tangannya di dahan sebuah pokok. Dia menutup matanya untuk sejenak. Sebaik sahaja dia membuka matanya, dia menunjukkan arah.

"Sebelah utara. Dalam tiga minit boleh sampai."

Mereka terus bergerak menuju arah yang ditunjukkan oleh Reyra. Seperti yang Reyra katakan, disana memang ada sungai kecil.

Mereka turun dari kuda mereka dan membimbing kuda mereka kesungai. Mereka juga mengikat tali kuda mereka disebuah pokok berhampiran. Setelah itu mereka duduk dibawah sebuah pokok yang besar.

"Ah lega sikit. Badan aku dah pegal." Leo mengurut lehernya.

"Dah tua lah tu." Laura yang duduk disebelahnya mengejek Leo.

"Dia ni..." Leo memandang Laura dengan wajah marah, tapi dia tidak berkata apa-apa.

"Ariel.. kita nak rehat berapa lama?" Leo menanya Ariel yang sedang berdiri memerhatikan kuda mereka semua.

"Tiga puluh minit." Jawabnya.

"Ok. Aku nak tidur dulu. Laura, nanti tolong bangunkan aku tau."

"Hah?" Belum sempat Laura menolak Leo sudah memusingkan badannya dan tidur.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now