Bahagian I

66.1K 2.4K 552
                                    

BAHAGIAN I
BUKAN UNTUK DIMILIKI

Yang cuba memilikimu
Bukan hanya aku

━━━━━━━━⊱✿⊰━━━━━━━━


2008

Punggung dilabuhkan di atas kerusi dan satu keluhan berat kedengaran, beriringan menemani kesunyian. Kepalanya direbahkan di atas meja, bagaikan hilang separuh nyawa kerana keletihan. Jauh fikirannya menerawang memikirkan sesuatu manakala mata kembali melilau memerhatikan suasana yang lengang namun sesekali kedengaran suara dari luar sana. Kalau tidak kerana si pemilik suara menyebut nama seseorang, dia akan biarkan saja.

"Look at him, my God! Rasa macam jatuh cinta lagi." Suara teruja yang mengungkapkan kata itu menarik langkah kakinya untuk menghampiri.

"Dah sepuluh kali kau cakap macam tu. Bosanlah, Delina"

"Biarlah! Aku rasa dia hensem." Bibir merekah dengan senyuman ketika memerhati setiap gambar yang dirakamkan sebentar. Tiada istilah 'curi ambil' atau 'ambil senyap-senyap' baginya ketika merakamkan setiap detik gambar seorang lelaki yang berjaya mencuri hatinya. Lagipun ini merupakan tahun terakhir mereka bersekolah di sini, jadi dia harus menggunakan peluang ini sebaiknya.

Farisya memerhatikan Delina dan Sophia dari tingkap, kedua-duanya duduk bersila di hadapan kelasnya. Delina sibuk dengan kameranya manakala Sophia pula termenung sambil mendengar suara si sahabat. Farisya alihkan pandangan matanya ke arah botol air yang berada di atas meja berdekatan, akalnya merencanakan sesuatu dan bibir terukir sinis. Dia pasti Amalia tidak akan marah kerana semua rakan-rakannya tidak berkenan dengan perangai si Delina.

Ratu gosip.

Kaki penipu.

Batu api.

Apa lagi?

Pengerusi kipas-susah-mati Airil Zafran.

Masuk saja ke sekolah ini awal tahun lepas, Delina sudah mengecopnya sebagai musuh utama. Kerana apa? Si pujaan hati, si pengarang jantung dan si pemanah hati berjaya ditawan oleh budak baru. Kadang-kadang Farisya mahu adakan satu majlis 'ketawa berjemaah' khusus untuk Delina kerana dia yang menjadi pilihan Airil. Kata Delina, dia telah memusnahkan angan-angan yang dikaitnya dari tingkatan satu lagi. Kehadirannya selama setahun telah memusnahkan impian itu, bukan Delina saja tapi orang lain juga.

"Kau tahu tak abang si Airil tu datang sini tadi?"

Langkah Farisya terhenti lagi apabila Sophia membuka topik baru. Abang si Airil? Datang sini? Fikirannya terfikirkan sesuatu. Sepanjang setahun mereka menjadi pasangan kekasih, dia tak pernah berjumpa dengan abang dan adik Airil. Ibu dan ayah Airil sudah bercerai, jadi mereka adik-beradik tidak tinggal serumah.

"Last nampak dia masa kita form one dulu, dia form four. Kejap je, lepas tu dia pergi MRSM." Delina khusyuk

"Muka sama." Sophia menyambung ceritanya.

"Dah nama pun adik-beradik."

"Sumpah macam kembar."

"Airil tetap lain." Delina masih lagi dengan pendiriannya. Datang macam mana sekali pun, wajah sama atau perangai sama, Airil tetap berbeza di matanya.

"Suka hati kau lah. Adik-beradik dorang ni, nama nak sama. Aku nak sebut pun boleh tertukar." Sophia menggaru kepalanya, nama ketiga-tiga beradik itu berlayar di fikirannya. Bermula dengan pangkal A dan Z. Mungkin itu tidak memeningkan lagi tapi bila disebut nama yang bermula dengan initial A itu, serta-merta dia akan tertukar. Amril, Airil dan Azril.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now