LUBANG hitam itu terbuka ditempat yang tinggi dan menyebabkan Elementalist terjatuh dengan kuat. Gedebuk. Bunyi dimana punggung mereka bertemu dengan lantai gua yang sejuk.
"Aduh." Elementalist kecuali Ariel mengaduh kesakitan. Punggung mereka diusap untuk menghilangkan kesakitannya.
"Korang tak apa-apa ke?" Tanya Ariel kepada lima sahabatnya.
"Ya." Jawab Elementalist serentak.
"Kau pula?" Kayna pula menanya Ariel.
"Hm."
'Apa maksud 'hm' tu?' Tanya Kayna pada dirinya sendiri didalam hati.
"Kita kat mana ni?" Leo melihat-lihat sekelilingnya dan menanya.
Yang lain juga melihat sekeliling mereka. Tempat itu lain daripada tempat mereka berada sebentar tadi.
"Entah." Jawab Reyra.
Plak plak
Tiba-tiba mereka mendengar bunyi tepukan disebelah kanan mereka. Mereka bangun kerana terkejut dan terus memandang kearah bunyi tepukan itu.
Disana, seorang lelaki berdiri disebalik bayang-bayang. Hanya badannya sahaja yang kelihatan manakala wajahnya ditutupi bayang-bayang.
"Siapa tu?" Ariel menanya dengan suara yang tinggi.
Lelaki itu melangkahkan kakinya kehadapan dengan perlahan. Sedikit demi sedikit wajahnya yang ditutupi bayang-bayang kelihatan.
Mata hitamnya memandang Elementalist satu persatu. Rambut hitam panjangnya hampir menutupi matanya.
Elementalist mengenali lelaki itu. Dia ialah...
"Kai Vari." Sebut Elementalist serentak.
"Jadi, korang kenal aku walaupun rambut aku hitam ya." Lelaki yang baru sahaja dipanggil Kai Vari oleh Elementalist tadi menyeringai. Dia memegang rambut hitamnya yang panjang.
Elementalist diam. Mereka semua memandang Kai dengan pandangan tidak suka.
'Sepatutnya umur dia tujuh puluh tahun lebih. Tapi kenapa dia nampak muda dan masih... hensem?' Kayna menanya didalam hati. Dia tidak boleh menolak kebenaran bahawa lelaki muda dihadapannya ini sebenarnya lelaki tua. Bukan dia sahaja yang berfikiran sedemikian, bahkan Reyra dan Laura juga.
"Aku tak sangka. Korang masih lagi berani datang ke sini lepas dibunuh oleh aku." Kai memandang Elementalist dan membuat wajah bangga.
"Bukan ke dari dulu kitorang memang berani. Takkan la kau lupa?" Ariel menyeringai membalas wajah bangga Kai.
Elementalist lain yang memandang Ariel sedikit terkejut.
'Ariel... menyeringai?' Fikir mereka.
"Ariel... Kau tak pernah berubah." Kai merubah riak wajahnya. Dia menjeling tajam Elementalist.
Elementalist terpaku. Mereka semua kecuali Ariel menjadi sedikit ketakutan. Namun mereka tidak menunjukkannya kerana tidak mahu Kai tahu kelemahan mereka.
"Hahahahaha." Tiba-tiba Kai ketawa dengan kuat. Elementalist terkejut.
"Masih tak berubah. Korang berpura-pura macam mana pun, aku akan tetap tahu." Sekali lagi, Kai menyeringai.
"Cih." Kayna menjadi marah.
"Korang rasa korang boleh menang ke lawan aku? Korang kuat macam mana pun, korang akan kalah juga."
"Tak guna." Amarah Kayna semakin marak. Dia hendak menyerang Kai namun pergelangan tangannya digenggam oleh Ariel.
"Sabar, Kayna. Jangan gelabah." Ariel melepaskan genggamannya pada tangan Kayna.
YOU ARE READING
The Second Warriors [C]
Fantasy-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyangka hanya hari yang biasa. Namun apa yang disangkanya meleset apabila sesuatu luar biasa berlaku pada...