Episode 18

6.4K 388 4
                                    

Perlawanan penentuan diadakan pada hari ketiga. Hanya perlu menunggu ketujuh-tujuh peserta untuk tiba.

Tujuh? Fiona telah disingkirkan dari pertandingan kerana menggunakan racun dalam perlawanan.

Kayna berdiri di tempat biasa Elementalist. Dia bersama Ariel menunggu yang lain.

"Hei korang." Suara yang dikenali Kayna menyapa mereka. Kayna memusingkan badannya dan melihat Reyra berjalan kearah mereka.

"Reyra. Apa yang berlaku semalam? Kau tak apa-apa kan? Racun tu dah hilang kan?" Kayna terus menhujani Reyra dengan soalan. Bahu Reyra dipegang olehnya.

"Aku okay. Semua racun tu dah dikeluarkan." Reyra tersenyum meyakinkan Kayna. Namun fikirannya teringat apa yang dikatakan oleh healer semalam.

'Racun ini saya pernah nampak dulu. Ianya ada kaitan dengan Shadow.'

Kata-kata healer itu terngiang-ngiang dibenak kepalanya. 'Shadow..'

"Oh ye. Laura mana?"

"Nanti dia datang dengan Leo dan Xoel."

"Ooh.. Jomlah duduk." Kayna mengajak Reyra duduk disebelahnya. Mereka menunggu tiga sahabat mereka yang lain.

Ketiga-tiga orang yang disebutkan tadi datang bersamaan. Kayna yang melihat mereka terus menghala kearah Laura.

"L-Laura. Aku nak minta maaf untuk semalam." Kayna menundukkan kepalanya.

"Kenapa kau kena minta maaf pula? Inikan pertandingan? Aku faham la. Aku pun buat kau luka semalam."

"Tapi itu tak seteruk apa yang aku buat." Wajah Kayna menjadi lebih sendu. Dia merasa sangat bersalah.

"Aku pun sebenarnya nak buat benda yang sama juga. Cuma tak sempat." Laura tersenyum senget sambil tertawa. Kayna merasa lebih tenang mendengar gurauan nya.

Tiba-tiba Ariel datang kearah mereka.

"Korang okay ke?" Dia menanya mereka semua namun wajahnya tidak terpampang kerisauan langsung.

"Ye kitorang okay." Xoel menjawab pertanyaan Ariel.

'Senyumlah kalau ye pun.' Semua yang melihat Ariel memikirkan perkara yang sama. Masalah Ariel tidak pernah selesai.

Ryan juga sudah tiba. Dia juga berkumpul ditempat Elementalist kerana diarahkan oleh pengadil. Pengadil akan membuat penerangan kepada mereka sebelum pertandingan bermula.

"Perlawanan pertama adalah antara Kayna Silveria dengan Reyra Grana. Sekiranya Kayna Silveria menang, Reyra Grana, kamu akan melawan Laura Avina untuk menentukan tempat kedua dan ketiga. Namun sekiranya Reyra Grana yang menang, pertandingan untuk kategori perempuan tamat.

Untuk lelaki pula, Ryan Vallin akan melawan Leo Melle untuk mendapatkan tempat ketiga. Ariel Castelan dan Xoel Canlas akan berlawan untuk mendapatkan tempat pertama.

Faham semua?"

"Faham." Keenam-enam mereka menjawab secara serentak. Ariel hanya mengangguk sahaja.

Beribu Altarian mula datang untuk menyaksikan perlawanan penentuan hari ini. Bilangan mereka semua lebih banyak berbanding kedua-dua hari lepas.

Seperti yang dikatakan oleh pengadil, perlawanan pertama adalah antara Reyra dan Kayna. Mereka berdua berjalan bersama-sama menuju ketengah stadium.

"Sedia Kayna."

"Tu dah mesti." Kayna tersenyum lebar.

Mereka berdua memang bersahabat, namun sekiranya ditengah-tengah stadium mereka menjadi musuh.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now