Bab 57

47.8K 3.7K 1K
                                    

"Dah ada nama?"

"Nur Arina Ilisha."

Aku tersenyum tipis setelah mendengar sebaris nama yang disebut. Bayi yang berada di dalam dukungan Ilya aku pandang seketika, bibir kecilnya menguap seiring dengan kedua-dua belah kelopak matanya terbuka. Masa berlalu dengan pantas sekali, pagi tadi Ilya selamat melahirkan seorang bayi perempuan, kedua-duanya sihat.

Setelah mengetahui tentang hal ini, Zarif mengajak aku ke sini. Aku bantah pada awalnya kerana kami masih lagi bergaduh namun apabila papa campur tangan, aku mengalah dan mengikutnya. Renungan dari Ilya ketika aku sampai tadi membuatkan aku tahu, dia tidak senang akan kehadiranku di sini. Kerana ini juga aku berdiri agak jauh dari kelompok mereka sekeluarga.

"Nanti giliran Am bagi mama cucu." Aunty Aliyah tiba-tiba mencelah, aku menapak lagi ke belakang.

"Tak ada rezeki lagi," kata Zarif dengan nada yang perlahan. Kedua-dua belah kelopak mataku terbuka luas apabila dia memaut jari-jemariku erat.

"Nanti ada la rezeki tu. Cuba," sambung Aunty Aliyah lagi. Aku hanya diam.

Cuba? Mati hidup balik pun aku tak akan cuba. Mempunyai anak bersama Zarif? Dalam mimpi pun tidak akan terjadi apatah lagi realiti. Kalau terjadi sekali pun, itu akan menjadi mimpi ngeri bagiku. Kalau dia tidak melayanku sebegitu, aku tidak akan jadi begini. Sampai sekarang aku masih lagi teringat bagaimana aku bangun pada pagi itu, tanpanya di sisi. Ternyata telah ditinggalkan sendirian.

"Kalau boleh, cucu lelaki pulak."

"Mama ni siap buat request lagi," sampuk Airil pula.

"Kalau perempuan lagi, mama okay je." Senyuman manis terlakar dibibirnya.

Aku ingat lagi ketika papa dan dia bercerai, dia ada mengatakan sesuatu. Apa pun yang terjadi aku tetap anaknya walaupun sudah tiada sebarang ikatan dan sampai bila-bila aku menantunya. Sampai sekarang aku pelik dengan dia, katanya dia berkahwin dengan papa kerana Zarif. Ada beberapa kali aku asak dengan soalan kenapa namun dia kata, aku perlu tanya Zarif sendiri.

Papa pula kata, aku sudah banyak berubah selepas pulang dari tanah suci dan dia pula kata, aku dan Zarif kelihatan sangat bahagia. Sudah tiada alasan untuk meneruskan perkahwinan itu, lebih baik dileraikan terus ikatan yang tidak mempunyai makna lagi. Aku jadi pening bila memikirkan mereka berdua.

"Sini, biar tok ma dukung." Aku tersedar apabila terdengar bunyi rengekan dari Arina. Aunty Aliyah mengambil si kecil dari pangkuan Ilya. Airil pula meminta diri sebentar tadi untuk ke tandas.

Aunty Aliyah membawa Arina ke dalam dukungannya lalu di bawa si kecil ke arah tingkap yang sudah ditutup. Zarif pula menyusul ke sana, sesekali dia menyentuh pipi Arina. Terus aku alihkan pandangan mataku ke arah lain, tidak mahu melihat situasi itu. Jam di tangan aku tatap, sudah jam sepuluh malam.

"Ilya..." Aku berhenti seketika sambil memandang ke arahnya. Peluang ini perlu digunakan dengan sebaiknya.

"Hurm..." Aku sudah kematian kata-kata. Fikiran sudah menyusun kata dari awal lagi namun mulut begitu sukar untuk meluahkan.

"Aaaa-" Kepala yang tidak gatal menjadi mangsaku, dengan kadar yang perlahan aku menggarunya. Aku ingatkan diri sendiri sekali lagi, itu memang salahku dari dulu lagi dan aku yang patut minta maaf.

"Nak cakap apa?" Ilya pula bertanya setelah agak lama membisu.

"Kak Sya nak minta maaf." Terus terpacul ucapan itu.

"Okay." Setelah agak lama, barulah dia memberi respon.

"I know it's hard for you but I'm really sorry. Take your time, kalau bukan sekarang maybe lain kali." Suaraku sudah berubah dan mata pula ingin menangis apabila terkenangkan khilaf di masa lalu.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now