GAUN biru yang sewarna dengan rambutnya itu menyerlahkan kecantikannya. Hiasan rambut coklat disemat kemas membuatkan matanya terlihat cerah.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk kedewan istana bersama dua orang sahabatnya, semua mata memandang ke arahnya. Membuatkan dirinya berasa kurang selesa.
Dua orang sahabatnya mula pergi dan meninggalkannya. Dia menuju kemeja dimana terdapat beberapa minuman dan pencuci mulut.
Dia hanya melihat-lihat sekitarnya. Semua sedang menari bersama dengan pasangan mereka.
Gaun birunya yang panjang diangkat sedikit supaya senang untuk dirinya berjalan.
"Kayna." Sebuah suara yang sangat dikenalinya memanggil namanya. Dia menoleh.
Seorang lelaki berambut hitam berpakaian kemas membuatkan dia kelihatan sangat kacak.
"Oh, Ariel."
"Mana Laura dan Reyra?"
"Diorang pergi entah kemana. Rasanya pergi cari pasangan untuk menari." Kayna duduk diatas kerusi. Ariel juga duduk di sebelahnya.
"Kenapa kau tak menari?" Ariel mengikuti pandangan Kayna, iaitu para Altarian yang sedang berdansa.
"T-tak nak lah. Aku tak suka sangat menari ni."
Ariel memandang Kayna untuk beberapa saat sebelum dia bangun dari duduknya. Dia berjalan kehadapan Kayna dan menghulurkan tangannya.
"Eh?"
"Jom."
"Tak nak la. Aku tak..." Sebelum Kayna menhabiskan ayatnya, tangan kanannya ditarik oleh Ariel ketengah dewan.
Ariel memaksanya untuk menari bersamanya. Kayna tidak dapat menolak kerana orang yang membawanya ialah Ariel. Akhirnya dia menari bersama Ariel.
"Kau cantik hari ni." Suara Ariel sangat perlahan bagaikan sebuah bisikan. Namun Kayna dapat mendengar apa yang dikatakannya.
"T-terima kasih. Kau pun sama. Ah, maksud aku kau kacak!" Rona merah mula muncul dipipinya. Kekok.
Mereka berdua tidak berkata apa-apa.
Dari jauh, Laura tersenyum melihat mereka berdua. Dia berdiri di tempat Kayna berdiri tadi.
"Kenapa kau tak menari?" Leo yang berada disebelahnya menegur.
"Kau sendiri?"
"Aku cuma malas je."
"Eleh, cakap je lah yang sebenarnya tak ada yang nak menari dengan kau."
"Eh ada ok. Banyak yang ajak tau. Tapi aku malas. Yang kau tu? Entah-entah tak ada yang nak." Leo menyilangkan tangannya.
"Kau fikir kau sorang je yang popular ke? Aku pun sama ok. Banyak lelaki yang ajak tapi aku tolak." Laura menyilangkan tangannya juga. Dia menghadap kearah lain.
Untuk beberapa minit mereka tidak bercakap antara satu sama lain. Ketegangan antara mereka mula muncul. Dan akhirnya..
"Nak menari?" Leo yang memulakan.
Dia menghulurkan tangan."Ya." Dengan cepat, Laura terus menerima huluran tangan Leo. Mereka berdua turut menari bersama yang lain.
"Jangan fikir yang bukan-bukan. Aku ajak kau menari cuma sebab aku bosan." Sedikit rona kemerahan muncul dipipi Leo. Dia memandang arah lain.
"K-kau fikir aku nak lah menari dengan kau? Aku terima pun sebab aku bosan jugak." Wajah Laura juga kemerahan. Dia juga tidak memandang wajah Leo.
Dibahagian Reyra pula, dia menari bersama Xoel. Tadinya dia berjalan-jalan dan tiba-tiba Xoel muncul entah dari mana. Mereka berdua menari sambil berbual. Gelak tawa menghiasi diri mereka.
YOU ARE READING
The Second Warriors [C]
Fantasy-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyangka hanya hari yang biasa. Namun apa yang disangkanya meleset apabila sesuatu luar biasa berlaku pada...