ELEMEMTALIST dan pak cik pemilik kapal turun dari kapal. Disebabkan kapal yang mereka naiki tidak besar, ia dapat berlabuh dengan senang dipantai.
Mereka melihat pulau yang berada dihadapan mereka. Hutan tebal menghiasi seluruh tempat itu.
"Betul ke ini tempatnya pak cik?" Ariel menanya tanpa melepaskan pandangannya dari hutan.
Soalan Ariel tidak dijawab oleh pak cik itu.
"Pak cik?" Ariel dan yang lain memusingkan badan mereka. Namun mereka tidak melihat kapal yang baru sahaja mereka naiki.
"Pak cik?" Elementalist mencari-cari dimana Pak cik pemilik kapal tadi.
"Ariel, mana kapal tu?" Leo menanya Ariel. Yang lain juga pelik.
"Tak tahu."
"Tak kan la dah balik. Cepat sangat." Reyra bersuara.
"Aku tahu tu."
"Habis apa kita nak buat sekarang?" Kayna menanya mereka semua.
"Terpaksalah kita masuk dalam hutan ni." Ariel memandang hutan di hadapannya.
"Tapi kau yakin ke ini Stonecrystal?" Kayna menanya lagi.
"Tak. Tapi kita tak ada pilihan."
"Ye, apa yang Ariel cakap tu betul. Kita cuba cari sesuatu dulu." Reyra bersetuju dengan cadangan Ariel.
"Ok." Yang lain juga akhirnya bersetuju.
"Tapi pastikan bergerak sama-sama. Kita tak tahu apa yang ada kat hutan ni." Ariel menambah.
"Ok."
Ariel berjalan di hadapan kerana dia ialah ketua. Yang lain berjalan di belakangnya. Mereka bersama-sama memasuki hutan tebal itu.
SUDAH hampir dua jam mereka berjalan namun tidak juga mereka menemukan sesuatu.
Kaki mereka terasa lenguh.
"Ariel. Boleh tak kalau kita rehat dulu?" Laura berhenti berjalan dan memegangi lututnya yang lenguh.
"Hm. Kita rehat kat sini." Ariel menghentikan langkahnya.
Mendengar ayat rehat mereka semua mendesah lega. Mereka merebahkan punggung mereka diatas batu yang berdekatan.
"Ariel, dari tadi kita berjalan tak ada apa-apa pun." Xoel melihat Ariel yang baru sahaja duduk disebelahnya.
"Aku tahu."
"Habis, apa kita nak buat?" Xoel menanya lagi.
"Aku tengah fikir. Sementara tu, kita rehat dulu."
Xoel berhenti menanya Ariel dan membantu Ariel untuk memikirkan sesuatu.
Sementara itu, Kayna berbual bersama Reyra dan Laura.
"Korang yakin ke ini Stonecrystal?" Tanya Kayna.
"Entah. Tapi hati aku cakap ye." Reyra melihat keatas.
"Aku fikir Stonecrystal tu tempat batu-batu yang ada berlian." Kata Laura.
"Aku pun ada fikir macam tu juga. Tapi sekarang ni.... aku tak tahu." Reyra menyandarkan badannya dipokok.
"Apa kita nak buat sekarang?" Kayna pula yang menanya mereka.
"Tak tahu. Rasanya sekarang yang lain tengah fikirkan." Reyra menunjuk dimana sahabat lelaki mereka berada.
Grroaaaaaa
Tiba-tiba mereka mendengar sebuah bunyi. Mereka bangun dari duduk mereka dan berlari mendekati satu sama lain. Mereka berdiri membuat bulatan sambil berdiri bertentangan antara satu sama lain.
"Korang, apa benda tu?" Kayna mula rasa cuak.
"Tak tahu. Yang aku tahu benda tu kedengaran bahaya." Reyra menjawab.
Mereka semua memerhati sekeliling mereka. Bunyi pokok-pokok berdesir membuat kerisauan mereka semakin meningkat.
"Bersedia semua." Ariel memandang kearah bunyi.
