Episode 34

5.5K 369 10
                                    

MEREKA melompat keluar dari tempat mereka bersembunyi. Dengan gerakan yang laju dan serentak, mereka menyerang raksasa-raksasa besar itu.

Ariel...

Ariel menyerang raksasa pokok dengan bebola apinya. Raksasa itu membuat pokok tumbuh dihadapannya untuk melindunginya daripada serangan Ariel. Namun bebola api Ariel membakar pokok itu.

Setelah mendapat peluang, Ariel membuat puluhan bebola api dan menyerang raksasa itu. Badan raksasa itu terbakar.

Xoel...

Xoel menyerang raksasa angin dengan tanah-tanah yang tajam. Tanah itu terpacak dibadan raksasa angin itu. Raksasa itu marah dan menyerang Xoel dengan puting beliung. Xoel dengan cepat membina dinding tanah dihadapannya.

Semasa raksasa itu lengah, Xoel membina dinding tanah dan memerangkap raksasa angin itu. Kemudian dia membuatkan dinding tanah itu mengecut sedikit demi sedikit sehingga tiada ruang untuk raksasa angjn didalamnya.

Leo...

Leo menyerang raksasa air dengan petirnya. Petirnya itu membuatkan badan raksasa air itu melemah. Tiba-tiba raksasa air itu menyerang Leo dengan airnya namun Leo dapat berlari dengan sangat laju sehingga serangan daripada raksasa itu tidak mengena badannya.

Dengan kelajuan sepantas kilat itu, Leo melompat keatas raksasa air itu dan menyentuh badan air raksasa itu. Dia terus mengalirkan petir dari tangannya sehingga petirnya mengalir keseluruhan badan raksasa itu.

Kayna...

Kayna menukarkan air kepada beberapa ais yang runcing. Ais itu dia halakan kearah raksasa api. Sebaik sahaja ais itu tiba dibadan raksasa api itu, api yang marak dibadannya terpadam sedikit. Raksasa api itu terus menyerang Kayna dengan bebola api. Kayna mengawal air supaya menghentikan bebola api yang dibaling oleh raksasa itu. Bebola api itu terpadam.

Kayna mengambil kesempatan atas kelambatan raksasa api itu. Dia mengawal air supaya air membuat banjir tinggi dan menyerang raksasa api itu.

Reyra...

Reyra membuat dahan pokok disekelilingnya bergerak dan menahan raksasa tanah daripada menggerakkan badannya. Tanpa membuang masa dia terus melompat keatas badan raksasa tanah itu. Tangannya dia letakkan diatas kepala raksasa itu.

Akar-akar berduri dibawah raksasa tanah itu merayap kebadan raksasa tanah itu dan memasuki badannya. Reyra mengawal akar yang berada didalam badan raksasa itu sehingga akar-akar itu menghancurkan badannya.

Laura...

Laura membuat beberapa puting beliung sederhana besar dan menyerang raksasa petir dihadapannya itu. Raksasa itu tertolak kebelakang. Walaupun begitu, raksasa itu sempat untuk menyerang Laura dengan petirnya.

Laura membuatkan angin meniup semula serangan petir yang diberikan oleh raksasa petir itu. Petir tadi berputar arah dan terkena ke raksasa itu sendiri.

Serangan daripada keenam-enam mereka berjaya mengalahkan keenam-enam raksasa tadi.

"GRROOAAAAA"

Raksasa-raksasa itu membuat bunyi yang sangat kuat sebelum mereka hilang. Badan mereka bertukar kepada abu dan menghilang dengan sepenuhnya.

Elementalist melompat jauh kebelakang ketempat yang sama.

"K-kita dah berjaya ke?" Kayna melihat tempat dimana raksasa-raksasa tadi menghilang.

"Ye." Reyra mengangguk.

"Ah." Keenam-enam mereka jatuh bersamaan. Badan mereka penuh dengan luka dan di luka itu darah mengalir dengan banyak.

"Reyra.. Posyen tu.. mana?" Ariel menanya dengan tersekat-sekat.

Reyra mencari-cari beg mereka semua. Namun dia tidak melihat apa yang dicarinya. Bahkan pedang mereka juga tidak kelihatan.

"H-hilang?" Reyra cuba untuk bangun dan mencari begnya itu. Namun luka dikakinya membuatkan dia terus jatuh semula.

