PROFESOR Fiz duduk bersama Elementalist diruang tamu. Elementalist masih tidak tahu tujuan datangnya Profesor Fiz.
"Kenapa Prof datang sini?" Ariel sebagai ketua yang memulakan pertanyaan
"Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada kamu."
"Tanya apa?" Reyra pula yang bertanya.
"Kamu semua.. kenal ibu kamu atau tidak?"
Pertanyaan Profesor Fiz membuatkan mereka semua terkejut. Mereka semua menggelengkan kepala mereka perlahan.
"Saya hanya tahu namanya, tapi tidak pernah melihat wajahnya." Kata-kata Xoel mendapat anggukan daripada yang lain kecuali Kayna.
"Tapi.. kenapa tiba-tiba Prof cakap tentang hal ni?"
"Saya ingin terangkan semua hal yang terjadi. Kenapa kamu tidak pernah melihat ibu kamu... kenapa kamu jadi target puak Shadow... dan...kenapa Kayna seorang yang berada di dunia manusia.
Kamu semua ingin tahu kan?" Pertanyaan Profesor Fiz mendapat anggukan daripada Elementalist.
"Yang pertama, kamu semua tidak pernah melihat ibu kamu semua kerana... mereka meninggal ketika melahirkan kamu."
"Tapi... macam mana?" Leo terkejut.
"Tenaga kamu.. Tenaga kamu semua sangat kuat walaupun masih berada didalam kandungan. Ketika ibu kamu ingin melahirkan kamu.... tenaga kamu jadi lebih kuat. Beberapa ahli The Council harus mengalirkan tenaga mereka kepada ibu kamu. Sebaik sahaja kamu dilahirkan, ibu kamu semua sudah meninggal kerana telah menggunakan semua tenaganya."
"Jadi.. ini semua salah kami?" Wajah Kayna menjadi lebih sedih.
"Tidak. Ibu kamu semua yang ingin melahirkan kamu. Mereka sudah tahu apa yang akan terjadi pada mereka, tapi mereka berkeras kepala untuk melahirkan kamu." Profesor Fiz menepuk bahu Kayna.
"Yang kedua?" Ariel menyampuk.
"Kamu menjadi target mereka kerana tenaga kamu. Tenaga kamu itu lebih besar berbanding semua ahli The Council."
"Tenaga kami...lebih kuat?"Reyra menanya.
"Ya. Kami juga terkejut ketika kamu semua dilahirkan. Apalagi kamu Kayna." Profesor Fiz memandang Kayna. Kayna yang dilihat pula terkejut.
"S-saya?"
"Ya. Setelah tiga bulan Laura dilahirkan, ditangan kanan kamu semua tiba-tiba muncul simbol aneh.
Kami fikir Laura yang menyebabkan munculnya simbol itu, tapi simbol ditangan Kayna bercahaya paling terang. Dan tenaga kamu paling kuat diantara sahabatmu, Kayna."
Sekali lagi Kayna terkejut.
"Dua hari selepas simbol itu muncul, puak Shadow memyerang. Dan kamu semua menjadi target mereka.
Jadi, kami berbincang dan bersetuju untuk menghantar kamu semua kedunia manusia.
Ayah kamu Kayna, Zedd Silveria, mengunci tenaga kamu semua. Untuk mengunci tenaga kamu yang sangat kuat, memerlukan sesorang yang mempunyai tenaga yang kuat juga. Lapan orang The Council diarahkan untuk mengunci tenaga kamu. Dan ayah kamu memindahkan Veria kedalam kamu Kayna."
Kayna memegang dadanya. Cerita Profesor Fiz membuatkan dadanya rasa sakit.
"Kami membuka portal kedunia manusia untuk menghantar kamu semua kedunia manusia. Kayna ialah yang pertama dihantar dan The Council yang membuka portal tiba-tiba diserang. Disebabkan serangan itu, portal itu tertutup dan kelima kamu tidak dapat dihantar.
Kami dapat membunuh semua puak Shadow yang menyerang. Kami juga cuba untuk mencari tenaga kamu, tetapi tenaga kamu dikunci sehingga kami tidak dapat mengesannya.
Akhirnya, hanya Kayna yang berada didunia manusia."
"Kenapa tak buka portal yang lain?" Kayna bertanya.
