AURA yang terpancar dimata Kai membuatkan Kayna merinding ketakutan. Ariel tidak berkata apa-apa. Dia memandang mata tajam Kai seakan sudah terbiasa dengan pandangan tajam yang ditujukan kepadanya itu.
"Kayna." Dia memanggil nama Kayna tanpa mengalihkan pandangannya. Tangan Kayna yang bergetar digenggam olehnya dengan erat. Kayna melihat Ariel. Sedikit demi sedikit rasa takutnya hilang dan digantikan dengan keberanian.
Kayna bersedia dengan kuasanya. Air yang melayang-layang disekelilingnya membuatkan dia semakin tenang.
Amarah Kai memuncak apabila melihat tangan Kayna yang digenggam oleh Ariel. Dia menggertakkan giginya. Pedang elemen dicipta olehnya dan terus menyerbu Ariel.
Ariel terkejut dengan kelajuan Kai. Ianya melebihi kelajuan Kuro dan Ryan. Pedang elemennya tidak sempat digunakan untuk menahan serangan pedang elemen Kai.
Pedang elemen Kai menyentuh perut Ariel. Badan Ariel terpelanting jauh kerana kuasa daripada pedang elemen yang sangat kuat.
"ARIEL!" Kayna sama terkejutnya. Belum sempat dia menyerang Kai yang berada dihadapannya, pedang elemen Kai telah menyentuh perutnya. Sama seperti Ariel, Kayna juga terpelanting jauh dari tempatnya berdiri. Badannya menghentam sebuah dinding batu.
"Ukhuk." Kayna memuntahkan darah. Selama hidupnya itu, inilah kali pertama dia merasakan kesakitan yang teramat. Kayna memegang perutnya.
'Pedang elemen bukan untuk membunuh, tapi untuk melindungi.'
Dia teringat kata-kata Ariel ketika dia menanyakan perihal pedang elemen miliknya itu.
"Heh. Dari tadi dia tak gunakan kuasa penuh dia." Kayna meringis kesakitan.
Dia cuba bangun walaupun kakinya serasa hendak patah. Dia mencari-cari kelibat Kai namun tidak dijumpainya.
Sebaik sahaja dia bangun, dia merasakan bahaya dibelakangnya. Baru sahaja hendak menoleh, sebuah tendangan telah menolak badannya. Sekali lagi badannya terpelanting. Ariel menangkap badannya.
"A-ariel! Kau tak apa-apa ke?" Dia terkejut melihat Ariel yang berada dibelakangnya.
"Ya. Kayna, aku nak kau dengar apa yang aku nak cakap. Kita hanya ada peluang satu je." Wajah Ariel menjadi serius. Kayna mendengar apa yang hendak dikatakan oleh Ariel dengan seksama.
Kai mendekati mereka perlahan-lahan. Matanya yang tajam masih mengamati pergerakan Kayna dan Ariel.
Beberapa saat kemudian, dia melihat Kayna dan Ariel mula bergerak untuk menyerangnya.
Kayna berlari jauh dari Kai supaya dia dapat berada dibelakangnya manakala Ariel menyerang Kai dari depan.
Mereka berdua mendekati Kai dengan laju dari arah yang berlainan.
'Kau serang dia dari belakang dan aku dari depan.'Dengan dua kuasa yang dimiliki, mereka berdua menyerang Kai serentak dan kuat. Kai agak kesusahan dalam menahan dua serangan serentak. Dia mencipta dua Shadow dan menggerakkannya supaya ia menyerang Kayna.
Kedua-dua Shadow itu cuba menyerang Kayna namun kuasa air Kayna menghalang Mereka berdua. Kayna masih melawan Ariel walaupun tanpa kuasa airnya.
'Kalau dia cipta Shadow, gunakan kuasa air kau untuk lawan Shadow. Tapi kau masih harus lawan Kai tanpa kuasa.'
Kayna tidak gentar apalagi melarikan diri. Kerana akhir kata-kata Ariel membuatkannya menjadi lebih bersemangat dan berani.
'Aku akan lindungi kau. Jangan risau. Dan..aku percayakan kau, Kayna.'
