Bab 5

58.8K 3.7K 252
                                    

Keadaan sekeliling yang kelihatan asing aku perhatikan, sudah banyak kali aku cuba mengingati di mana aku berada namun hampa dan berakhir dengan keluhan. Tiada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan tempat ini pernah aku jejaki. Ingatanku mula berputar, mengingati kembali apa yang terjadi.

Bagaikan ada satu pintasan cahaya lalu di benak fikiran, menghampar kisah yang terjadi sebentar tadi. Aku pergi ke majlis resepsi pernikahan Airil dan dia kelihatan sangat bahagia. Itu yang membuatkan aku kecewa sampai menangis. Aku keluar dari hotel dan terus telefon Tiara supaya dia datang menjemputku tapi orang lain yang jawab panggilanku.

Aku bangun lalu menuju ke arah pintu bilik, kepala kujengukkan ke luar. Dari pemerhatian aku, ini macam rumah Tiara. Aku toleh ke belakang, memerhatikan bilik ini. Rupanya bilik tetamu yang berada di hujung penjuru rumahnya. Aku capai tas tangan yang diletakkan di atas meja lampu.

Seingat aku tadi, aku call Tiara supaya dia datang ambil aku tapi orang lain yang jawab dan aku rayu 'orang lain' itu supaya menjemputku. Sampai saja dia ke sana, dia peluk aku dan kemudian kami masuk ke dalam kereta. Aku tertidur di situ, bangun saja aku berada di sini.

"Tia!" Aku panggil nama Tiara namun tiada sebarang sahutan. Kaki terus menghayun langkah ke ruang tamu. Televisyen yang terpasang aku padang sekilas sebelum beralih ke arah sofa, ada seseorang berada di situ.

"Dah bangun?" Dia menoleh ketika aku sibuk memerhatikannya dari belakang.

"Kenapa tengok I macam tu?" Dia bertanya lagi dengan tawa dihujungnya, mungkin lucu dengan caraku memandangnya. Dari berbaring dia mula berdiri memandang ke arahku.

"Tiara lupa nak bawa phone dia. Jadi I jawab call you. Masa dalam kereta tadi, you tidur lena sangat." Terjawablah pertanyaanku bagaimana aku boleh berada di sini.

"Tiara dah balik ke belum?" Mataku mencari jam yang tergantung di dinding, sudah pukul satu pagi.

"Well I guess you know where is she," katanya lagi. Tengok pada waktu sekarang, aku tahu dia berada di mana. Tiara jenis yang bersosial, suka berparti sana-sini. Sampaikan aku juga terikut sama, kalau tak kerana aku ikut Iskandar ke majlis Airil pasti aku juga bersamanya ketika ini.

"You duduk dulu, I buatkan air."

Aku hanya menurut apa yang dia katakan, dia pula mula menuju ke dapur. Perlawanan bola sepak di kaca televisyen tidak menarik minatku, hujan di luar makin lebat kedengaran, waktu dia jemput aku sebentar tadi hanya gerimis sahaja yang turun. Fikiranku mula teringatkan dia, Rayqal ke?

"Actually, I was wondering what are you doing there?" Dia kembali kali ini dengan kedua-dua belah tangannya memegang mug, satu dihulurkan kepadaku. Dia mula mengambil tempat duduk di sofa bersebelahan, matanya mula memandang aku dari atas ke bawah.

"Hah?"

"I ambil you kat bahu jalan, siap menangis lagi. You buat kat hotel tu?"

"Wedding." Jawabku pendek. Dia pandang aku lagi, sepertinya tidak berpuas hati dengan jawapan yang ku beri.

"My ex punya wedding." Aku bagi jawapan penuh dan dia angguk.

"Ahh— I see. No wonder."

Aku mula menghirup air kopi, dia turut melakukan perkara yang sama. Padangan mata kami bertaut seketika sebelum aku bertanyakan sesuatu.

"You Rayqal kan?" Aku tanya untuk dapatkan kepastian. Dia angguk tanda mengiyakan. Rayqal kelihatan sungguh berbeza kalau nak dibandingkan dengan dulu.

Makin kacak.

"Masa sekolah dulu..."

"Masa zaman I jadi driver Tiara." Dia tergelak selepas itu. Beza usia kami hanya setahun, ketika itu Rayqal sedang bercuti. Tiara kata sepupunya itu tinggal di rumahnya sementara, kerana itu boleh datang jemput Tiara ketika pulang dari sekolah.

"Ada satu lagi yang buat I curious." Rayqal berkata setelah agak lama kami berdiam.

"You went to your ex's wedding? Seriously?" Matanya memandang ke arah anak mataku. Seakan tidak percaya yang aku mampu ke sana.

"Yes. Why? Sounds ridiculous and stupid at the same time right?" Ikut Iskandar ke majlis perkahwinan Airil merupakan salah satu benda terbodoh aku buat dalam hidup aku. Hanya kerana ingin puaskan hatinya, aku pergi walaupun sudah tahu ini yang akan terjadi.

"Tak bukan macam tu. Cuma pelik, tak pernah di buat orang."

"I pergi sana sebab nak puaskan hati adik I." Aku menceritakan kenapa aku boleh ke sana. Rayqal yang masih lagi memandangkan ke arahku kini menjadi pendengar masalah yang membelengu aku.

"Tapi I tak fikirkan pasal hati sendiri." Tubir mata sudah mula hangat, manik jernih mula terbit. Aku tarik nafasku yang sedalam yang mungkin sebelum dilepaskan.

"I thought I was strong enough to handle this but I was wrong. Rasanya sakit sangat, Rayqal."

Air mata yang tadinya aku tahan akhirnya turun membasahi pipi, tangan aku tekupkan ke muka manakala bahu sudah mula terhinjut-hinjut. Tangisanku sudah tidak dapat disembunyikan lagi, Rayqal yang tadinya duduk di sofa lain kini berada di tepiku. Tangannya dilingkarkan di bahu, dia membawa aku ke dalam pelukannya.

"Shhhh, jangan nangis."

Semakin kuat tangisanku kedengaran selepas itu. Ini kali pertama ada yang datang memelukku ketika aku perlukan seseorang disaat aku kecewa. Tiara ada disisi aku sebagai pendengar tapi Rayqal ada untukku ketika aku perlukan bahu untuk menangis.

"Dia nampak gembira sangat..." Aku berkata lagi dengan tangisan. Bahagian baju di dada Rayqal sudah basah kerana air mata. Bila berada dekat dengannya begini, aku rasa hati yang terluka seperti sedang dirawat.

"We were in relationship for 10 years. He promised me everything." Bila diluahkan apa yang terbuku di hati, perasaan lega mula hadir. Airil janjikan dia tidak akan pernah tinggalkan aku, akan selalu berada di sisiku. Dia kata hanya aku di hatinya dan hanya aku dia cintai. Tapi itu cuma janji yang termetrai di bibirnya sahaja.

"Tapi tiga bulan lepas, dia minta putus." Air mata yang tadinya kering kembali semula. Tanganku mula menggenggam erat baju Rayqal. Dia masih lagi di posisi tadi, memelukku dengan erat. Memberi kekuatan dengan cara ini.

"Mama dia paksa dia kahwin dengan perempuan lain tapi yang I nampak tadi, dia nak nampak happy sangat." Mengingatkan kembali senyuman Airil di sisi isterinya tadi, hati aku diruntun kecewa. Sangat hancur.

"Dan dia kata dia tak cintakan I lagi, Rayqal." Aku angkat sedikit wajahku untuk memandang Rayqal. Tangannya mula naik ke pipi aku, menghapuskan tangisan yang semakin bertambah.

"Kenapa dia janji macam-macam dulu kalau dia nak sakitkan hati I macam ni?" Aku tanyakan soalan yang Rayqal tidak akan tahu jawapannya.

Dari sekolah lagi aku dan Airil bercinta, terlalu lama kami bercinta kerana selepas habis sahaja persekolahan masing-masing sibuk untuk menyambung pengajian. Walaupun jarak memisahkan kami tapi hati tetap utuh untuk saling mencintai. Masuk tahun ke sembilan kami bercinta, ketika itu aku dan dia sudah berkerja. Airil utarakan rancangannya supaya kami bertunang tapi aku menolaknya kerana waktu itu aku sibuk bantu Iskandar uruskan syarikat papa. Beberapa bulan sebelum Airil minta putus, dia mengingatkan aku kembali tentang rancangannya itu. Aku bersetuju dengan syarat kami bertunang dan berkahwin pada hari yang sama.

"Do you still love him? After everything he did?"

Aku angguk setelah mendengarkan pertanyaannya, aku masih lagi cintakan Airil setelah apa yang dia lakukan. Bukan mudah untuk melupakannya setelah apa yang terjadi, sepuluh tahun dia ada bersamaku. Mana mungkin aku boleh melupakan cintaku terhadapnya.

"I masih lagi sayangkan dia lepas apa yang dia buat. Tapi apa yang I dapat hanya kecewa. Hati ni sakit sangat."

Aku melonggarkan pelukan Rayqal. Sudah hilang batas pergaulan yang aku jaga selama ini selepas kecewa ditinggalkan Airil. Rayqal sudah memelukku dua kali tapi aku biarkan saja kerana pelukannya begitu mendamaikan Kali ini tanganku pula raih, digenggam seeratnya.

"Apa yang I boleh buat supaya you tak rasa kecewa lagi macam ni?"

❀❀❀

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now