BERIRINGAN. Mereka semua berjalan secara beriringan dalam kumpulan yang baru sahaja diberikan oleh Ariel.
Mereka memerhati sekeliling mereka dengan sangat teliti. Setiap perumahan juga mereka periksa. Hampir dua jam mereka mencari, namun tidak juga menjumpai klu keberadaan Putera Leuter.
Kerisauan semakin menjadi-jadi. Bukan kepada Putera Leuter sahaja, pada mereka juga. Shadowgrass ialah sarang musuh. Mereka lebih mengenal selok belok tempat itu berbanding mereka. Menyerang hendap mereka boleh menjadi sesenang mengopek kacang. Apalagi mereka yang sedang berpecah sekarang ini.
"Nak buat apa ni, Leo? Kita tak jumpa apa-apa pun. Rasa macam kita dah berpusing-pusing tempat ni." Laura kelihatan sedikit takut. Dia menarik lengan baju Leo.
"Jangan tanya aku. Aku sendiri pun buntu sekarang ni." Leo masih mencari walaupun tidak tahu apa yang harus dicarinya.
Mereka berdua mencari dibahagian barat pekan itu. Ariel yang mengarahkan mereka. Kayna dan Ariel mencari dibahagian tengah pekan manakala Xoel dan Reyra dibahagikan timur.
Laura yang masih rasa takut tetap menolong Leo dalam misi mencari itu. Tiba-tiba matanya menangkap sesuatu.
"Hei, Leo!" Laura menarik lengan baju Leo sekali lagi.
"Ada apa? Jumpa sesuatu?" Leo berhenti berjalan dan memusingkan badannya menghadap Laura.
"Kau perasan tak...." Laura menudingkan jarinya kearah hutan disebelah mereka.
"Apa?" Leo melihat apa yang ditunjuk oleh Laura. Didalam hutan itu terdapat sebuah gua yang gelap. Mereka tidak dapat melihat gua itu dengan jelas kerana dihalang oleh pokok-pokok.
"Kita kena panggil yang lain." Leo menghalakan tangannya keudara. Dia mengalirkan petir dari tangannya sehingga petir itu berdentum diudara.
Elementalist lain yang ternampak petir Leo terus berlari kearah dimana Leo berada.
Ariel dan Kayna sampai dahulu kerana Xoel dan Reyra berada lebih jauh daripada mereka.
"Korang jumpa sesuatu ke, Leo, Laura?" Kayna menanya mereka berdua sebaik sahaja mereka sampai di hadapan mereka.
"Aku cuma jumpa tu. Tapi belum masuk lagi. Aku takut ada apa-apa yang bahaya." Leo menunjuk gua yang baru sahaja Laura tunjukkan kepadanya.
"Kita kena tunggu Xoel." Kata Ariel.
"Ya. Aku tahu."
Selepas beberapa minit menunggu, akhirnya Xoel dan Reyra sampai. Nafas mereka tercungap-cungap.
"Kenapa korang lambat?" Tanya Laura.
"Kitorang jumpa sesuatu tadi." Reyra menunjukkan sebilah pedang yang tersarung cantik dengan sarung berwarna emas. Diatasnya terdapat simbol burung phoenix berwarna merah.
"Pedang?" Kayna tidak tahu apa-apa tentang pedang.
"Burung phoenix melambangkan negara Wyston. Sama macam bunga mawar yang melambangkan Dorwall." Ariel menerangkan kepada Kayna.
"Jadi.. maksudnya pedang ni milik Putera Leuter tu lah?"
"Correct." Reyra mengangguk menjawab soalan Kayna.
"Jadi.... Leo, kau jumpa apa-apa ke?" Xoel menanya Leo.
"Ye. Kitorang nak kau periksa gua tu." Sekali lagi Leo menunjukkan gua itu.
Elementalist berjalan masuk kedalam hutan itu. Gua yang baru sahaja dijumpai menjadi tujuan mereka. Sampai sahaja dihadapan pintu gua itu, mereka terpaku melihat betapa gelapnya gua itu.
YOU ARE READING
The Second Warriors [C]
Fantasia-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyangka hanya hari yang biasa. Namun apa yang disangkanya meleset apabila sesuatu luar biasa berlaku pada...