MEREKA berdua menyerang secara serentak. Pedang ditangan mereka digenggam erat. Hanya satu lawan mereka sekarang. Iaitu seorang lelaki berambut hitam yang bernama Kuro.
Kuro menggunakan pedangnya untuk menahan serangan Reyra dan Xoel. gerakan sekilas, Xoel menendang perut Kuro yang berada dihadapannya. Kuro melompat jauh kebelakang.
Reyra hendak menyerang Kuro juga namun dihalang oleh Xoel.
"Kenapa?" Tanya Reyra.
"Jangan gelabah. Dia tu kuat. Kita tak tahu apa yang akan dia buat nanti."
Kuro berdiri. Mata hitamnya tetap memerhati Reyra dan Xoel. Pedang yang dipegang ditangan kirinya mula diangkat. Dia sedang bersedia untuk menyerang. Reyra dan Xoel yang melihat Kuro bersedia menyerang mula merasa cuak.
'Apa yang dia nak buat?' Mereka berdua memikirkan perkara yang sama.
Kuro tiba-tiba berlari. Lariannya sangat laju bahkan selaju Leo berlari. Dia berlari mengelilingi kawasan dimana Xoel dan Reyra berdiri.
Xoel dan Reyra berdiri membelakangi antara satu sama lain sambil memegang pedang mereka dengan erat. Xoel masih tenang namun tidak pula Reyra. Xoel dapat mengesan pergerakan Kuro dengan kuasanya.
Dia menghasilkan dinding tanah yang tinggi disekeliling Reyra dengan tiba-tiba. Reyra terkejut.
"H-hey! Xoel, apa kau buat ni?"
Belum sempat Xoel menjawab, Kuro sudah menyerangnya. Walaupun serangan Kuro sangat laju sehingga tidak terlihat, Xoel masih dapat menepis serangannya. Tapi, serangan laju Kuro tidak berhenti sama sekali sehingga membuatkan Xoel menjadi lelah.
Reyra cuba untuk melepaskan dirinya daripada dinding tanah Xoel. Dia mengawal akar supaya keluar dari tanah dibawahnya dan mengangkat badannya keatas sehinggalah dia dapat mengeluarkan dirinya.
Perkara pertama yang dia lihat setelah keluar ialah Xoel yang masih diserang oleh Kuro. Badannya sudah terdapat beberapa luka goresan pedang.
"XOEL!"
Reyra mengeluarkan akar disekeliling Xoel dan membuatkan akar-akar itu melindungi Xoel. Satu daripada semua akar-akar itu menyerang Kuro namun dengan kelajuan Kuro, serangan itu dapat dielak dengan mudah.
Xoel terjatuh terduduk kerana kelemahan. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya yang mungkin. Reyra melompat dari atas dinding tanah tadi dan berlari kearah Xoel namun tangan kirinya masih mengawal akar tadi untuk menyerang Kuro.
"Kau tak apa-apa?" Tanya Reyra sebaik sahaja dia berada disebelah Xoel.
"Y-ya." Jawab Xoel lemah.
"Kenapa kau buat benda macam tadi?" Reyra menanyakan soal dinding tanah yang dibina oleh Xoel tadi. Dia memusingkan badannya dan menggunakan kedua-dua tangannya untuk mengawal kesemua akar-akar tadi untuk menyerang Kuro.
Xoel mendiamkan diri. Dia tidak dapat menjawab soalan yang diberikan oleh Reyra.
"Aku tahulah kau nak lindungi aku. Tapi aku tak kan biarkan kau berlawan seorang diri." Reyra mengeraskan suaranya. Xoel terpaku.
"Kalau kau mati lindungi aku, aku tak kan dapat maafkan diri aku, kau faham tak?" Setitis air mata mula mengalir dipipi Reyra.
"Reyra." Xoel hanya mampu untuk menyebut nama Reyra namun tidak menjawab apa-apa.
Kuro dapat mengelak semua akar-akar yang dikawal Reyra dengan mudah. Namun tiba-tiba kakinya tidak dapat bergerak. Tanah mencengkam kedua-dua kakinya.
Dia memusingkan kepalanya melihat Xoel dan Reyra.
Akar-akar yang tadi masih dikawal oleh Reyra untuk menyerang Kuro. Kerana Kuro masih tersangkut kakinya, akar-akar itu dapat menyerangnya dengan mudah. Semua akar itu mengena badannya dan menyebabkan luka yang dalam dan banyak.
Semua luka-luka itu tiba-tiba menyembuh dengan sendirinya. Xoel dan Reyra yang melihat sangat terkejut.
