Tajuk tukar lagi gaisss 😂 ni dah kali ke 4 lol hahaha tahun lepas 2 kali, tahun ni 2 kali 😹 bukan untuk dimiliki rasa macam tak sesuai. Guna title ni dulu sebelum hakak jumpa yang sesuai ok 😇
"Sepupu you tu ada masalah mental ke? Or split personality disorder?" Aku bertanyakan soalan itu kepada Tiara yang berada di hujung talian dan dia hanya tergelak.
"Kenapa you tanya macam tu?" Dia soal aku balik.
"Entah, I terserampak dengan dia semalam." Aku mereka-reka cerita yang tidak pernah terjadi, takkan nak cerita benda betul kat Tiara. Lagi pun dia tidak tahu aku dan Rayqal pernah berhubungan.
"Dengan sorang perempuan ni—"
"Perempuan? Hahaha dia memang macam tu lah."
"Macam tu macam mana?"
"Mudah rapat dengan perempuan, awal minggu tu akan nampak lovey-dovey. Bila dia dah bosan, dia akan tinggalkan." Aku terdiam mendengarkan kata-kata Tiara.
"Sebab tu I warning you awal-awal, jangan dekat dengan dia."
Sepatutnya aku dengar amaran Tiara dari awal lagi, aku seharusnya menjauhi Rayqal dari mula lagi tapi yang aku buat? Aku percayakannya yang berjanji untuk hilangkan rasa kecewa kerana ditinggalkan. Tapi yang aku dapat adalah sebaliknya.
"Dia jadi macam tu bersebab." Tiara mula berkata lagi, kali ini aku semakin berminat untuk mendengar mengenai Rayqal.
"Abang dia, Rayfal tu dulu pernah patah hati dengan sorang perempuan ni." Tiara memulakan ceritanya.
"Sampaikan jatuh sakit, dua bulan lepas tu Rayfal meninggal."
Aku mula mengangguk tanda faham, akan ada sebab seseorang itu berubah. Dalam kes Rayqal ini, abangnya yang kecewa tapi dia yang turut sama terkena tempiasnya. Tapi aku rasakan bukan setakat itu saja, jiwanya seperti sedang sakit. Merena kerana sesuatu.
Perubahannya ketika bersamaku semalam meyakinkan lagi tekaanku. Rayqal yang aku kenal masa mula-mula dulu, seorang yang baik, karakternya yang tampak sempurna dan juga tutur bicaranya yang lembut akan membuatkan sesiapa saja akan jatuh suka kepadanya. Tapi bila sisinya yang satu lagi hadir, aku bagaikan tidak mengenalinya lagi.
"Tapi Rayqal tu sebenarnya baik sangat." Tiara di hujung talian berkata lagi. Dia pernah cerita yang Rayqal mengubah dirinya kepada sekarang.
"Sebab tu I suka dia."
"Hah?" Aku mula tercengang mendengarkan apa yang Tiara katakan sebentar tadi. Tiara suka Rayqal?
"Sebelum family dia ke UK, dorang tinggal dekat dengan rumah I. Dari kita orang kecil lagi I suka dia."
Kali ini aku terdiam pula. Tidak berkata apa-apa, hanya mendengar dia bercerita mengenai zaman kanak-kanak dan remajanya bersama Rayqal. Betullah apa yang aku rasa pada malam tu, Tiara sukakan Rayqal. Kalau bukan, tak adanya siap buat majlis bagai. Lepas tu kalau bercakap pasal Rayqal mesti akan tersengih macam orang tak betul.
"I ada kerja, nanti kita cakap lagi tau. Atau pun you datang je sini, lately you jarang sangat datang rumah I."
"Okay Tia."
Talian dimatikan selepas itu, aku mula memandang ke arah siling. Termenung mengenangkan isi hati Tiara mengenai Rayqal, cinta yang terpendam dan kasih yang disembunyikan.
Kalau tidak terjadi apa-apa antara aku dengan Rayqal semalam, aku akan tetap menjauhinya kerana Tiara. Aku tidak mahu bergaduh dengannya kerana seorang lelaki. Tiara kawan yang terbaik pernah aku ada selepas Ayreen.
Ada sudah sebab-sebab yang kukuh untuk menjauhi Rayqal, pertama dia bukan lelaki yang sesuai untuk aku. Kedua ada ciri-ciri psiko dan ketiga, jenis yang cemburu tak bertempat dan akhir sekali, Tiara sukakannya.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dimiliki
RomancePertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia se...