Mengingat lagi kata-kata Ariel, Kayna menjadi lebih kuat. Semua tumbukan dan tendangannya juga menjadi lebih kuat.
Satu tumbukan daripadanya mengena tepat pada pada rusuk Kai. Kai melompat jauh. Shadow yang diciptanya tadi telah hilang. Dia melihat Kayna.
Untuk kedua kalinya, anak mata Kayna berubah menjadi merah. Dia menggunakan kuasa Veria untuk kedua kalinya.
Kayna dan Ariel menyerang Kai sekali lagi. Ariel yakin kali ini mereka ada peluang kerana kuasa Kayna telah meningkat tiga kali ganda dengan bantuan Veria.
Kai menjadi lebih susah untuk melawan mereka berdua apatahlagi kuasa mereka yang telah meningkat kepada tiga kali ganda.
Kayna menukarkan airnya kepada ais dan dia menghalakan semua ais-ais itu kearah dada Kai. Ariel juga mencipta berpuluh-puluh bebola api dan menghalakannya kearah yang sama. Tepat dimana jantung Kai berada.
Kai cuba menahan semua serangan yang dihalakan kepadanya. Namun sia-sia kerana serangan ais dan bebola api itu sangat banyak. Dia melarikan dirinya.
Ariel dan Kayna mengejarnya. Ais yang tajam masih dikawal oleh Kayna untuk menyerang Kai manakala Ariel cuba untuk menikam Kai dengan pedang elemennya. Kayna mengawal ais itu dengan cermat agar tidak terkena pada Ariel.
Ariel mendapat idea. Dia menggunakan kuasa apinya supaya membuat kurungan api disekeliling mereka berdua.
Kai berhenti berlari sebaik sahaja api dicipta tepat dihadapannya. Mereka bertiga terkurung di dalam sangkar api yang marak dan berwarna hitam gelap.
"Kau terperangkap, Kai."
Kai diam. Dia tahu bahawa dirinya tidak dapat melakukan apa-apa selain berlawan dengan mereka berdua.
Ariel dan Kayna menyerang sekali lagi. Kesusahan Kai dalam menahan serangan itu bertambah. Kepanasan yang terasa menarik tenaganya secara perlahan-lahan. Ariel dapat menahan kepanasan itu kerana kuasanya manakala Kayna dapat menahannya kerana kuasa Veria yang dipinjamnya.
Pergerakan Kai menjadi semakin perlahan. Nyawa-nyawa yang pernah diambilnya juga semakin berkurang.Dan akhirnya, satu tikaman tepat pada jantung Kai oleh Kayna dengan menggunakan ais yang dibentuk menjadi pedanh. Gerakan mereka bertiga terhenti. Api hitam tadi juga menghilang.
"K-Kayna.... Kau...."
Kayna menarik pedang itu dengan kuat. Kai rebah. Darah mengalir keluar dari luka tikaman itu dengan laju. Kemenangan berpihak pada mereka.
Ariel dan Kayna melihat badan Kai yang mula menghilang. Sebuah cahaya terhasil apabila badan Kai menghilang sepenuhnya.
"Uwah." Kayna jatuh terbaring. Matanya kembali kepada normal.
"Kau okay?" Tanya Ariel. Dia duduk disebelah Kayna.
"Ya."
"Kita berjaya melindungi Altar." Kayna tersenyum lebar. Segala usahanya tidak sia-sia.
"Hei, Ariel."
"Hm."
"Tengok tu." Kayna menudingkan jarinya kearah langit.
"Apa?" Ariel melihat kearah dimana jari Kayna menunjuk.
Langit yang tadinya mendung dab gelap secara perlahan-lahan mula menghilang diganti dengan cahaya matahari yang bersinar terang.
"Kenapa aku rasa gembira walaupun hanya tengok matahari?" Kayna menanya dirinya sendiri. Senyuman lebarnya tidak pudar dari wajahnya.
Ariel tersenyum nipis melihat Kayna yang gembira. Luka yang berada diwajahnya tidak menghilangkan kecantikannya.
"Aku pun."
YOU ARE READING
The Second Warriors [C]
Fantasy-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyangka hanya hari yang biasa. Namun apa yang disangkanya meleset apabila sesuatu luar biasa berlaku pada...