Bab 64

48.6K 3.4K 620
                                    

Dari jauh dia mencari anak mataku lalu direnung tepat ke dalam, satu senyuman manis diukirnya untukku. Aku menjadi perhatian berpasang-pasang mata si dara apabila dia berkelakuan seperti itu, kecewa yang terpalit pada wajah mereka kerana jejaka berbaju melayu dan berseluar slack yang sedang memetik gitar di bawah gazebo itu adalah kepunyaanku. Tanpa mempedulikan pandangan mata dari mereka yang tidak aku kenali, aku berikan perhatian kepada Zarif sepenuhnya.

Dua buah khemah yang terpacak di halaman depan banglo dua tingkat ini kembali dipenuhi tetamu memandangkan kedua-dua khemah diletakkan di kiri dan di kanan gazebo, tempat yang dijadikan pentas kecil. Hari ketiga berada di Kelantan, Zarif mengajak aku datang ke sini, kenduri. Sedang enak menjamu selera, anak tuan rumah mempelawa Zarif untuk menyanyikan sebuah lagu.

Saat ku merindukan dirimu
Jiwa meronta kau ku damba
Oh gerhanalah seluruh pancaindera

Bunyi petikan gitar sudah hilang ketika rangkap pertama lagu Sonata Musim Salju dilontarkan dengan penuh perasaan, jari-jemarinya yang tadi leka menari di tali gitar kini memegang erat microphone yang masih lagi dipegang oleh mic stand. Aku menumpukan sepenuh perhantian kepadanya.

Ku hilang dalam memori cinta
Membakar seluruh jiwa raga
Hanya kau untukku
Kau tiada dua

Pandangan mataku beralih ke arah gadis yang duduk di sebelah Zarif ketika dia menyanyikan rangkap kedua, adik pengantin perempuan. Apa nama dia? Mas? Ha! Mastura. Aku ingin mengelak dari memikirkan perkara yang bukan-bukan tetapi renungan mata itu ketika memandang Zarif membuatkan aku terus membatalkan niat itu.

Bagaikan siang tiada mentari
Bagai malam tiada cahaya purnama
Tanpamu tiada erti hidup berdua
Ke akhir masa kau ku cinta

Aku terus abaikan perasaan tadi apabila suara lunak milik Zarif kedengaran. Apabila Mastura menyambung rangkap seterusnya, aku masih lagi memandang ke arah Zarif, bagaikan ada magnet supaya aku tidak mengubah posisi lain.

Bagaikan syurga tanpa bidadari
Kau ibarat hembusan nafas terakhir
Pulanglah sayang usah kau berpaling
Di sini ku pasrah menanti

Zarif dan Mastura berpandangan antara satu sama lain sebelum bersatu untuk bergabung bagi menyempurnakan rangkap itu.

Dikau bak salju ditiup bayu
Kan rebah di pangkuan bumi
Ku yakini kasih
Restu Illahi

Kedengaran sorakan ketika Zarif menarik suaranya sewaktu menyanyikan baris terakhir. Tapi ada satu perkara yang membuatkan aku gelisah. Walaupun Zarif mengalihkan pandangan matanya ke arah lain, Mastura masih lagi setia dengan posisi yang sama, mengharapkan Zarif memandang ke arahnya lagi.

"Nok tahu dok? Kak Mas tu nok ko Abe Am jak dulu lagi," bisik Aqilah tepat di telingaku ketika Mastura menyanyikan korus pertama dan kedua.

"Nok?" Tanyaku terpinga-pinga, nada suara masih lagi dikawal supaya tidak didengari oleh orang di sekeliling.

"I mean, Kak Mas sukakan Abang Am dari dulu lagi." Bila diberitahu kembali tanpa menggunakan sebarang dialek, barulah aku faham.

"Macam mana Aqilah tahu?" Tanyaku lagi.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now