Episode 21

6.2K 394 19
                                    

HARI bermula seperti biasa dan Elementalist memulakan latihan pagi mereka. Kayna berlatih mengawal airnya. Sama seperti yang lain. Mereka juga berlatih mengawal kuasa mereka.

Bunyi sebuah tepukan membuatkan mereka semua berhenti daripada latihan mereka. Pada masa yang sama mereka melihat kearah pintu.

Disitu berdirinya seorang lelaki yang sangat dikenali mereka semua. Dia berjalan kearah padang latihan dimana Elementalist berada.

"Profesor Fiz. Apa profesor buat disini?" Xoel merupakan orang pertama yang bertanya.

"Sengaja." Jawab Profesor Fiz sambil tertawa. Yang lain kecuali Ariel memandang Profesor Fiz dengan pandangan tidak percaya.

'Dah umur 30 tahun pun masih nak bergurau ke?'

"Tak ada lah. Saya datang nak beritahy sesuatu."

"Beritahu apa?" Kali ini Ariel yang bertanya.

"Boleh kita masuk dalam? Kalau calao di sini sakit kaki saya nanti." Sekali lagi Profesor Fiz tertawa.

'Apa yang lawaknya?' Semua kecuali Ariel memandang Profesor Fiz tidak percaya untuk kali kedua.

Keenam-enam mereka berjalan dibelakang Profesor Fiz. Setelah berada didalam rumah, mereka duduk disofa diruang tamu.

"Apa yang Profesor nak beritahu?" Ariel bertanya lagi.

"Sebelum tu... Reyra, kamu dah beritahu mereka?" Profesor Fiz memandang Reyra diikuti dengan yang lain.

Wajah Reyra terkejut. Dia memandang kearah tempat lain dan mengigit bibir bawahnya.

"Beritahu apa?" Laura memandang Profesor Fiz. Wajahnya berubah tidak senang.

"Nampaknya tidak. Biar saya beritahu." Profesor Fiz menjadi serius. Yang lain kecuali Ariel, melihat Profesor mula berpeluh. Dilihat dari wajahnya, apa yang akan diberitahunya adalah bukan perkara biasa-biasa.

"Kamu ingat ketika perlawanan Reyra dan Fiona? Sewaktu Reyra diracun?" Mereka semua mengangguk.

"Healer yang memeriksa racun tu ada beritahu saya, racun itu ada kaitan dengan Shadow." Mendengar ayat 'Shadow' membuat keterkejutan mereka bertambah. Profesor Fiz melihat mereka satu persatu kemudian menyambung.

"Racun tu diperbuat dari satu jenis tumbuhan yang bernama poison ivy. Dan.. tumbuhan itu hanya ada dikawasan Shadow iaitu Shadowgrass."

"Shadowgrass? Seingat saya kawasan tu dilarang." Xoel bertanya.

"Memang."

Tapi macam mana Fiona boleh ada racun tu?" Leo menyambung.

"Mungkin.. Fiona adalah salah satu puak Shadow."

"Eh? Saya ingatkan Shadow hanya benda hitam tinggi pelik tu." Kayna membuka suaranya.

"Memang. Itu memang Shadow. Namun Shadow dan puak Shadow  berbeza.

Puak Shadow juga sebenarnya Altarian. Mereka ada kuasa mereka sendiri."

"Kalau Shadow?" Reyra menanya Profesor Fiz.

"Shadow.. ia bagaikan boneka. Ada yang mengawal mereka."

"Maksudnya, ada seorang diantara puak Shadow yang mempunyai kuasa untuk mengawal mereka, begitu?" Ariel mengutarakan apa yang berada difikarannya.

"Ya. Tapi kami tidak tahu siapa." Wajah Profesor Fiz berubah kecewa.

"Jadi, Fiona ialah salah satu daripada puak Shadow. Macam mana dia boleh ada di Wyston?" Reyra menanya lagi.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now