Kayna berjalan bersama dengan Reyra dan Laura untuk menuju ke kelas mereka. Kemasukan Kayna telah diuruskan oleh Profesor Fiz, iaitu profesor yang menjadi guru khas kepada elementalist.
"Reyra. Sebelum ni kau cakap belajar kuasa asas kan? Kuasa asas tu apa?"
Kayna mengingat semula apa yang dikatakan Reyra dua hari lepas."Kuasa asas macam membuka portal. Kau kena pandai buka portal kalau nak pergi tempat yang agak jauh."
"Buka portal je?"
"Banyak lagi. Contohnya, belajar berlawan guna pedang, tunggang kuda, dan cara untuk mengesan kuasa."
"Ada belajar guna kuasa air aku ni tak?"
"Tak de. Sebab kuasa kita ni hanya kita je yang ada. Kuasa kau tu nanti kitorang akan tolong kau."
"Ooh."
"Kayna, kelas kita dah sampai." Laura menyampuk perbicaraan mereka setelah tiba dikelas mereka berdua.
"Okay la aku masuk kelas aku dulu. Bye." Reyra pun menuju ke kelasnya.
"Eh? Reyra tak sekelas dengan kita ke?" Tanya Kayna kepada Laura.
"Tak. Sebab Reyra tu pelajar kelas pertama dan kita pelajar kelas kedua."
"Ouhh."
"Jom masuk sebelum profesor datang. Semua profesor kelas ni garang tau. Haha." Sempat lagi Laura bergurau dengan Kayna. Kayna pula hanya membalasnya dengan ketawa.
"Hai semua. Nama saya Kayna Silveria. Pelajar baru kelas ni. Selamat berkenalan." Kayna memperkenalkan dirinya dihadapan pelajar kelas barunya itu.
"Baiklah Kayna, duduk di tempat kamu. Kita akan mulakan kelas kita."
"Baik prof." Setelah itu dia kembali ke tempat duduknya iaitu disebelah Laura. Juga di bahagian paling akhir dan sebelah tingkap.
Kelas pertama Kayna berjalan dengan lancar. Dia juga belajar menggunakan pedang pada kelas keempat dan membuka portal pada kelas selepasnya. Kelas menunggang kuda pula ialah kelas ketiga. Tiada masalah yang timbul selama masa pembelajarannya dan ia membuat Kayna lega.
Habis sahaja persekolahan, Reyra menunggu Kayna dan Laura dihadapan pintu mereka.
"Macam mana kelas tadi? Okay ke?" Tanya Reyra kepada Kayna.
"Okay je. Tapi ada kena denda sikit sebab tidur waktu kelas sains tadi. Tak sangka pulak kat sini pun belajar sains." Kayna tersenyum senget ketika memberitahu Reyra.
"Haha. Kau ni kan Kayna." Reyra mentertawakan Kayna.
"Tapi kan Reyra.. Kayna tadi hebat tau. Waktu belajar tunggang kuda, buka portal, dan main pedang.. Prof baru terang sekali dia dah boleh buat dengan sempurna tau.. Hebat." Laura memuji Kayna apabila mengingat sesi pembelajaran mereka tadi.
"Apa yang hebatnya Laura. Kau ni melebih la. Lagipun belum sempurna lagi apa yang aku belajar tadi."
"Baguslah tu Kayna. Teruskan usaha." Reyra pula yang bersuara menyebelahi Laura. Kayna menjadi lebih bersemangat mendengar kata-kata Reyra.
"Kita kena balik sekarang. Kita kena ajar cara guna kuasa kau. Kalau lambat, nanti Ariel pulak yang denda kita." Reyra mengingatkan mereka berdua.
"Okay." Laura dan Kayna menjawab dengan serentak. Mereka terus menuju ke rumah elementalist dengan cepat takut didenda Ariel.
Sekarang semua ahli elementalist berada di padang latihan di rumah mereka. Ariel sedang cuba untuk mengajar Kayna mengawal kuasanya manakala yang lain pula berlawan antara satu sama lain.
"Cuba kumpulkan kuasa kau kat tangan kanan kau lepastu kawal air dalam kolam depan kau ni."
"Okay aku cuba." Kayna cuba membuat apa yang diterangkan oleh Ariel. Dia mula merasakan kuasanya berkumpul di tangan kanannya dan dia fokuskan fikirannya pada air dihadapannya. Sedikit air dikolam itu naik sedikit mengikut arah gerakan tangan Kayna.
"Ariel. Aku berjaya." Kayna gembira melihat dia berjaya mengawal kuasanya walaupun masih sedikit.
"Bagus. Teruskan usaha. Nanti kau makin bagus." Ariel memuji Kayna atas usahanya namun Kayna tidak gembira dengan pujiannya.
'Cuba puji aku sambil tersenyum ke apa ke. Barulah aku boleh gembira.' Itulah apa yang berada di fikiran Kayna. Masalah yang sama pada Ariel, iaitu tiada perasaan.
"Wahh! Baguslah Kayna. Baru belajar dah boleh buat." Laura yang tadinya berlawan dengan Reyra tiba-tiba datang memuji Kayna.
"Hahaha. Terima kasih Laura."
"Laura. Pergi berlatih." Ariel menyuruh Laura sambil memberikan pandangan tajam kepadanya.
"Y-yelah." Laura yang diberikan pandangan sebegitu terus kecut. Dia pun pergi ketempat berlatih dengan Reyra.
'Tak faham ke orang nak rehat sekejap. Dari tadi aku berlawan dengan Reyra. Dah la aku tak menang langsung.' Laura mengumpat didalam hati sambil mencebik.
"Kena marah ke. Padan muka. Haha." Leo mengejek Laura yang baru dimarahi.
"Diamlah kau, Leo." Laura berasa geram kerana diejek oleh Leo.
"Leo. Jangan ejek orang. Sambung." Xoel pula yang memarahi Leo dan itu membuat Laura mentertawakannya pula.
"Tulah. Siapa suruh ejek aku. Kan dah kena sama. Wekk." Laura menjelirkan lidahnya pada Leo. Dan akhirnya dia mendapat ketukan dikepalanya oleh Reyra.
"Sambung Laura."
"Haha. Okay, okay." Dan mereka pun melanjutkan latihan yang tertunda tadi.
Berbalik pada Kayna dan Ariel pula, Kayna sudah boleh mengawal lebih banyak air daripada tadi dan ia membuat Kayna menjadi lebih gembira dan penat. Kayna masih baru dalam hal ini, jadi tenaganya masih sedikit.
"Rehat untuk 30 minit lepas tu datang balik." Ariel yang melihat Kayna kepenatan memberikan rehat kepada Kayna.
"Okay. Terima kasih." Kayna terus pergi ke dapur untuk mengambil air untuk diminum. Selepas itu dia keluar lagi untuk melihat latihan berlawan yang lain. Dia duduk disebelah Ariel yang juga sedang melihat mereka.
"Bila aku boleh berlatih lawan pedang?"
"Lepas ni."
"Okay." Kayna yang mendengar ayat itu terus menjadi lebih gembira.
Setelah habis masa rehat dan tenaga Kayna sudah kembali. Dia memulakan lagi latihannya dan dia berlatih berlawan pedang dengan Ariel.
YOU ARE READING
The Second Warriors [C]
Fantasy-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyangka hanya hari yang biasa. Namun apa yang disangkanya meleset apabila sesuatu luar biasa berlaku pada...