Suasana dirumah Elementalist sekarang sangat menegangkan. Bunyi letupan sana sini kedengaran dan sangatlah merisaukan hati yang mendengar.
Semua berkumpul diruang tamu rumah tersebut. Dengan keluasan rumah Elementalist, lebih beratus Altarian yang mampu berlindung dari serangan yang berlaku.
Ahli Elementalist masih belum remaja pada waktu ini. Jadi, mereka sekali berada bersama Altarian yang lain. Kerana mereka belum cukup kuat, mereka tidak dibenarkan untuk meawan Shadow yang menyerang. Mereka hanya ditugaskan untuk menjaga Altarian yang lain.
Jadi siapa yang melawan Shadow-shadow yang menyerang? Mereka ialah ahli The Council dimana Altarian yang paling kuat dan tentera Altar. Dan Profesor Fiz salah satu ahli The Council.
Ahli Elementalist sekarang sedang berjaga di ruang tamu. Memerhatikan Altarian lain yang kuasanya tidak kuat untuk berlawan. Mereka berbincang antara satu sama lain.
"Xoel. Aku nak tolong ayah aku." Ariel yang masih berumur 12 berasa risau. Takut terjadi sesuatu kepada ayahnya.
"Jangan la Ariel. Tadi ayah kau cakap kan kita kena tinggal sini lindungi Altarian lain. Lagipun kuasa kita tak kuat lagi." Xoel melarang Ariel untuk melakukan niatnya. Sekiranya dia keluar, hanya akan ada bahaya yang menanti.
"Aku tak kira. Aku nak tolong ayah aku jugak." Dia berlari keluar dan mencari ayahnya. Dan yang lain pula mengejarnya untuk membawa dia balik.
Ariel berjumpa dengan beberapa pengawal The Council yang sedang berjaga di beberapa kawasan. Dia tidak melihat kelibat ayahnya. Pencarian terus dicari olehnya. Ahli lain pula telah menyerah untuk membawanya dan terus berpatah balik keruang tamu meneruskan jagaan mereka.
Ariel melihat seseorang lelaki tinggi berambut hitam yang memakai perisai. Pedang ditangannya digunakan untuk melawan Shadow yang berkeras untuk masuk ke rumah Elementalist. Dia melawan semuanya bersama ahli The Council yang lain.
"AYAH." Ariel memanggil ayahnya. Dia mula berlari kearah ayahnya.
"Ariel! Apa kamu buat disini?" Ayah Ariel hendak berlari kearah anaknya. Namun dia harus tumpukan perhatian kepada Shadow yang makin lama semakin banyak.
"Ariel nak tolong ayah." Ariel sampai disebelah ayahnya. Menggunakan kuasanya yang masih lemah dia melawan beberapa Shadow.
"Jangan disini bahaya. Pergi masuk." Suruhan ayahnya dihiraukan oleh Ariel.
Satu Shadow yang bersaiz agak besar tiba-tiba menyerang Ariel. Ariel tidak dapat mengelak kerana kuasanya Shadow yang lebih kuat darinya. Tendangan dari Shadow itu menyebabkan Ariel terhempas jauh dari tempat berdirinya. Badannya menerima kesakitan yang amat sangat. Kemuadian satu lagi Shadow datang ke arahnya sambil menghunuskan tangannya yang tajam seperti mata pedang.
"ARIEL!" Ayah Ariel yang melihat anaknya kesakitan dan hampir dibunuh itu terus melarikan diri kearah anaknya. Dia memeluk anaknya menahan serangan dari Shadow. Namun dia tidak dapat mengelak serangan tadi sehingga ia mengena di jantungnya.
"AYAH!" Ariel terkejut melihat ayahnya yang ditikan dihadapan matanya sendiri.
"Ariel... Cepat...lari." Darah keluar dari mulutnya. Nafasnya semakin tersekat. Dan akhirnya jantungnya tidak berdegup lagi.
"A-ayah?" Keterkejutannya membuatkan Ariel tidak dapat menggerakkan badannya. Badannya kaku melihat ayahnya yang tiada nyawa melindungi dirinya. Air mata mula mengalir dari matanya.
