Episode 47

5.3K 369 18
                                    

BAM

Bunyi yang sama kedengaran apabila badan Kai menghentam pokok-pokok disekelilingnya sehingga pokok-pokok itu patah. Jeritan yang dikeluarkan oleh Kai agak nyaring. Darah segar mengalir diseluruh badannya.

Ariel yang sedang melihat merasa sangat aneh melihat badan Kai menghentam pokok-pokok dengan sendirinya. Dia melihat Kayna yang masih bukan dirinya sendiri. Badan Kai bergerak mengikut pergerakan tangan Kayna. Itu membuatkan Ariel membuat kesimpulan yang Kayna sedang mengawal badan Kai.

Hampir dua puluh minit perkara yang sama berlaku. Badan Kai masih dikawal oleh Kayna supaya menghentam pokok. Ariel tidak bergerak. Dia hanya memerhatikan Kayna.

Namun selepas beberapa saat, badan Kai menghentam pokok pada kali yang terakhir dan dia jatuh. Ariel melihat Kayna. Perlahan-lahan rambutnya bertukar kepada warna biru langit semula. Setelah keseluruh rambutnya bertukar warna, Kayna jatuh terduduk.

"Kayna." Ariel pergi mendekati Kayna.

"Kau okay ke?" Tanyanya setelah berada disisi Kayna.

"Y-ya." Nafas Kayna tercungap-cungap. Dia meletakkan tangan kanannya didadanya.

"Terima kasih, Veria." Kayna berbisik perlahan. Namun begitu, Ariel dapat mendengarnya dengan jelas.

"Apa yang kau buat tadi?" Akhirnya Ariel menanyakan persoalan yang berada dikepalanya. Kayna diam untuk sesaat.

"Nanti aku bagitahu. Sekarang kita kena fokus kat dia." Kayna menudingkan jarinya kearah Kai yang sedang bangun dari jatuhnya.

Walaupun badannya telah dihentam dengan kuat untuk hampir setengah jam, keadaan badannya sekarang tidak kelihatan apa-apa calar sekalipun. Bahkan badannya masih sama seperti kali pertama mereka bertemu dengannya.

"Kenapa dia masih..?" Ariel menanya Kayna. Dia Agak terkejut melihat Kai yang masih teguh berdiri walaupun telah dihentam dengan kuat berkali-kali.

"Kau ingat tak. Waktu The Guardian cakap yang dia ambil tenaga Altarian lain untuk kekal hidup?."

"Ya, aku ingat. Kenapa?" Ariel memandang Kayna. Menginginkan penjelasan lebih lagi.

"Veria ada bagitahu aku. Satu tenaga Altarian bermaksud dia dapat satu nyawa. Dan dia dah ambil beratus-ratus tenaga Altarian."

"Maksudnya, kalau kita nak kalahkan dia, kita kena bunuh dia beratus-ratus kali?"

"Ya."

Ariel tidak menjawab apa-apa lagi. Dia melihat Kai yang agak jauh darinya dan Kayna.

Kai berjalan mendekati mereka perlahan-lahan. Tidak menyerang atau bertahan. Sama seperti Kayna dan Ariel.

"Tak sangka itu je yang korang boleh buat. Aku rasa kecewa." Kai tersenyum merendahkan mereka berdua. Ariel dan Kayna tidak merasa marah walau sedikitpun. Malah mereka berdua membalas senyuman merendahkan Kai.

"Cakap seseorang yang mempunyai beratus nyawa. Sekiranya benda tu tak ada, aku rasa kau dah mati berkali-kali ditangan Kayna." Kai merasa marah mendengar ayat yang dikeluarkan oleh Ariel. Namun dia menahan perasaan itu.

Kai memicingkan matanya memandang Kayna dan Ariel dengan tajam. Dia mengangkat tangan kirinya dan dihalakan kearah Kayna dan Ariel. Dia menyerang mereka berdua dengan bayangnya. Ariel dan Kayna mengelak daripada serangan Kai. Mereka berdua terpisah jauh.

Dibahagian Ariel, Kai telah menghasilkan belasan raksasa yang dihasilkan oleh bayangnya. Kesemua raksasa itu dikawal oleh Kai supaya menyerang Ariel.

"Ariel!" Kayna hendak membantu Ariel namun pedang elemen Kai yang tiba-tiba sahaja menyerangnya membuatkan dia berhenti bergerak. Hanya dalam masa beberapa saat, Kai sudah berada dihadapannya.

