Bab 58

47.8K 3.4K 436
                                        

Ini akan menjadi kali ke empat, aku dail kembali nombor itu dengan hati yang gelisah. Peluh dingin terbit di celah rambut, merintik turun dan aku sapu dengan tapak tangan. Hujan semakin lebat di luar membuatkan tubuh menggigil keresahan, jiwa semakin tidak tenteram apabila panggilan telefon ini tidak dijawab.

"Ada apa sampai empat kali call?" Setelah sekian lama menunggu, suara Airil kedengaran di hujung talian.

"Bila kali pertama kita jumpa?" Terus aku asak dengan soalan tanpa mempedulikan pertanyaan darinya.

"Aku dah lama move on dari kisah kita."

"Aku pun tak nak ingat apa yang berlaku antara kita, just answer me! Bila first time kita jumpa?!" Aku terus meningkingnya kerana perasaan ingin tahu semakin membuak.

"Tak perlu la sampai nak..."

"Jawab sekarang! Bila?!"

"Dekat pejabat sekolah, kebetulan aku lalu kat situ." Airil menceritakan kembali detik pertemuan kami buat kali yang pertama.

"Sebelum tu?" Tanyaku dengan suara yang lirih, aku tidak tahu untuk berkata apa lagi. Aku ingin menidakkannya namun bukti sudah jelas terpempang di depan mata.

"Sebelum tu? Tak ada tu first time kita jumpa," ujar Airil lagi.

"Sebelum tu. Cuba ingat balik." Aku terus mendesaknya untuk menafikan kata-katanya sebelum ini.

"Mana ada, tu first time. Masa tu Iskandar kata kakak kembar dia daftar masuk lambat sikit sebab kau accident sebelum tu kan? Ke sebab apa? Aku tak ingat la." Airil dihujung talian cuba mengingati kenapa kemasukan aku di sekolah agak lewat berbanding Iskandar.

Siapa yang bodoh sekarang ini? Aku ke? Kerana aku tidak pernah mengingatkannya tentang itu. Kalau aku ingatkan dia sekalipun, aku tidak akan syak apa-apa kerana waktu itu seseorang bernama Amril Zarif belum wujud dalam hidupku.

"Betul ke ni, Airil?" Aku tanya lagi.

"Betul la, kau nak tanya apa lagi?"

"Itu saja," balasku dengan nada yang kedengaran sangat palsu.

Selepas talian dimatikan, telefon yang kupegang itu jatuh menyembah bumi. Kedua-dua belah tangan terketar-ketar ketika naik menyentuh wajah, terasa air hangat bertakung di kelopak mata dan aku sapu dengan tapak tangan sebelum turun ke pipi. Setiap patah perkataan yang aku baca di dalam diari itu kembali terbayang di minda lalu dihamparkan kembali dengan satu kisah sepuluh tahun yang lalu.

Lelaki yang selamatkan aku pada malam itu bukan Airil. Lelaki yang aku anggap hero dan penyelamat ternyata bukan Airil. Lelaki yang aku cinta separuh mati kerana menyelamatkan aku pada malam itu bukan Airil.

Apa semua ni? Aku memaut kepala katil kerana kaki sudah tidak larat untuk berdiri lalu aku labuhkan punggung di atas katil. Fikiranku berserabut memikirkan hal ini, sesekali jari naik untuk memicit kepala.

Perasaan yang aku rasa ketika menjadi isterinya dulu. Aku dapat merasa rindu yang datang entah dari mana terubat apabila berada dekat dengannya dan aku dapat rasa cinta pertama datang kembali setelah sekian lama pergi. Ternyata ini kerana dia adalah lelaki yang menyelamatkan aku pada malam itu.

August 21, 2007

Jarak antara London dan Kuala Lumpur terasa dekat kerananya. Aku ingin bertemu dengannya semula dan aku ingin bertanya apa yang telah membuatkan dia menangis.

Mungkin ini gila tapi aku rasa ini yang dinamakan cinta. Hanya dua kali bertemu, aku boleh merasakan perasaan ini. Tapi aku pasti dia tidak tahu pun aku siapa, malahan aku pasti dia tidak tahu pun aku wujud.

Bukan Untuk DimilikiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang