DARAH yang mengalir dari luka dibelakang badannya diabaikan. Segala rasa sakit itu ditahan. Dia tidak mahu perhatiannya terhadap gadis berambut hitam yang menjadi lawannya terganggu.
Gadis berambut ungu cair disebelahnya dilirik. Walaupun selalu beradu mulut sejak pertemuan kali pertama, perlawanan sahajalah yang membuatkan mereka bersatu hati.
"Laura." Dia memanggil nama gadis disebelahnya itu.
"Hm." Jawapnya singkat.
"Kau serang dia dari belakang, boleh?"
"Hah? Apa rancangan kau ni?"
"Dia hanya boleh fokuskan kuasa dia pada satu perkara je. Dan dia harus gunakan kedua-dua tangannya untuk menggunakan kuasa dia." Terang Leo dengan panjang lebar.
"Waktu aku serang dia, aku nak kau terus pergi kebelakang dia dan serang dia, boleh?"
"Tentu."
Sehabis sahaja Leo menerangkan rancangannya kepada Laura, dia terus menggunakan kelajuannya untuk menyerang Fiona. Dia menggunakan kuasa petirnya untuk menyerang. Seperti dugaannya, Fiona akan mencipta dinding untuk menahan serangan daripadanya.
Serentak pada itu, Laura telah berlari kesisi sehingga dia berjaya berada dibelakang Fiona.
"Cih." Fiona mendecih melihat Laura telah berada dibelakangnya. Dia tidak boleh menyerang Laura kerana dia sedang memfokuskan kuasanya untuk menahan serangan Leo.
Laura berlari kearah Fiona. Sebaik sahaja dia mendekati Fiona, dia menendang rusuk kiri Fiona dengan sangat kuat. Tendangannya membuatkan Fiona terpelanting jauh.
Leo menghentikan serangannya sebaik sahaja Fiona terpelanting daripada kedudukannya.
"Uhuk." Fiona memuntahkan darah segar. Tendangan kuat daripada Laura membuatkan tulang rusuk kirinya patah. Dia meraskan sakit yang amat. Dia memegang kawasan yang baru sahaja ditendang Laura.
Laura tidak bergerak daripada kedudukannya. Tendangannya tadi harus menggunakan tenaga yang banyak untuk menjadikannya kuat. Tenaganya semakin berkurangan. Nafasnya menjadi tersekat-sekat.
"Laura, kau tak apa-apa?" Leo mendekati Laura.
"Y-ya."
Mereka berdua melihat Fiona yang masih tidak bangun dari kedudukannya.
"T-tak guna." Fiona secara perlahan-lahan bangun. Rusuknya yang patah membuatkannya susah untuk bangun.
Sebaik sahaja dia bangun, dia memandang Laura dan Leo dengan tajam. Perasaan marahnya semakin membuak-buak.
"Nampaknya dia dah marah." Laura menyeringai. Dia tidak mempunyai rasa takut walau sedikitpun. Sama jugalah dengan Leo yang berada disebelahnya.
Akhirnya Fiona bangun setelah bersusah-payah menahan rasa sakit dirusuk kirinya. Dia masih lagi memandang Leo dan Laura dengan tajam.
"Ini apa yang kau dapat selepas memandang rendah pada orang lain." Kata Leo berniat untuk menyindir Fiona. Laura hanya memandang Fiona tanpa berkata apa-apa.
"Diam." Fiona menjawab dengan perlahan. Penumbuknya digenggam. Dengan segala perasaan marah, dia terus menyerbu kearah Leo dan Laura. Dia mencipta pedang ditangan kirinya dan menggunakan pedang itu untuk menyerang mereka berdua.
Leo dan Laura mengelak hayunan pedang Fiona yang laju. Tenaga mereka telah berkurangan membuatkan mereka susah untuk bergerak dengan bebas bahkan untuk melompat.
Hayunan pedang Fiona yang ganas mencederakan betis Laura.
"Aargh!" Laura menjerit kesakitan. Luka itu sangat dalam membuatkan darah yang mengalir sangat banyak. Dia tidak dapat menahan keseimbangannya dan akhirnya jatuh.
Fiona sudah bersedia untuk menyerang Laura yang sudah tidak dapat bergerak. Leo terkejut.
"Laura!" Dengan segala sisa tenaga yang ada, Leo menggunakan petirnya untuk menyerang Fiona. Fiona tidak dapat mengelak kerana perhatiannya hanya ditumpukan pada Laura.
Serangan Leo mengena tepat pada rusuk kanannya. Untuk kesekian kalinya, Fiona terpelanting jauh dan akhirnya tidak sedarkan diri. Badannya yang terkapar secara perlahan-lahan menghilang. Beberapa saat, badannya sudah tidak berada ditempat itu lagi.
Leo mendekati Laura yang sedang menahan kesakitan. Belum sempat bertanya walau sepatah, kedua-dua mereka rebah. Namun mereka masih lagi sedar.
TANPA apa-apa rancangan, Xoel dan Reyra menyerang Kuro. Walaupun mereka tahu betapa susahnya untuk mengalahkan lelaki itu.
Mereka berdua menyerang Kuro secara serentak. Xoel disebelah kiri manakala Reyra disebelah kanan. Kesemua serangan mereka yang mengena badan Kuro seperti tiada guna kerana semua luka itu akan menyembuh dengan cepat.
Mereka masih tidak menyerah. Idea masih dicari walaupun dalam keadaan yang susah. Segala pergerakan Kuro diperhati untuk mendapatkan kelemahannya.
Kelajuan sepantas kilat Kuro tidak dapat dilihat oleh Reyra tidak pula Xoel. Dengan menggunakan getaran ditanah dia dapat mengetahui pergerakan Kuro.
Reyra mendapatkan satu idea. Dia cuba untuk menyerang Kuro yang sedang berlari dengan laju dengan akar yang banyak. Salah satu akarnya dapat menyentuh badan Kuro. Dengan cepat, Reyra terus melilit satu badan Kuro dengan akar itu. Kuro tidak dapat bergerak.
Xoel tidak tahu apa yang difikirkan Reyra, namun dia terus berlari kearah Kuro yang tidak dapat bergerak. Dia menikam perut Kuro dengan pedangnya. Kuro menjerit kesakitan. Xoel terus melompat kebelakang dan Reyra mendekatinya.
"Aku dah nampak dah sekarang." Xoel menyeringai.
"Nampak apa?" Tanya Reyra.
"Walaupun dia boleh sembuhkan luka dia, dia masih rasa sakit. Dan aku rasa tenaga dia dah sikit sekarang."
"Macam mana kau tahu yang tenaga dia dah sikit?" Tanya Reyra lagi.
"Ingat tak? Sebelum ni dia boleh lepaskan diri dari akar kau tapi sekarang tak. Aku yakin semua kuasa dia tu perlu gunakan tenaga yang banyak."
"Jadi, maksudnya kita boleh kalahkan dia dengan senang lah kan?" Reyra menyeringai. Xoel sedikit terkejut melihat Reyra yang menyeringai.
"Sejak bila kau tahu nak senyum macam tu." Xoel cuba untuk bergurau dengan Reyra.
"A-ah. D-diamlah." Muka Reyra mula memerah. Malu rasanya apabila Xoel bergurau dengannya.
"A-apapun, tumpukan perhatian." Reyra mengalihkan pandangannya kearah Kuro yang nafasnya tersekat-sekat. Kesakitan mungkin.
Xoel menggunakan kuasanya untuk membuat tanah berbentuk kon yang tajam. Reyra melepaskan badan Kuro daripada lilitan akarnya. Serentak dengan terlepasnya badan Kuro, Xoel terus menyerang kaki Kuro. Sekali lagi, Kuro menjerit kesakitan. Dia terjatuh.
"Ugh." Kuro mengaduh kesakitan. Dia tidak menerima kekalahan ini. Dia mengambil pedangnya yang tergeletak disampingnya. Dengan kelajuannya dia terus menyerbu kearah Reyra.
"Reyra, elak!" Xoel menjeritkan nama Reyra supaya dia mengelak. Namun Reyra tidak dapat melihat Kuro. Kuro menusukkan pedangnya keperut Reyra. Disebabkan tenaga Kuro yang sedikit, pedang itu tidak menembusi belakangnya. Darah mengalir dari perut Reyra. Dia rebah.
Kuro terpaku dihadapan Reyra kerana kehabisan tenaga. Xoel marah. Tanah dikumpulkan ditangannya. Dia berlari ke arah Kuro yang tidak bergerak dan terus menumbuk perutnya. Kekuatan tumbukan Xoel menyebabkan Kuro terpelanting dan melanggar batang pokok yang keras. Kuro jatuh dan tidak sedarkan diri.
Sama seperti Fiona, badan Kuro secara perlahan-lahan menghilang.
"R-reyra!" Xoel duduk di hadapan Reyra dan memegang bahunya.
"J-jangan risau. A-aku tak a-apa-apa." Reyra tidak dapat berkata dengan petah kerana kesakitan diperutnya. Dia membaringkan badannya supaya darah tidak mengalir.
Xoel duduk disebelahnya. Menemani Reyra.
YOU ARE READING
The Second Warriors [C]
Fantasy-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyangka hanya hari yang biasa. Namun apa yang disangkanya meleset apabila sesuatu luar biasa berlaku pada...