Seorang lelaki pertengahan umur memasuki kelas Kayna dan Laura. Dia sebagai profesor yang memulakan kelas pertama Kayna.
Dia berjalan kearah mejanya. Sampai sahaja dia meletakkan barangnya dan melihat muridnya.
"Baiklah. Saya yakin kamu semua tahu bulan depan akan diadakan pertandingan. Sekarang, semua profesor pada waktu pertama akan menerangkan tentang pertandingan tersebut. Termasuklah saya." Semua murid mula memasang telinga dan mendengar dengan teliti. Ada juga yang menyalin nota.
"Pertandingan itu ada dua kategori. Satu pertandingan untuk lelaki dan lagi satu untuk perempuan.
Senjata kamu boleh pilih sendiri, tetapi harus diberikan keizinan oleh pengetua. Jadi lepas memilih senjata terus berjumpa dengan pengetua.
Kamu juga harus membuat ujian. Ujian untuk menentukan sama ada kuasa kamu sesuai atau tidak untuk berlawan. Kepada sesiapa yang memiliki kuasa yang tidak sesuai jangan risau. Pertandingan ini juga ada pertandingan tanpa kuasa. Cuma ianya diasingkan.
Selepas itu kamu akan berlawan antara satu sama lain. Empat orang pertama yang berjaya akan dimasukkan ke dalam senarai pertandingan bagi setiap kategori. Kemudian empat sekolah lain akan menghantar empat orang juga. Jadi, akan ada 16 orang yang bertanding. 16 perempuan dan 16 lelaki.
Selebihnya akan diterangkan dengan lebih lanjut pada hari pertandingan."
Profesor menghabiskan penerangannya dan duduk di kerusinya. Dia melihat semua muridnya untuk kali kedua sebelum melihat kearah Kayna dan Laura.
"Ahli Elementalist, kami semua mengharapkan kemenangan kamu untuk tahun ini juga."
"Korang tahun lepas menang ke?" Kayna menanya Laura setelah profesor menghabiskan kata-katanya. Kayna bertanya dengan suara yang hampir berbisik.
"Aah. Tahun lepas, Reyra dapat tempat pertama dan aku tempat kedua untuk kategori perempuan. Untuk lelaki pula, Ariel tempat pertama, Xoel kedua dan Leo ketiga."
"Wah. Hebatlah korang. Aku pula tak yakin dengan diri aku sendiri." Kayna memandang mejanya.
"Jangan cakap macam tu Kayna. Aku rasa kau lebih hebat dari aku tahu tak." Laura cuba untuk berikan Kayna semangat.
"Habiskan perbualan kamu semua dan kita mulakan kelas." Profesor tadi menyuruh mereka semua untuk berhenti berbual antara satu sama lain. Dia membuka bukunya dan mula mengajar.
Dua orang perempuan berdiri berhadapan antara satu sama lain. Satunya berambut ungu dan satunya biru. Hanya dengan warna itu kita tahu siapa mereka.
Pedang telah sedia ditangan mereka. Mata bertentangan antara satu sama lain. Hanya tunggu masa dan mereka akan bermula beradu pedang.
"Mula!" Suara Ariel didengari oleh mereka berdua.
Mereka mula berlari kearah satu sama lain. Pedang mereka berlaga. Bunyi yang dihasilkan juga sangat kuat.
Tiba-tiba Laura menggerakkan tangan kanannya membuatkan angin disekelilingnya menolak Kayna. Kayna pula dengan cepat terus melompat jauh kebelakang kerana merasakan angin yang dikawal Laura membuatkan tangannya luka.
Laura terus berlari kearah Kayna dan menghayunkan pedangnya. Kayna juga menggunakan pedangnya untuk bertahan.
Kuasa melawan kuasa. Kayna mengawal air supaya membuatkan Laura menjauh darinya. Air daripada semua penjuru menyerang Laura. Laura bertahan daripada air Kayna menggunakan pedangnya.
Kayna mengambil kesempatan atas kesusahan Laura. Sekali lagi dia menyerang Laura dengan pedangnya. Namun Laura terus melompat tinggi mengelak pedang Kayna. Kayna juga menggunakan helah yang sama. Namun dengan menggunakan air dibawah kakinya dia melompat lebih tinggi dari Laura.
YOU ARE READING
The Second Warriors [C]
Fantasy-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyangka hanya hari yang biasa. Namun apa yang disangkanya meleset apabila sesuatu luar biasa berlaku pada...