Episode 4

8.9K 550 4
                                    

Tali kasut sukan diikat dengan ketat oleh Kayna. Dan setelah dipastikan kasutnya dipasang dengan kemas olehnya, dia mulakan lari paginya.

Setiap hari Ahad, dia tidak bekerja di kafe. Kerana Ahad ialah hari bercuti untuk semua orang.

Dan pada setiap hari ini juga Kayna berjoging dikawasan perumahannya. Pada waktu pagi tidak terlalu ramai orang kerana semua masih dibuai mimpi indah.

Setelah berlari beberapa meter, dia sampai di taman rekreasi di mana penduduk bersukan. Dia melihat hanya beberapa orang yang bersenam di sana.

Kayna berlari sekeliling taman itu sehinggalah dia merasa tenaganya kurang. Dia duduk di bangku yang berhampiran dan meminum air mineral yang dibawanya.

"Uwaah.. Segarnya." Udara di pagi hari yang segar membuatnya lebih bertenaga untuk berlari beberapa pusingan lagi. Tetapi dia habiskan lariannya dan mula bergerak pulang ke rumahnya.

Hanya beberapa meter dari rumahnya dia merasa dia melihat satu benda. Ingin dikatakan benda amat pelik kerana apa yang dilihatnya benda itu mempunyai bentuk badan seorang manusia. Bezanya dengan manusia ialah badannya hitam seperti bayang dan ketinggiannya melebihi dua meter.

Kerana rasa ketakutan, dia melarikan dirinya agar tidak terserempak dengan benda tadi. Namun malang baginya benda tadi melihatnya dan mula mengejarnya.

"Aduh. Kenapa benda tu kejar aku pulak?" Dia berlari sekuat mungkin dengan sisa tenaganya. "Dan apa benda tu?"

Tanpa dia sedari benda tadi sudah ada dihadapannya dengan tiba-tiba. Badannya diangkat oleh benda tadi dengan tangannya yang besar. 

"TOLONG" Kayna menjerit meminta tolong. Namun disebabkan tiada orang di sana, tiada orang yang mendengarnya. Badannya menggigil ketakutan. Takut diapa-apakan oleh benda aneh dihadapannya ini.

Dia terkejut lagi ketika benda dihadapannya ini tiba-tiba dibakar dengan api yang datang entah dari mana.

Badannya terlepas dari genggaman benda itu dan jatuh ke dalam gendongan seseorang. Dia dibawa lari menjauh dari benda tadi.

Kayna melihat wajah penyelamatnya. Dia seorang lelaki berambut hitam yang kacak. Itu apa yang ada di fikirannya sekarang.

Dia dibawa masuk ke sebuah lorong kecil dan badannya diturunkan secara perlahan.

"Diam dulu. Benda tu mungkin datang lagi." Dia menyuruh Kayna untuk diam.

"Tapi, bukan dia tadi dibakar ke? Dan, macam mana dia dibakar?" Kayna menanya banyak soalan kepada lelaki tadi.

"Benda tu bukan satu je. Dan soalan kedua nanti aku cerita. Sebelum tu.." Dia tidak menghabiskan kata-katanya dan terus memukul tengkuk Kayna sehingga menyebabkan dirinya pengsan.

Cahaya lampu yang terang membuatkan Kayna membuka matanya. Pening dikepala masih dirasakan olehnya.

Dia melihat sekelilingnya. "Eh, ni bilik aku! Macam mana?" Kayna terkejut ketika dia melihat dirinya berada diatas katilnya.

"Oh, kau dah bangun!". Dia menolehkan kepalanya ketika sebuah suara didengari. Dia melihat lelaki yag telah menolongnya ketika diserang benda aneh tadi.

"Kejap, macam mana tau rumah aku kat mana?"

"Aku tanya kat makcik-makcik yang lalu. Diorang kata rumah kau kat sini. Aku bawaklah."

"Ok tu tak penting. Sekarang ni aku ada banyak soalan yang aku nak tanya kat kau."

"Kau nak tanya apa?"

"Satu, apa benda tadi tu dan kenapa dia serang aku? Dua, macam mana tiba-tiba dia boleh terbakar dan kau ada kat sana? Tiga, siapa kau?" Panjang lebar soalan yang diberikan oleh Kayna.

"Aku kena jawab semua tu?"

"Ye, semua."

"Ok. Satu, tadi tu namanya 'shadow' dan dia kejar kau sebab kau target diorang. Dua, dia terbakar oleh kuasa aku. Tiga, aku Ariel Castelan"

"Kenapa aku target diorang pulak? Dan kuasa?"

Ariel tiba-tiba mengeluarkan api dari ditapak tangannya. Kayna yang melihatnya sangatlah terkejut.

"Kau pun ada kuasa macam ni. Yang bezanya kau punya air."

"Hah? Sejak bila aku ada kuasa? Selama ni aku hidup tak de benda macam tu pun."

Tiba-tiba Ariel dengan sekilas mengambil tangan kanannya dan menunjukkan simbol yang bercahaya.

"Ni buktinya. Kau bukan manusia Kayna. Kau datang dari dunia lain.

"Tipulah. Kalau macam tu kenapa 16 tahun aku ada kt sini?"

"Panjang ceritanya. Tapi apa pun kau kena ikut aku ke sana."

"APA? Tak nak. Aku nak tinggal kat sini."

"Dengar, Kayna." Mata tajam Ariel memandang mata Kayna yang terselit kemarahan.

"Benda tadi tu nak dapatkan kuasa kau. Dan diorang akan buat apa-apa je. Termasuk membahayakan nyawa kawan-kawan manusia kau."

Kayna terkejut mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh Ariel. "Tapi.."
Kayna juga rasa sedih mendengarnya.
"Ikut aku kesana bukan hanya kebaikan untuk kau, tapi kawan-kawan kau jugak. Nyawa diorang terancam dengan kau di sini."

Setelah difikirkan kata-kata Ariel adalah betul. " Ok. Aku ikut. Bila nak pergi."

"Esok. Hari ni tenaga aku banyak hilang. Nak kawal tenaga kat dunia manusia ni susah."

Kayna mengambil sehelai kertas dan sebatang pen dari lacinya. Dia mula menulis sesuatu di atasnya.

"Kau tulis apa?"

"Surat untuk kawan aku, Zea. Aku pun kena bayar sewa rumah esok."

"Kenapa kau tak pergi bagitau dia je?"

"Aku tak nak buat dia risau. Aku pun tak nak dia cari aku. Aku takut dia dalam bahaya."

"Ok. Apapun lepas tulis surat tu. Tolong masakkan sesuatu. Aku dah lapar." Bunyi perut Ariel tiba-tiba berbunyi. Selalunya orang akan malu, tetapi dia seperti tak kisah. Bahkan muka dia tiada perasaan.

"Dari tadi pun aku nampak muka dia tak de perasaan." Kayna berbisik seorang. Takut didengar oleh Ariel.

"Cepatlah."

"Iya, sabarlah. Aku baru je siap." Kayna mengumpat di dalam hatinya kerana tiba-tiba disuruh-suruh oleh lelaki tiada perasaan. Dia pun terus menuju ke dapur untuk memasak.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now