Profesor Fiz yang berada berdekatan melihat mereka. Dia terus berlari kearah Ariel. Dia menggendong Ariel dan membawanya jauh dari situ.
Ariel tidak menolak. Otaknya tidak dapat berfikir dengan betul.
"Sejak hari tu, Ariel jadi lebih muram dan sedih. Dia anggap ayahnya mati disebabkan dia." Xoel menamatkan ceritanya. Kayna yang mendengar pula terkedu.
"Lepastu, apa jadi?" Kayna menanya soalan.
"Perang tu tamat setelah bantuan datang. Kita menang. Tapi kita juga kalah sebab kehilangan orang yang berharga." Reyra menjawab soalan Kayna dengan wajah yang sedih.
"Padahal dulu, Ariel ialah orang yang sangat murah senyum. Selalu ceria dan tak pernah sedih. Tapi selepas kejadian tu, dia terus berlatih tak kira masa. Dan kitorang langsung tak nampak senyuman di wajahnya lagi." Leo yang berdiam diri dari tadi terus bersuara. Dan Laura hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Leo.
"Kitorang harap.. akan ada bidadari datang entah dari mana pun bawa senyuman dia semula." Xoel mengutarakan apa yang ada didalam hati semua.
"Aku.. Aku akan berusaha bawa senyuman dia semula." Kayna berkata dengan wajah yang bersemangat. Lagipun dia juga hendak melihat senyuman Ariel yang tidak pernah dia lihat.
"Kitorang pun harap macam tu juga." Xoel tersenyum melihat Kayna.
"Aku rasa kau memang boleh ubah Ariel semua, Kayna." Kata-kata Laura menyebabkan Kayna memandangnya.
"Hah?" Semua orang juga memandang Laura serentak.
"Yelah. Sejak Kayna datang, Ariel bagi kita rehat kan. Sebelum ni ada ke?"
"Tak." Semua ahli Elementalist kecuali Kayna menjawab dengan serentak.
"Sejak Kayna datang, dia buat tak latihan keras dia tu?" Laura meneruskan pertanyaannya.
"Tak." Masih jawapan yang sama.
"Itulah. Semua yang buruk pasal Ariel dah hilang sejak Kayna datang."
"Betullah." Leo bersetuju dengan apa yang dikatakan Laura.
"Eh Merah. Sejak bila kau bersetuju dengan aku ni." Laura memandang Leo dengan mata yang tajam.
"Aku setuju dengan kau pun salah ke, hah? Dan lagi satu aku ada nama la, UNGU." Leo membalas ejekan Laura.
Laura dan Leo memandang antara satu sama lain. Pandangan tajam juga diberikan antara satu sama lain.
Xoel dan Reyra tidak menghiraukan gelagat mereka yang suka bergaduh.
"Apa yang dikatakan Laura tu betul." Xoel tersenyum ketika memberitahu Reyra dan Kayna.
"Ye, betul. Kayna,aku harap kau lah bidadari yang kitorang cari tuh." Reyra memegang bahu Kayna. Matanya bersinar memandang mata Kayna.
"A-apa korang ni?" Wajah Kayna mula merona kemerahan. Malu dikatakan sebegitu rupa.
"Kitorang yakin dengan kau Kayna." Xoel juga memandang mata Kayna.
"Okay. Aku akan berusaha. Tapi janganlah tengok aku macam tu." Kayna menutupi mukanya yang kemerahan dengan kedua-dua tapak tangannya.
'Comelnya.' Reyra yang melihat gelagat Kayna memujinya di dalam hati..
"MERAH'
"UNGU"
"MERAH"
"UNGU"
Ejekan Leo dan Laura masih belum berhenti dan itu membuat Xoel, Reyra dan Kayna memandang mereka.
'What a cute couple.'
YOU ARE READING
The Second Warriors [C]
Fantasy-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyangka hanya hari yang biasa. Namun apa yang disangkanya meleset apabila sesuatu luar biasa berlaku pada...