Bab 50

47.4K 3.1K 95
                                        

Panik. Ya, itu yang aku rasakan ketika ini. Semalam papa kata dia ada kerja yang perlu diselesaikan dan hari ini dia masih belum pulang, sedangkan dia tahu mama sedang sakit ketika ini. Wajah mama yang kelihatan pucat aku pandang dengan deraian air mata. Tangannya yang begitu lemah aku genggam dengan erat, dapat aku rasakan yang dia cuba untuk balas kembali namun tenaganya tidak mengizinkan.

"Risya call papa, suruh dia balik." Aku tidak tahu untuk buat apa lagi melainkan hubungi papa untuk pulang. Walaupun bibirnya mengungkapkan yang dia tidak mahu tetapi pandangan matanya yang inginkan papa di sisinya.

Mama merupakan penghidap kanser servik tahap empat, walaupun kami sekeluarga sudah berusaha untuk berubat namun tidak berhasil. Sebulan yang lalu, mama berhenti berharap untuk pulih sediakala. Saat itu juga aku tidak boleh menerima yang hanya ada satu kemungkinan, iaitu kematian.

"Taa- Tak apa." Nada suaranya itu membuatkan aku menangis tanpa henti. Ada getaran, terlalu lemah dan tidak bermaya.

"Tak apa? No! You're not okay. Iskandar!" Aku keluar dari bilik untuk mencari Iskandar.

"Kau kata nak call papa."

"Aku dah call tapi dia kata dia busy." Hancur berderai hatiku mendengarkan kata-kata Iskandar. Sibuk? Sampaikan tidak boleh balik?

"Dia tak kesian kat mama ke?" Dalam esakan dan air mataku tidak berhenti dari mengalir, aku bertanya.

"Aku tak tahu. Dia kata dia busy, esok baru dia boleh balik." Nada suara Iskandar turut berubah. Sama sepertiku dia turut menangis.

Aku dan Iskandar masuk ke dalam bilik dan menghampiri mama. Dalam dia  menahan kesakitan, dia masih lagi kuat mengukirkan senyuman untuk aku dan Iskandar. Tangannya aku genggam kembali dengan erat dan Iskandar pula mengusap kepala mama. Nafasnya kedengaran berat menyapa pendengaranku.

"Mama sayang Risya dengan Is." Pautan tangan kami terasa longgar, aku cuba untuk menggengam tanganya, ada lagi tindak balas dan nafasnya kedengaran tercungap.

"Mengucap mama. Ikut apa yang Is cakap ni." Iskandar membisikkan lafaz dua kalimah syahadah di telinga mama dengan perlahan dan dia turuti. Selepas itu tiada lagi nafas yang kedengaran, tangan yang aku genggam ini tiada lagi sebarang tindak balas. Matanya terpejam rapat dan wajahnya kelihatan tenang.

"Mama!"

Serentak dengan itu aku terbangun dari berbaring. Nafasku kedengaran termengah-mengah, terdapat peluh yang merintik di celah rambut dan pukulan di dada begitu kuat sekali. Suasana disekeliling aku perhatikan, di bilik hotel dan masih lagi berada di Mekkah.

Mimpi. Aku meraup wajahku berkali dan diiringi dengan istighfar. Rasanya sudah lama aku tidak bermimpi tentang kematian mama. Allahuakbar. Kenapa tiba-tiba saja?

Tanpa berlengah aku bingkas bangun dari tidur dan segera menuju ke bilik mandi untuk berwudhuk. Selesai saja aku terus hamparkan sejadah dan menyarungkan telekung untuk menunaikan solat sunat tahajjud memandangkan sekarang sudah jam tiga pagi, sayang kalau aku sambung tidur kembali.

"Risya dah bangun?" Selepas aku aminkan doa, suara itu menegur aku dari belakang. Aunty Aliyah.

"Ha'ah."

Aku letakkan kembali sejadah dan telekung di tempat asal. Fikiranku memikirkan sesuatu. Sesuatu yang perlu aku tanyakan kepada Aunty Aliyah, apa yang berlaku sebelas tahun yang lalu. Apa yang telah membuatkan papa tidak pulang kerana ingin bertemu dengannya pada hari kematian mama.

"Kenapa papa jumpa aunty pada hari mama meninggal? Kenapa papa tipu Risya dengan Is, dia kata dia pergi sebab urusan kerja tetapi dia jumpa aunty? Kenapa aunty kahwin dengan papa?"

Bukan Untuk DimilikiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang