Episode 17

6.3K 379 0
                                    

Pedang yang tersisip dipinggangnya ditarik secara perlahan. Cahaya yang dipancarkan oleh matahari dipantulkan semula.

Kayna memegang pedangnya menggunakan tangan kanannya. Tangan kirinya pula bercekak pinggang.

Ditempat Laura pula, kipas besarnya telah dibuka. Dia juga bersedia untuk melawan Kayna untuk kali kedua. Mereka menyerang serentak.

Pedang Kayna dihayun laju dan ditahan oleh bahagian besi kipas Laura. Dengan cepat, Laura menolak pedang Kayna sambil menghasilkan angin yang kuat sehingga Kayna tertolak.

Seperti yang dilakukan ketika latihan Kayna mengawal air agar menyerang Laura. Laura dapat mengelak dengan kelincahannya.

Kali ini, Kayna berlari kearah Laura namun dia masih mengawal airnya. Dia menyerang Laura dengan pedangnya. Laura tidak dapat mengelak sambil bertahan semua serangan Kayna pada masa yang sama.

Akhirnya dia melompat jauh kebelakang. Kayna berdiri di tempat Laura tadi. Air disisinya dia ubah menjadi berpuluh ais yang berbentuk runcing dan tajam.

Laura yang melihat Kayna terseyum senget. 'Alamak. Banyak sangat.' Hatinya menjadi risau.

Kayna mendapat idea ini ketika melihat perlawanan Xoel. Caranya adalah hampir sama, iaitu menyerang dari jauh.

Satu persatu ais itu menyerang Laura dengan laju. Laura cuba menghasilkan angin untuk menolak ais itu. Namun bentuk ais itu dapat melawan arah angin. Beberapa ais itu melukakan badannya.

Laura melarikan dirinya daripada serangan Kayna. Namun Kayna juga tidak menyerah. Dia menghasilkan banyak lagi benda yang sama. Semuanya menyerang Laura.

'Aku tak ada pilihan lain la kan?' Laura menyoal dirinya sendiri. Dia mengipas sekelilingnya dengan kuat sehingga terhasilnya puting beliung.

Ais tadi termasuk ke dalam puting beliung tadi dan menjadi tidak tentu arah. Semuanya bergerak kearah lain. Ada beberapa yang hampir menyerang penonton. Namun Kayna dengan cepat menukarkan ais itu kepada air semula.

'Fuh. Nasib baik sempat.' Kayna bernafas lega.

Laura mengambil kesempatan itu untuk menyerang Kayna. Dia mengipas Kayna dengan kuat sehingga angin disekeliling Kayna menolak dirinya lagi.

Namun kali ini ianya berbeza. Angin itu terlalu kuat sehingga badan Kayna terluka.

"Maaflah Kayna. Tapi aku tak nak kalah." Kayna melihat Laura yang tidak jauh dihadapannya.

"Hehe. Aku pun Laura." Kayna bangun dari duduknya.

Kayna mencucukkan pedangnya ketanah dan melepaskannya. Laura terkejut dengan tindakan Kayna.
'Dia nak lawan aku tanpa senjata ke?' Peluh mengalir dikepala Laura.

Kayna meninggalkan pedangnya dan berlari kearah Laura. Lariannya menjadi lebih laju. Sampai sahaja dihadapan Laura, tendangan dan tumbukan dia berikan kepada Laura.

Laura masih bertahan dengan kipasnya. Kayna dapat melawannya tanpa kuasa ataupun senjata.

Tendangan Kayna terkena pada muka Laura. Laura terhempas agak jauh. Kipasnya terlepas dari tangannya. Mukanya yang ditendang terasa perit dan mencucuk.

Sekali lagi Kayna menyerang Laura yang terduduk. Dia memberikan tumbukan pada perut Laura pula. Dia terhempas jauh lagi.

Laura melihat Kayna. Dia terkejut. Disisi Kayna terdapat ais yang sama. Semuanya menyerang Laura lagi. Laura tidak dapat bertahan kerana dia terlepas kipasnya ketika ditendang Kayna tadi. Dia hanya menyilangkan tangannya dihadapan mukanya sambil menutup mata.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now