"Apa yang kau nak sebenarnya, hah?" Kayna memandang Kai dengan mata yang terselit kemarahan. Ditangannya, air bergerak mengelilinya. Hanya perlu menunggu masa yang sesuai untuk menyerang.

"Sertai aku. Dan aku akan biarkan kau hidup." Kai menghulurkan tangannya kepada Kayna. Mata hitamnya memandang tepat pada mata coklat Kayna.

Diam. Hanya ada bunyi dimana Ariel sedang bertarung dengan Shadow yang dicipta Kai. Ariel sempat melihat Kayna dan Kai yang berhadapan untuk sesaat.

'Apa yang berlaku?' Ariel menanya dalam hati. Dia merasa sedikit risau kerana Kai dan Kayna langsung tidak bergerak. Ariel membuat keputusan.

"Kayna!" Dia menjeritkan nama Kayna dengan kuat.

Kayna tersentak mendengar namanya yang dijeritkan oleh Ariel. Dia melihat Ariel yang sedang sibuk melindungi dirinya daripada serangan Shadow yang banyak. Dia memandang Kai lagi.

"Maaflah, Kai. Tapi aku nak lindungi segalanya yang aku sayang." Kayna terus menyerbu kearah Kai. Dia membentuk pedang daripada ais dan menyerang Kai menggunakan pedang itu.

Kai dapat mengelak serangan Kayna dengan sangat mudah. Matanya memerhatikan segala pergerakan Kayna.

Kai melompat tinggi dan mendarat jauh daripada Kayna. Kayna tidak mengejarnya malah dia pergi membantu Ariel yang sedang kesusahan.

Semua Shadow itu tiada habisnya. Hilang satu bertambah satu. Ariel menjadi semakin penat kerana telah melawan semua Shadow itu pada masa yang lama. Kayna membantunya mengalahkan Shadow yang ingin menyerang Ariel.

"Apa yang kau cakap dengan dia?" Ariel menanya Kayna sambil melawan Shadow disekitarnya.

"Dia nak aku ikut dia." Ayat ini membuatkan Ariel tersentak sedikit namun dia mengekalkan fokusnya kepada Shadow yang ingin menyerangnya.

"Tapi aku tak nak. Aku lebih rela mati melindungi segalanya yang aku sayang." Kayna tersenyum. Susah bagaimanapun melawan belasan Shadow dihadapannya, ayatnya sendiri memberinya semangat.

"Dan apa yang kau sayang tu?" Ariel merasa ingin tahu.

"Profesor Fiz. Dia macam ayah bagi aku. Elementalist yang lain. Diorang semua macam adik-beradik yang tak pernah aku ada. Dan.." Kayna berhenti pada ayatnya yang terakhir.

"Dan?" Ariel menjadi semakin ingin tahu. Dia cuba untuk mendengar apa yang dikatakan oleh Kayna walaupun sibuk melawan Shadow.

"Yang paling aku sayang di Altar..  ialah kau, Ariel. Kau ialah seseorang yang paling aku ingin lindungi." Mendengar ayat yang dikeluarkan oleh Kayna membuatkan hatinya berbunga. Semangatnya kembali. Dia tersenyum.

"Lebih baik kita kalahkan dia cepat. Kita kena lindungi Altar yang paling kita sayang."

"Tentu." Kayna juga menjadi bersemangat. Dia berasa gembira berlawan disebelah Ariel melindungi segalanya yang dia sayang di Altar.

Dari jauh Kai melihat mereka. Hatinya berasa gemuruh melihat senyuman yang tercetak manis diwajah Kayna.

"Cih. Kenapa Ariel?" Tanyanya pada dirinya sendiri.

Dia memandang Ariel dengan perasaan yang sangat marah. Mata hitamnya memandang Ariel dan Kayna dengan tajam.

Shadow yang menyerang Kayna dan Ariel dihilangkan olehnya.

Ariel dan Kayna terkejut kerana Shadow-shadow itu hilang secara tiba-tiba. Mereka berdua menolehkan wajah mereka kearah Kai. Dia meringis melihat Kai yang sedang menuju kearah mereka berdua perlahan-lahan. Auranya membuatkan mereka berdua merasa kecil. Namun mereka berdua menguatkan semangat.

'Peluang hanya satu. Bunuh atau dibunuh. '

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now