"A-ah." Reyra mengaduh kesakitan.

"Kau tak apa-apa ke?" Xoel risau dengan keadaan Reyra.

"Apa kita nak buat sekarang?" Laura menanya sahabatnya. Tangan kanannya memegang luka dilengan kirinya untuk menghalang darah daripada mengalir.

"Kita kena bergerak. Kita tak tahu kalau-kalau raksasa tu ada lagi." Ariel memaksa kakinya untuk bangun walaupun sakit.

"Y-ye." Kayna juga. Dia tidak menghiraukan rasa sakit yang menyengat diseluruh bandannya.

"Kau boleh bangun?" Leo yang sudahpun bangun menghulurkan tangannya kepada Laura.

"Rasanya boleh." Laura menerima huluran tangan Leo. Dia bangun sambil memegang lututnya.

Reyra dibantu oleh Xoel supaya dia dapat berdiri.

Sakit diseluruh badan mereka harus mereka lupakan untuk seketika. Untuk kekal selamat mereka harus pergi dari tempat itu.

"Kita kena buat apa sekarang, Ariel? Beg kita hilang. Posyen dan pedang kita pun." Leo memandang Ariel.

Ariel diam tidak menjawab pertanyaan Leo. Dia juga tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang. Tambahan lagi dengan rasa sakit itu membuatkan dia tidak dapat berfikir dengan senang.

"K-korang..." Suara Laura yang tersekat membuatkan yang lain memandang ke arahnya.

Laura merasakan matanya mulai kabur. Badannya mula tidak seimbang. Akhirnya dia jatuh tidak sedarkan diri disebelah Leo.

"Laura? Laura!" Leo menggoyangkan badan Laura namun tiada tanda-tanda yang Laura akan sedar.

Yang lain berjalan secara perlahan kearah Laura. Disebabkan rasa sakit dikaki mereka, mereka tidak dapat berlari.

"A-apa yang berlaku kat Lau...." Belum sempat Reyra menghabiskan soalannya, dia juga tiba-tiba hilang kesedaran.

Xoel sempat memegang Reyra sebelum dia terjatuh menghempas tanah.

"H-hei, Reyra!"

"Kayna!" Tiba-tiba Ariel menjerit. Disebelahnya, Kayna juga pengsan seperti Reyra dan Laura.

Entah bagaimana Ariel, Xoel dan Leo juga merasakan perkara yang sama. Mata mereka kabur dan hampir menjadi gelap.

Pada masa bersamaan, mereka semua rebah tidak sedarkan diri diatas tanah yang sedikit basah.

KAYNA~

Bangun Kayna~

Bangun~

Suara Veria yang menyebut namanya membuatkan Kayna membuka matanya. Matanya di pejam celik untuk menghilangkan kabur pada matanya.

Sebaik sahaja dia membuka mata, dia melihat langit biru diatasnya. Badannya terasa seperti berada diatas katil yang sangat empuk.

Dia bangun dari tidurnya sambil memegang kepalanya yang masih rasa berat.

Dia melihat sekelilingnya. Apa yang dilihatnya ialah sebuah taman bunga. Namun, bunga-bunga yang dilihatnya adalah bersaiz gergasi.

"A-aku kat mana ni?" Kayna melihat tempat yang sedang dia duduki. Ianya ialah bunga gergasi yang berwarna biru.

Dia bangun dan sekali lagi melihat disekeliling. Tiba-tiba matanya ternampak Ariel yang sedang tetidur diatas bunga gergasi berwarna merah.

Dan tidak jauh darinya, empat sahabatnya yang lain juga tertidur diatas bunga gergasi yang berlainan.

Kayna mencuba untuk berjalan kearah bunga dimana Ariel tertidur. Kerana kelopak bunga itu besar, dia dapat memanjat dengan senang.

"Ariel." Dia menggoyangkan badan Ariel bertujuan untuk membangunkannya.

"Engh." Ariel membuka matanya perlahan. Kepalanya dipegang.

"Kayna?" Kayna lega melihat Ariel tidak apa-apa.

"Kat mana kita ni?" Ariel memandang sekeliling. Dia juga terkejut. Sama seperti Kayna.

"Tak tahu."

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now