Elementalist membuat langkah bersedia. Mereka mula menghidupkan kuasa mereka.
Diarah bunyi desiran pokok-pokok tadi, tiba-tiba muncul enam raksasa. Raksasa itu sangat besar. Dan ada enam jenis. Api, air, tanah, pokok, petir dan angin.
"Raksasa elemen?" Ariel terkejut melihat raksasa di hadapan mereka.
Raksasa api tiba-tiba menyerang mereka dengan bebola api. Mereka mengelak dengan melompat keatas dahan besar pokok yang berdekatan. Serangan raksasa tadi membakar pokok-pokok yang berada di laluannya.
"Berpecah semua." Ariel melompat dari pokok itu dan berlari kearah raksasa api.
Yang lain buat seperti yang Ariel arahkan. Mereka berlari kearah raksasa yang elemennya sama seperti mereka.
Mereka menyerang raksasa itu bersamaan. Mereka menggunakan tenaga yang banyak untuk mengalahkan raksasa itu.
Serangan mereka menghasilkan letupan yang kuat dan membuatkan pokok-pokok disekeliling mereka terpotong dan terbakar. Asap berkepul membuatkan mereka tidak dapat melihat raksasa itu.
"Berjaya ke?" Leo melihat letupan yang dihasilkan oleh mereka.
Tiba-tiba mereka diserang lagi.
"Tak belum." Ariel menjawab.
Asap tadi hilang dan menampakkan raksasa-raksasa itu. Raksasa itu masih utuh dan tidak pecah.
"Kenapa?" Kayna melihat raksasa air dihadapannya.
"Terukan menyerang." Ariel menyuruh mereka lagi.
Serangan demi serangan mereka berikan kepada raksasa itu namun tidak juga berhasil. Manakala serangan daripada raksasa itu pula mengena kepada mereka dan membuatkan mereka terluka.
Raksasa air menyerang Kayna sehingga membuatkan Kayna terpelanting.
"Kayna!" Ariel berlari kearah Kayna. Dia menangkap badan Kayna yang terpelanting. Disebabkan impak serangan raksasa air itu kuat, mereka berdua sama-sama menghentam pokok yang berada dibelakang mereka.
"Kau okay?" Ariel menanya Kayna.
"Ye, aku okay. Tapi kau?" Kayna bangun dari pegangan Ariel.
"Aku tak apa."
"Korang tak apa-apa?" Elementalist yang lain berlari menuju kearah mereka.
"Ye kitorang tak apa-apa." Ariel membantu Kayna bangun.
Ariel menyorok dibelakang pokok-pokok yang besar dibelakang mereka. Dia menarik tangan Kayna sekali bersamanya. Yang lain mengikutinya.
Raksasa-raksasa itu menyerang secara langsung. Pokok-pokok dihutan itu mereka serang sehingga membuatkan sebahagian hutan itu botak.
"Ariel, apa kita nak buat ni?" Leo menanya Ariel. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan untuk kalahkan raksasa itu.
"Apa kata kalau kita tukar lawan." Ariel memberi cadangan.
"Macam mana?" Reyra menanya.
Bum
Serangan daripada raksasa itu masih berterusan. Pokok-pokok sudah banyak yang tunbang disebabkan serangan itu.
"Kayna, kau ambil api, Leo kau ambil air, Laura petir, Xoel ambil angin, Reyra kau tanah dan aku ambil pokok."
"Kai yakin ni akan berjaya?" Kayna memandang Ariel.
"Tak tahu. Tapi tak salah cuba."
"Baiklah. Jom kita cuba." Xoel yakin dengan Ariel.
"Kiraan tiga kita serang sama-sama."
"Ok." Mereka semua bersedia. Hanya perlu menunggu Ariel sahaja.
"Satu."
Mereka mengumpulkan keyakinan dalam hati mereka.
"Dua."
Kuasa mereka dihidupkan.
"Tiga!"
YOU ARE READING
The Second Warriors [C]
خيال (فانتازيا)-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyangka hanya hari yang biasa. Namun apa yang disangkanya meleset apabila sesuatu luar biasa berlaku pada...