Episode 14

6.6K 402 1
                                    

Sebulan telah berlalu. Tiba masanya yang dinanti-nantikan oleh Kayna dan Elementalist yang lain. Bukan mereka sahaja, bahkan Altarian yang lain.

Kayna telah lulus dalam ujian senjata dan kuasanya. Setelah dapat senjata baru, dia terus berjumpa dengan pengetua sekolahnya dan mendapat kebenaran.

Dalam sebulan itu juga, Kayna telah berlatih bersungguh-sungguh. Dia berlatih dengan Elementalist yang lain dan berseorangan. Sehabis sekolah dan cuti sekolah, dia akan berlatih. Keinginan untuk menang pertandingan itu telah tersemat didalam hatinya.

Sekarang dia dan murid sekolahnya berkumpul di dewan murid. Lebih 100 murid yang sedang berkumpul disana. Mereka semua menunggu pengetua mereka untuk menerangkan peraturan-peraturan pertandingan yang lain.

"Baiklah semua. Dalam dewan ini terdapat lebih 100 orang murid. Dan hanya empat orang yang akan dipilih masuk untuk setiap kategori. Oleh itu, kamu semua harus berlawan antara satu sama lain.

Pertama, lelaki dan perempuan akan diasingkan. Perempuan akan berlawan di dewan manakala lelaki di padang.

Kedua, setiap tempat akan ada empat  kawasan berlawan. Jadi, kamu semua harus mengambil nombor untuk menentukan gelanggang keberapa kamu akan berlawan.

Ketiga, senjata yang kamu bawa harus sama dengan yang saya benarkan. Sesiapa yang menipu akan dikeluarkan serta merta.

Itu sahaja yang perlu saya katakan. Sekiranya ada persoalan sila bertanya kepada profesor-profesor yang lain disini."

Setelah habis, pengetua menyuruh murid lelaki untuk pergi kepadang. Diikuti dengan separuh profesor disana.

Setelah itu, murid perempuan pergi mengambil nombor seperti yang diarahkan. Termasuklah Kayna, Reyra dan Laura.

"Kayna. Kau dapat nombor berapa?" Laura menanya Kayna setelah Kayna habis mengambil nombor.

"Aku dapat nombor satu. Kalau korang?"

"Aku dapat tiga. Reyra pula empat." Laura dan Reyra menunjukkan kertas yang tertulis nombor pada Kayna.

"Rasa tak sabar pula." Kayna melihat para profesor yang sedang memasang jaring untuk mengasingkan tempat mereka berlawan.

"Baiklah. Pastikan kita menang." Reyra melihat Laura dam Kayna. Senyumannya menunjukkan bahawa dirinya sudah bersemangat.

"Mestilah." Laura dan Kayna menjawab secara serentak.

Mereka berpisah dan pergi ke gelanggang masing-masing.

Kayna melihat murid-murid lain yang sama gelanggang dengannya. Senjata mereka berlainan. Ada juga yang sama.

'Aku rasa gementar pula. Tapi, ada rasa tak sabar jugak.' Kayna tersenyum seorang. Pedang yang tersisip dipinggangnya dia pegang dengan kuat. 'Aku akan menang. Aku yakin.'

Perlawanan itu mengambil masa lebih tiga jam. Semua lawan Kayna sangatlah kuat. Berjenis kuasa yang dia lawan. Namun segala latihan yang dihadapinya membuahkan hasil. Dia memenangi perlawanan untuk gelanggangnya. Dia telah dimasukkan kedalam senarai pertandingan.

Kegembiraannya telah menghilangkan segala rasa penatnya. Dia duduk dibangku berdekatan dengan gelanggangnya dan menangis gembira.

"KAYNA." Kayna melihat orang yang memanggilnya. Dia melihat Reyra dan Laura berlari ke arahnya.

Kayna terus bangun dan berlari kearah mereka juga. Dia memeluk mereka berdua dengan erat. Dia menangis lagi namun suaranya ditahan.

"Tahniah Kayna." Reyra menepuk perlahan Kayna. Berusaha untuk menceriakan Kayna semula. Kayna melepaskan pelukannya. Dia melihat Reyra dan Laura dengan matanta yang masih berkaca.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now