"A-apa?" Kata-kata Reyra tersangkut kerana terkejut.
Kuro tiba-tiba dapat melepaskan kakinya dari cengkaman tanah. Dia terus berlari kearah Xoel dan Reyra dengan laju. Xoel dan Reyra tidak dapat mengelak kerana tidak dapat melihat Kuro yang bergerak laju kearah mereka.
Kuro menumbuk perut Reyra dan pipi Xoel. Mereka berdua terpelanting jauh kerana kekuatan dari tumbukan Kuro. Badan mereka menghentam pokok-pokok dibelakang mereka.
"Ugh." Reyra mengaduh kesakitan. Sakit diperutnya dan juga belakang badannya.
"Sekarang aku faham macam mana Kayna boleh pengsan dengan satu tumbukan."
Dari jauh Kuro melihat kedua tangannya yang digunakan untuk menumbuk Reyra dan Xoel. Kedua tangannya terasa sakit seperti baru sahaja menumbuk batu.
"Heh. Nasib baik sempat." Xoel dan Reyra bangun.
Kuro memandang perut Reyra dan pipi Kuro. Akar-akar melilit perutnya. Xoel pula, terdapat selapis tanah keras dipipinya.
"Bagus idea kau, Xoel." Reyra melepaskan lilitan akar di perutnya.
"Mestilah." Xoel mengelap bawah bibirnya yang berdarah.
"Sekarang... apa perlu kita buat?" Tanya Reyra.
"Aku tak ada idea."
"Jadi, kita lawan macam biasa."
"Idea bagus." Xoel menyeringai.
"Heh."
LARIAN mereka masih diteruskan tanpa henti. Hampir setengah jam mereka berlari namun tidak juga menjumpai tujuan mereka.
Bang!
Kaki Kayna tersadung akar pokok dan terjatuh. Ariel menghentikan lariannya dan menuju Kayna yang baru sahaja terjatuh.
"Kau tak apa-apa?" Ariel mencapai lengan kanan Kayna untuk membantunya bangun.
"Ye. Maaf." Kayna bangun dari jatuhnya. Namun dia tidak dapat berdiri dengan tegak.
"Kenapa?" Tanya Ariel.
"Kaki kiri aku terseliuh." Kayna duduk dan membuka kasutnya. Dia mula memicit perlahan kakinya. Ariel hanya memandang Kayna. Selepas beberapa saat dia berlutut dihadapan Kayna.
"Sini aku buatkan." Ariel menjauhkan tangan Kayna dari kakinya dan mula memicit kaki Kayna yang sedikit membengkak.
"T-terima kasih."
Ariel memicit kaki Kayna dengan perlahan dan berhati-hati. Kayna menahan rasa sakit di kakinya itu. Mereka berdua tidak berkata apa-apa.
"Maaf sebab buatkan perjalanan kita terhenti." Kayna mula bersuara setelah lama berdiam diri namun Ariel tidak menjawab. Dia hanya fokus memicit kaki Kayna.
"Aku tak dapat fokus tadi. Fikiran aku melayang entah kemana." Kayna menyambung lagi.
"Aku faham. Kau takut tak dapat kalahkan Kai, betul tak?" Ariel mengangkat wajahnya dan memandang Kayna. Pijitan dikaki Kayna dihentikan.
"U-um." Kayna mengalihkan wajahnya. Malu untuk menghadap wajah Ariel. Kakinya sudah tidak rasa sakit lagi.
Ariel bangun dan menghulurkan tangannya pada Kayna.
"Boleh bangun?" Tanya Ariel. Kayna mengangguk dan menerima huluran tangan Ariel.
Tiba-tiba satu Shadow menyerang mereka entah dari mana. Ariel melompat menjauh sambil menggendong Kayna. Kayna terkejut.
"Pandai kau, Ariel. Reflek masih sehebat dulu." Tiba-tiba suara Kai bergema.
Ariel melihat kesebatang pokok tidak jauh darinya. Disana Kai duduk diatasnya dengan lagak.
"Kau memang licik. Menyerang kitorang sebelum kitorang bersedia." Ariel masih tidak melepaskan Kayna yang berada di gendongannya.
Kai melihat tangan Ariel yang memegang tubuh Kayna. Terselit perasaan marah didadanya namun ditahan.
"Memandangkan aku ada kat sini. Mari mulakan perang antara kita."
YOU ARE READING
The Second Warriors [C]
Fantasía-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyangka hanya hari yang biasa. Namun apa yang disangkanya meleset apabila sesuatu luar biasa berlaku pada...