"Untuk membuka portal kedunia manusia sangat susah. Kerana ia menyeberangi dunia yang berlainan. The Council yang kuat semua telah terbunuh ketika melindungi kamu semua.
Kayna, adakah kamu ingat? Ketika kamu datang kesini, yang membuka portal itu memerlukan tiga orang kan?"
Kayna mengangguk.
"Boleh tak Prof cerita tentang ibu dan ayah saya?" Kayna menanya lagi.
"Ayah kamu, Zedd Silveria, sebelum ini ialah ketua The Council dan ibu kamu Rayna ialah pasangan ayah kamu. Nama kamu diambil sempena ibu kamu."
"Ibu saya tiada nama keluarga ke?"
"Ibu kamu ialah anak yatim."
"Oh."
"Macam mana dengan ibu dan ayah kami?" Laura menyampuk.
"Ibu kamu Laura dan Reyra ialah Altarian biasa. Tapi mereka semua dijaga oleh The Council ketika mengandungkan kamu. Ayah kamu berdua pula ialah yang membuka portal itu.
Leo, ibu kamu jenis pendiam dan ayah kamu jeneral yang sangat hebat. Ayah kamu terkorban dalam perang ketika kamu berada didalam kandungan.
Xoel pula, ibu dan ayah kamu ialah healer yang sangat hebat. Bahkan ayah kamu ketua the healer. Ayah kamu meninggal kerana dibunuh ketika puak Shadow menyerang.
Ariel..."
"Tidak perlu. Ayah saya telah menceritakannya kepada saya." Ariel menyampuk ketika Profesor Fiz ingin bercerita tentang ibunya.
"Oh ye, Prof saya ada nak tanya lagi." Kayna mengangkat tangannya.
"Apa dia?"
"Bagaimana ayah saya meninggal?"
"Ayah kamu telah menggunakan tenaga yang sangat banyak untuk mengunci tenaga kamu, tapi dia masih berkeras untuk melawan Shadow juga. Jadi dia terbunuh ketika tenaganya habis."
Kayna tidak berkata apa-apa. Sedih. Sedih tidak dapat berjumpa dengan ibu dan ayahnya dan sedih kerana ibu dan ayahnya meninggal kerananya.
"Kayna."
"Ye Prof?" Kayna melihat Profesor Fiz ketika namanya dipanggil.
"Veria ada kata apa-apa pada kamu?"
"Ada. Dia kata saya dan yang lain harus pergi ke Stonecrystal dan pergi berjumpa dengan The Guardian. Siapa The Guardian ni?" Elementalist memandang Profesor Fiz serentak.
"Saya tidak pernah dengar apa-apa tentang The Guardian. Tapi kamu semua harus pergi ke Stonecrystal."
"Kenapa?" Ariel menanya Profesor Fiz. Dia tidak faham apa-apa yang dikatakan mereka.
"Kerana itu yang dikatakan Veria."
"Dan... siapa Veria?" Leo pula yang bertanya.
"Nanti Kayna akan ceritakan kepada kamu semua. Sekarang kamu harus mengemas barang kamu. Esok kamu pergilah ke Stonecrystal dan cari The Guardian."
"Tapi macam mana kami nak cari mereka sedangkan kami tidak tahu siapa mereka?" Leo bertanya lagi. Yang lain mengangguk setuju.
"Itu terserah kamu bagaimana kamu hendak cari mereka. Tugas saya selesai sekarang dan daya harus pergi." Profesor Fiz bangun dari duduknya dan terus keluar dari rumah Elementalist.
"Kayna, siapa Veria ni?" Reyra memandang Kayna. Yang lain juga memandang Kayna setelah mendengar pertanyaan Reyra.
"Nanti aku cerita. Sekarang kita kena berkemas macam Prof cakap."
"Aku tak faham apa-apa. Tapi sebab Prof yang suruh, mesti ada sebabnya kan.?" Xoel mengangkat bahunya.
"Ya. Kemas barang dan tidur. Esok pagi kita bergerak." Ariel mengarahkan sahabatnya.
Mereka semua terus buat apa yang diarahkan oleh Ariel. Mereka masuk ke bilik masing-masing.
Esok ialah hari yang mencabar untuk mereka.
YOU ARE READING
The Second Warriors [C]
Fantasy-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyangka hanya hari yang biasa. Namun apa yang disangkanya meleset apabila sesuatu luar biasa berlaku pada...