ELEMENTALIST berdiri dihadapan meja kerja Raja Ivan dengan Ariel berada dihadapan.
"Tuanku, kami hendak meminjam beberapa pedang diraja. Boleh tuanku izinkan?" Ariel menundukkan kepalanya sedikit.
"Sudah tentu beta izinkan. Cuma dengan satu syarat." Raja Ivan tersenyum manis memandang Ariel.
"Dan apakah syarat itu, tuanku?"
Mendengar kata 'syarat', Elementalist kecuali Ariel mula merasa risau. Mereka takut syarat yang diberikan adalah sesuatu yang buruk.
"Adinda beta harus memanggil beta sebagai 'Kekanda'." Senyuman Raja Ivan menjadi lebih lebar.
Elementalist sedikit terkejut.
'Ingatkan syarat apa lah tadi.' Mereka kecuali Ariel mendesah lega. Mereka memandang Ariel yang terdiam.
"Ariel?" Kayna pelik dengan apa yang berlaku pada Ariel.
"Ada apa dengan Adinda beta?" Senyuman masih tidak hilang dari wajah Raja Ivan.
"Ariel, cepatlah." Xoel menyuruh Ariel. Yang lain memandang Ariel.
"K..ke..kan..da.." Ariel menyebutnya dengan suara yang perlahan sehingga yang lain tidak mendengar apa yang disebutnya.
"Beta tidak mendengar apa yang Adinda katakan."
"Kekanda." Akhirnya Ariel mengatakannya. Sedikit rona merah muncul di pipinya.
"Baiklah. Kamu boleh mengambil seberapa banyak pedang yang kamu mahu." Senyuman Raja Ivan lebih lebar dari yang sebelumnya.
"Jom." Ariel memusingkan badannya dan terus berjalan menuju pintu dengan cepat.
"Hei, Ariel! Tunggulah." Yang lain terus mengikuti Ariel.
Setelah berada diluar bilik kerja Raja Ivan, Ariel mula melambatkan langkahnya. Dan Kayna berjalan di sebelahnya.
"Comellah kau tadi." Kayna berkata dengan perlahan. Dia tersenyum sedikit memandang Ariel.
"Tak. Mana ada."
"Hihi." Kayna tertawa kecilm
"Jangan ketawa." Rona merah tercetak di pipinya.
"Ookay."
Yang lain tidak mendengar apa yang dikatakan oleh mereka berdua kerana sibuk bercakap-cakap antara satu sama lain.
Mereka semua mengikuti Ariel kebilik simpanan senjata. Ada tiga pengawal yang berjaga dihadapan pintunya.
Sebaik sahaja Ariel dan yang lain tiba di hadapan mereka, pengawal itu membongkokkan badan mereka.
"Beta ingin meminjam beberapa pedang istana. Tuanku Ivan sudh mengizinkan beta." Cara percakapan Ariel membuat yang lain terkaku sebentar.
'Kali pertama.' Hanya itu yang berada dikepala mereka.
"Baiklah tuanku." Pengawal itu membukakan pintu bilik itu dan membenarkan mereka masuk.
Sebaik sahaja mereka masuk, Ariel mencarikan pedang untuk mereka. Dia memilih pedang dengan teliti.
Lima pedang yang masih baru Ariel pilihkan untuk sahabatnya. Dia menyerahkan pedang yang dipilihnya kepada mereka.
"Kau punya Ariel?" Leo menanya Ariel.
"Aku punya ada kat bilik aku."
"Dia kan putera kedua. Mestilah ada pedang istimewa kan.." Xoel berkata sambil melihat ketajaman pedang yang Ariel beri kepadanya.
YOU ARE READING
The Second Warriors [C]
Fantasy-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyangka hanya hari yang biasa. Namun apa yang disangkanya meleset apabila sesuatu luar biasa berlaku pada...